July 3, 2014

Lepat Labu

Upacara tahunan ahkak... buat lepat labu. Kalau masuk Ramadhan, memang akan meriah upacara tahunan ku.. Mulalah sibuk nak tengok posting tahun2 lepas. Kalau hari-hari biasa memang tak buat kerja2 ni.. ;)


Tapi ini sebenarnya kisah semalam. Entahlah, sejak dua menjak ni akak takde mood nak hapdet blog. Amik gambar, pastu tangguh.. sampai takde selera nak tulis. Dapat pulak kamera akak tetiba rosak skrinnya. Entah sapa yg tonyoh. Namun akak tetap ambik tanggungjawab tu. Sebab kebelakangan ni memang tangan akak merbahaya sikit. Banyak benda dah kurosakkan. Sekarang, abe dah ambik kamera tu.. tak berani nak mintak dah.. huhuhu.

Lepat labu ni tak banyak tempat jual. Jadi, dari tercari2 baik buat sendiri. Bukan susah pun. Akak pun tak ikut resipi sangat.. main agak-agak je.

LEPAT LABU

Bahan2:

300g labu - dikupas dan rebus hingga lembut, kemudian dilecek


3/4 cawan tepung gandum (boleh tambah dan kurangkan)
1 sudu tepung ubi
1 sudu tepung kastad
3 sudu besar gula (ikut manis yang diinginkan)
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Cara2:

Lecek labu hingga halus.
Masukkan gula dan tepung sedikit demi sedikit. Gaul guna senduk atau spatula. Tak perlu tambah air.



Bentang daun pisang. Sudukan adunan dan buat seperti dalam gambar. Letak kelapa di atasnya dan tutup dengan cara menggulungkkan daun tersebut.


Susun di dalam pengukus. Didihkan dulu kukusan tersebut. 
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.





2 comments:

cikjaja said...

Kak...kalau koci labu pun sedap kannn...hehehe

Cik Siti Abu Sujak said...

Yess.. lepat labu, koci labu & buah melaka labu.. :)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...