July 12, 2014

Masak Tempoyak Keli dan Menu2 Lain

Dah lama teringin nak masak lauk berasaskan tempoyak.. Walau tempoyak bukanlah makanan kegemaranku. Dah lama juga tempoyak yang mak import dari fridge makcikku di kampung duk terperap dalam chest freezer tu...

Petang ni akak merealisasikan impian.. Tiba-tiba je nak buat ikan keli sambal tempoyak. First time buat tau.. Tapikan... akak makan sesorang je sebab Tuan Abe tak reti makan ni rasanya. Untuk dia, akak stimkan ekor ikan siakap sudah.. Memang selera, ditambah dengan ulam-ulaman dan sambal belacan + mangga muda. Barulah betoi orang kampung...


SAMBAL TEMPOYAK IKAN KELI

Bahan2:

2 ekor ikan keli - bersihkan dan goreng sekejap
1 sudu penuh (membumbung) tempoyak
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
6 ulas cili padi (tak cukup pedas) *
Kunyit - tade stok, guna kunyit serbuk je *
1/4 labu bawang besar - hiris kasar
1 batang serai - potong2 dlm 1 inci 
1 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugur
Garam dan gula
Sedikit minyak
Sedikit air 

Cara2:

Tumbuk bahan-bahan bertanda *
Ketuk sedikit serai yang telah dipotong
Tumis bahan2 tumbuk dan serai sehingga layu
Tuang air secukupnya diikuti tempoyak, bawan besar dan asam.
Bila mendidih, masukkan ikan, daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat.

P/S:
Sekarang akak sebolehnya meletakkan garam di saat akhir sebab pernah baca dan dengar yg itu sunnah. Agar tak menghilangkan khasiat sebenar garam yg digunakan. Akak juga sentiasa menggunakan garam bukit untuk masakan saya di rumah ni.


Idokle ghope sambai sgt.. sebab berkuah. Tapi sedap yong... hihi
Stim siakap cara mudah..
Ulam-ulaman penambat selera
Sambal bilis petai semalam punya... rangup!


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...