May 27, 2013

Bestnya Balik Kampung...

Sejak CNY haritu, baru ni akak balik kampung semula di Sabak Bernam. Jauh juga kalau perjalanan dari Jitra tu.. Dalam 389 km melalui Changkat Jering, Trong, Beruas.. masuk felcra Gegelung Pepuyu, Titi Gantung, Air Tawar, Sitiawan, teruuusss... ke Sabak Bernam. Hehehe... macam nak muntah jugalah bila drive sorang2 ni. 6 jam perjalanan campur berhenti sekejap2 di 3 stesen Petronas dan kedai.

Bila nampak signboard "Nasi Ambeng" je, maka hati semakin berbunga2. Tandanya dah sampai ke bumi Selangor. Menu idaman pertama yang akak makan ialah Lontong restoran Mat Sabu (bukan mat sabu PAS tu... hehe) yang terletak di Sg Besar. Memang sedap ikut tekak akaklah.. Dan rupa paras kuah lontong tu pun takde persamaan dengan tempat2 lain. Dia letak kentang dan kacang sayur (orang Jawa panggil Loto) sebagai bahan tambahan.

Pagi ni pulak dah masuk hari ke-4 di kampung. Makcik minta tolong buatkan kek untuk karnival masjid. Nak buat persembahan mewakili surau kariah kami.. Sebab diminta yang bajet, maka akak guna tepung readymade kek span untuk buat 2 kek berperisa oren dan strawberry. Lepas tu akak lapiskan kedua2 kek tu dan deko dengan buttercream. Janji siap. Tapi sebab serba kekurangan, idokle tahap rasa yang tip top... kekeke. Maklumlah, nak cover2 apa yang patut, jauh benor kedai bakeri dari kampung ni. Dalam 1/2 jam perjalanan atau lebih.. Pedalaman sungguh kampungku yang indah dan permai, daun sawit melambai ni.. Tapi sebab lokasinya di Selangor, maka kedalamannya tidak terasa... hehehhh!!

Hasil pagi ni... kek span lapis stoberi & oren.. Tak tau apa rupanya bila di potong..


May 19, 2013

Kek Coklat Hari Guru & Ganache Bajet

Pagi tadi, macam kebiasaan pagi Ahad, memang mencabar... Bab nilah yg mak ni selalu lemah. Nak gesa anak cepat2 bersiap ke sekolah. Maklumlah, hari biasa masuk pukul 8. Tapi kalau hari Ahad, masuknya pukul 7.30 pagi. Setengah jam awal mampu mencipta pelbagai situasi... hehehe! Cobaannnn...

Ajaibnya si bujang tu, bila dah masuk ke dalam kereta dan sampai di sekolah, moodnya selalu berubah baik. Kadang tersengih2, macam menggambarkan "yes.. aku berjaya buat umi penat!". Takpelah nak, umi bersabar je... Umi baru dapat motivasi dari Saiful Nang. InsyaAllah, dah besar panjang nanti jadi anak yang bertanggungjawab.. :)

Jadi, pagi tadi, sampai depan pintu kelas, mak pun ucapkan "belated Hari Guru" kepada cikgu. Sambil hulurkan kek untuk buat suka2... Memang niat nak buatkan. Cuma masa hari Khamis lepas, cikgu dan murid2 hectic dengan upacara sekolah.  Harap2 dorang suka...

 Chocolate Moist 2kg

Resipi yang nak dikongsikan di sini ialah chocolate ganache yang sedikit ekonomikal dari kebiasaan yang saya buat..

CHOCOLATE GANACHE

Bahan2:

300 g coklat masakan
100 g susu cair
1 sudu besar mentega (boleh tambah 2 sudu)
1 sudu besar sirap glukos (tak letak pun takpe)

Cara2:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas aluminium. 
Masak secara double boiler sehingga semua larut
Tuang ke atas kek bila ganache sejuk dan sedikit pekat supaya tidak terlalu menyerap kepada kek.
Untuk salutan yang lebih cantik, saya ulang 2 kali iaitu biarkan tuangan pertama sejuk, dan tuang sekali lagi.
Bila dah beku atau stabil, baru letakkan hiasan.


WHITE CHOCOLATE GANACHE

Bahan2:

150 g chocolate putih 
60 g susu cair/segar

Cara2:

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara double boiler sehingga larut.


May 16, 2013

Bacem Tempe & Tauhu


Sambil menunggu saat beradu En Fawwaz, boss kecik tu, mehle akak kongsi satu resipi tempe ala Indon. Walau tak menyamai bacem buatan makcik saya yang berasal dari Jogja itu... hehehe. Bolehla kalau nak pelbagaikan... buat lauk orang pantang. Sama macam entry akak yang sebelum ni.. :D

Rasa bacem ni agak manis. Lauk orang2 Jawa ni ada 2 jenis iaitu sedikit manis atau yang pedas banget macam sambal taun tu..


BACEM TEMPE TAHU

Bahan2:

1 keping tempe (yg harga RM1+ tu..) - potong besar
1 keping tauhu - belah 2
3 biji bawang putih
1 sb ketumbar
1 sk jintan manis
1 inci lengkuas
1/2 biji buah keras
1 sudu besar gula merah/kabung/melaka
Kicap manis
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
Sedikit air asam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Tumbuk bawang putih, ketumbar, jintan manis dan buah keras. Sementara lengkuas diketuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan tambah air sehingga tempe dan tauhu tenggelam.
Rebus sehingga air kering dan matikan api.
Sebelum dihidang, keluarkan tempe dan tauhu dan goreng sebentar.
Boleh juga dimakan tanpa digoreng.

Saya suka letak cili padi masa merebus tu... sebab konon2 nak pedas sikit. Original bacem takde cili2 ni... :)


Red Velvet Cupcakes

Kek untuk hari ini... RV cuppies untuk Cikgu Harison. Ordered by anakandanya, Liyana. Saya sendiri, nak buat utk cikgu2 Fawwaz terpaksa tangguh sebab depa ada banyak agenda hari ni. In shaa Allah hari Ahad ni la kot. Belated je... utk disambut bersama anak2 murid. Baru ada ketenangan jiwa.. hehehh. Tengahari ni pun nampak depa kelam kelibut.. mak yg mudah stress ni pun ikut serabut  hahaha..

 Terima kasih ye Liyana...




May 15, 2013

Menu Berpantang - Ikan Kerisi Bakar

Masa lepas bersalin dulu, akak bukanlah golongan orang berpantang.. Maklum duduk spital seminggu... Apa je yg dihidang, akak makan je. Tomyam, karipap, sambal ikan... semua masuk. Dah balik kampung, barulah makan gaya pantang sikit2.. Makcik kita tu rock sket.. Asal tak makan benda gatal macam udang, telur, dah le.. hehehhh.

Hari ni, saja nak bagi idea lauk orang berpantang yang mudah dan sedap.. Langsung tak guna minyak. Akak pun nak berpantang minyak sikit sejak phobia dengan paras kolestrol tu. Adakah...? hehehe...


IKAN KERISI BAKAR

Bahan2:

2 ekor ikan kerisi sederhana besar
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar (nak tukar bawang kecil pun takpe..)
1 batang cili merah
2 cm halia
1 batang serai
Sedikit serbuk kunyit - atau 2 cm kunyit hidup
Garam dan sedikit gula
1/2 biji limau kasturi
Aluminium foil atau daun pisang

Cara2:

Bersihkan ikan dan belah tengah
Tumbuk kasar bawang, halia, cili dan serai.
Gaul kesemua bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk kunyit dengan ikan. Perahkan limau.
Balut dengan aluminium foil dan letak atas griller atau dalam oven. Bakar hingga masak dalam 20 - 30 minit.

Nota:
Saya guna pemanggang HiG.. Letak dalam tu, tutup dan hidupkan api yang sederhana. Biarkan selama 20 minit, lepas tu matikan api. Bila nak makan, baru keluarga. Dengan pemanggang tu, udara tak keluar sebab tertutup rapat dan panasnya bertahan lama. Jadi kaedahnya, akan lebih sedap le... :D


May 12, 2013

Kek dan Dilema Ku..

SELAMAT HARI IBU wahai ibu2... Akak adalah anak yg tak pandai melahirkan kata2 indah buat ibu. Tetapi, InsyaAllah mendoakan kesejahteraan ibu saban waktu dan pastinya setiap kali selepas solat. Dan, saya juga punyai ramai ibu.. Arwah nenek yg saya panggil ibu, ibu kandung yg saya panggil mak dan ibu tiri yang juga saya panggil mak. Ibu mertua je takde, dah meninggal dunia waktu suami masih lagi kecil.

Hari ni, saya tak sambut pun hari ibu tu. Kalau abe takde di rumah, memang tak sambut apa2.. Hehe, dah terbiasa pun. Saya pulak memang jenis kurang perasaan. Tapi tadi, Fawwaz keluar kelas dengan membawa kad berwarna oren.. Dari cikgu, melalui anak murid, kepada ibu2... TQ lah cikgu ye!! :D


So, untuk diri sendiri, akak pun baking la jugak. Buatlah Japanese Cheesecake yg dah lama tak buat. Pastinya sebelum pindah ke Jitra ni. Mula2 berangankan kek yang diselaputi cheese (snow cheese). Tapi mujur tak beli cheese nya sebab balik je dari kedai bakeri tadi, akak pergi ke sebuah farmasi. Asalnya nak beli ubat panau Fawwaz. Lepas tu teringin nak buat cholesterol & BP check pulak. Hahhh!! Terkejut badak lah akakk... Naik banyak dari yang tahun lepas dan sebelumnya. Mulalah terfikir apa yang akak makan.. Macamlah dah kurang baking. Ataupun sebab akak dah stop minum Vemma tu. Atau sebab dekat hari2 makan bergoreng.. Ahh, macam2 kemungkinan. Maklum saja, sejak duduk di Jitra ni senang nak jumpa makanan melayu dan selalu masak. Pendekata, macam2 ada di luar dan dalam rumah...

Cotton Soft Japanese Cheesecake. 
Resipi boleh tengok di SINI.. tapi masa tu baru 1st time buat. Belum cukup ilmu... :)

Ni bacaan selepas bersarapan.. Apa2 pun, nak kena adjust diet semula... Sebenarnya dah mula dengan nesvita dan roti fiber dalam seminggu ni. Tapi iman tak cukup kuat hehehh... Lemah badan akak minum nesvita tu, berbanding nescafe. Lemah tahap nak tidur je..


Dilema akak ialah nak buat kek yang tak memudaratkan orang... Tapi akak tetap akan buat kek untuk diri sendiri dan keluarga... hehe! Memang takde perasaan betul.

May 10, 2013

Lauk Tengahari..

Menu ringkas untuk hari Jumaat.. Menghabiskan apa saja yang di dalam petisejuk. Esok kalau tak pergi pasar, akak goreng telur je.. hehe! Bukan apa, malas la gi pasar waktu orang cuti kerja. Meriah sangat, pening nanti ... Belum kira nak berebut pilih ikan lagi.. :)

Jadi, tinggal tunggu kepulangan en abe dari masjid sebelum sama2 menikmati hidangan sambil menonton cerita Princess Atsu yang dah nak sampai ke penghujungnya. Hujung cerita sejarah ni memang agak sedih. Agak2 orang Jepun dulu pendek umur sebab stress dan darah tinggi, tapi takde pengesahan doktor. Hehe.. pandai akak buat andaian sampai abe ku tergelak malam tadi.

Sambal ikan kembung, bacem tempe tahu dan sup sawi (dalam periuk)...


Lepas tu kan.... ada pernah baca artikel ni? Hehehe.... dush dush!! 



May 8, 2013

Cerita Airtangan orang je lah...

Ahhh... panas betul suasana selepas pilihanraya ni. Tak sudah-sudah.. Yang peliknya, roti pun kena fitnah naik harga... Lantakle kome. Maleh akak dengor. Tapi kadang geram jugak... Simple je hidup ni. Tak usah terikut2. Konon nak patriotik tapi bila emosi yang lebih, keadaan akan lebih menjadi buruk. Tenang je... kalau rasa tak puas hati, berdoa kepada Allah dengan penuh harapan apabila dah berusaha tu. InsyaAllah, adalah jalannya.

Macam akak yang dah lama bebel2 kenapa tak pernah jumpa lontong dijual kat belah sini. Yelah, dah lontong bukan makanan asal orang Kedah. Bukan macam Johor, Selangor atau Singapura, yg lontong merata2. Tempat orang Jawa katakan... Jadinya dari rasa mengidam, sampai hilang perasaan. Nak buat sendiri, tak berbaloi pulak rasa. Sebab nak makan sendiri je. Tapi rupa2nya, abang nasi lemak kat simpang nun ada jual. Dulu2 macam takde.. Nasi lemak dia pun sedap menepati citarasa dan presentation macam yg selalu beli di KL, ada kacang, timun bagai.. Maka hilanglah rindu saya terhadap lontong... Dengan harga RM2.50, rasa nak meletup perut ni. Lodehnya tak terabis.. sebab banyak sangat. Lengkap dengan sambal kacang dan telur rebus. Akak syak dia kawin ngan orang Johor... Syak je, bukan fitnah... hehehe!


Sebelum tu teringin makanan Kelantan. Pun agak sukar juga nak cari di sini. Pernah beli lakse di pasar malam. Boleh lahhh... Pastu beli lagi kat Pasar Tani. Tak menepati citarasa. Cair pulak tu. Mulut suap juga, tapi hati mengomen... Lepas ni tak beli lagi kat situ lah.

Jumaat lepas akhirnya jumpa 2 gerai nasi kerabu kat pasar pagi yang selalu pergi tu. Hari2 biasa takde. Akak tak pernah pergi hari Jumaat dan Sabtu sebab ramai sangat orang. Feningg laa... Pastu, cuma satu gerai jual nasi dagang. Ahhh... sedapnye! Beli dan makan dengan penuh nikmat macam orang mengidam pulak... hehehe.


Dan tadi, beli scale baru selepas meninggalkan scale lama di Anjung Hijau masa nak pindah. Kiranya selepas pindah hujung Disember lepas, tak pernah timbang badan. Keputusannya.... hahahahaaa huwaa.. berat naik 3-4 kilo rasanya. Maka berakhirlah zaman kurus kering akak... Berat paras tertinggi selepas lebih 10 tahun (kecuali mengandung). Memanglah baju banyak rasa tak selesa walau masih muat. Turun naik tangga selalu tu tak cukup rupanya...hehehh...


May 7, 2013

Pulut Kuning...


Pulut kuning untuk birthday abe semalam merangkap sarapan pagi... mesti nak makan dengan kari telur walau dah lapis dengan serunding daging tu.

Sebenarnya teringin nak hias cantik2 macam orang2 buat tu.. Tapi tak pandai, di samping bahan yg terhad huhu...


May 2, 2013

Kek Belang... warna-warni pun boleh

... yang dibakar dengan pemanggang ajaib!



Hari tu masa pergi ke Langkawi, ada akak tunjuk barang2 tuaian.. Salah satunya ialah pemanggang jenama HiG (Hj Ismail Group) yang jauh murah berbanding Vantage, Ikan, dll tu. Tak ingat pulak harga dia. RM55 ke RM65... tapi dalam kategori harga tu lah. Walau dalam kepala macam2 akak nak try dengannya, yang sempat cuma bakor ikan dengan roti je... hehe!


Tapi siang tadi, tiba-tiba teruja tengok Ita Masam Manis punya entry pasal pemanggang ajaib HiG ni. Maka akak pun terus ke dapur selepas tengok cerita Princess Atsu. Buat kek belang yang paling simple. Kejap je siapnya. Bakar tak sampai 15 minit rasanya. Lupa nak tgk masa betul2 sebab set timer 25 minit. Sebab ini first time, tak berapa mahir lagi.. bawah kek agak berkerak hangus. Tapi yg lain, sangat elok dan lembut kek tu.

Akak guna resipi kek belang yang biasa akak guna... Kek kampung yang evergreen dan sedap. Kalau nenek2 dan makcik dulu2 buat kek ni guna sukatan mangkuk putih dan guna pemukul tangan, yang ni guna cawan pulak. Sebenarnya dlm blog ni banyak entri kek belang dengan sukatan tak berapa nak sama. Sekejap secawan tepung, kejap 1 1/4, kadang-kadang 1 1/2 cawan. Dia lebih kurang je kejadiannya sebenarnya. Asalkan tak lari jauh. Cuma sebab macam dah hafal, post akak akan ikut pengalaman semasa. Pesan makcik saya yang mengajar buat kek ni, nak lebihkan baking powder pun boleh sebab guna tepung gandum je. Kek ni lembut dan moist. Tak kering macam sesetengah kek marble yang adik beradik sepusat sepusing dengan kek ni.


KEK BELANG

Bahan2:

1 1/2 cawan tepung gandum (boleh juga kurangkan 1/4 cawan..)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kaster (kalau rasa nak kurang manis lagi, boleh buat 3/4 cawan je)
1 cawan majerin
4 biji telur A (atau 1 cawan telur)
Sedikit esen vanilla
Pewarna - warna ikut citarasa

Cara2:

Ayak tepung dan baking powder. Saya selalu ayak 2 kali.
Pukul gula dan majerin sampai gebu atau majerin bertukar ke warna keputihan.
Masukkan telur dan pukul lagi sampai ringan dan gebu. Masukkan sekali esen vanilla.
Tuang tepung sedikit demi sedikit sambil memutar dengan speed min.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan letak pewarna.
Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit (atau sehingga masak) dengan suhu 160C.

* Kalau guna pemanggang ajaib tu, saya panaskan kejap pemanggang atas api yang sederhana kecil. Lepas tu sapu sedikit majerin di permukaan dan kelilingnya. Rasanya tak perlu lengser kot, sebab benda tu non-stick. Sendukkan adunan secara berselang seli dan ratakan. Tutup dan letak atas api. Bakar selama 15 minit. Yang ni kena study balik, supaya tak hangus di bawah tu.