July 30, 2012
Buah Melaka Keledek
Antara kuih kegemaran sewaktu bulan puasa yang akan saya buat sekali setahun.. lalala! Hampeh kan.. kata suka, tapi buat sekali je.. Sememangnya pon! Bukan apa, alang2 buat kena ada peneman makan. Kalau sorang je, baik makan nasi lorr..
Saya, kalau takde campuran apa2 pada tepung buah melaka tu sebenarnya kuranglah gemarnya. Mesti nak letak keledek ka, labu ka.. tapi yang selalu menjadi amalan keluarga ialah letak keledek. Takdelah rasa tepung pulut jee... Ok, jom buat lagi sekali! :D
BUAH MELAKA
Bahan2:
1 biji ubi keledek
Tepung pulut secukupnya - agak2 tak melekat di tangan
Sedikit tepung gandum atau tepung ubi (dalam 1-2 sudu besar je)
Gula kabung / merah
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan - kekadang akak lupa letak
Cara2:
Rebus keledek hingga empuk. Buang airnya dan lenyek.
Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan ratakan. Kalau nak tahan lama, kukus dahulu untuk 5 minit.
Campur ubi lenyek dengan tepung dan uli. Kalau lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit sambil uli
Ambil sejemput, bulat2kan dan isi dengan gula merah. Kambus dan bulatkan semula
Panaskan air yang diletakkan daun pandan. Bila dah mendidih, masukkan tepung yg telah diisi gula. Bila ada yang timbul, angkat dan letak atas kelapa parut. Golek2kan dan susun atas pinggan.
Hati-hati nak makan tuuu... karang merecik gula kat baju!! hehe...
Tempahan Kek Rainbow
Pagi ni delivered 1 biji lagi kek rainbow ke blok sebelah ni je.. customer baru bernama Lina. Tak sempat sembang pun, paskan kek terus akak keluar cari barang. Harap2 menepati citarasanya lah!
Masih teruja nak buat corak munge2 gini walau fresh cream tu cepat je nak benyek dek color dan perisa.. Mungkin selepas ni nak buat deco corak lain pula.
Sotong Goreng Majerin
Hari ni dari pagi asyik duk dapur je.. Dari buat karipap, buat kerja2 lain, buat kek,... Dalam bersiap2 nak masak untuk iftar pula (almaklum en abe nak balik..), tiba2 telefon berbunyi.. ada haiwan dalam bahaya! Ehhh.. tersasul lagu wonderpets pulak! Hehe lawak ngengada!! Hubby telefon dari PD, tanyakan nak kirim apa kat bazar ramadhan. Tak payah masak lauk katanya! Masak nasik je. Wahh.. best kan hubby akak tuu. Sangat considerate! Dan akak pula suka ambil kesempatan.. ;))
Saya pun terus order nasi kerabu, my forever fav nasi.. Tapi memandangkan dah keluarkan ikan dan sotong tadi, saya pilih juga salah satu untuk dimasak. Maka jadilah sotong goreng ni.. Masakan cincai yg saya suka, tapi jarang buat. Sebab saya jarang beli sotong...
SOTONG GORENG MAJERIN
Bahan2:
1 pinggan kecil sotong
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu lada sulah - tubuk/kisar
Garam secukup rasa
1 sudu besar majerin
Daun sup - racik halus
Cara2:
1) Bersihkan sotong
2) Panaskan majerin dan tumis bawang putih hingga naik bau
3) Masukkan sotong, lada sulah dan garam. Kacau2
4) Masukkan daun sup dan tutup seketika hingga sotong lembut.
5) Angkat
Senangkan? hehehe...

July 27, 2012
Kek Carrot Menjadi pojaan.. :D
Sebenarnya penat! Tapi sayang nak tidurkan mata sebelum update blog ni.. Nak tunggu esok siang, bimbang banyak gangguan. Apalagi kalau ada cik mat, memang ini laptop dia yang punyaa... Dia tengah seronok buka Dora kat youtube.. sambil telinga dengar Dora kat TV pulak. Yg kelakar, tadi mak siap dengar betul2 dia mengikut si Dora tu ajar mengira dalam Spanish kat TV. Memang boleh jadi macam Mahathir Lokman besar nanti.. Macam2 bahasa dia ikut. Mandarin pun sama.. ikut si katun Kailan. Saya pun tak pasti, katun tu bawa unsur negative ke positive kat dia. Sebab dengan katun tu le dia semakin lancar bercakap dalam English.. Saya rasa tu sebab dia boring nak ke sekolah. Pasal bahasa...
Wokehlah.. meh cerita pasal KEK! Pagi tadi saya deliver kek tempahan customer carta no 1 saya, iaitu Shima & Zana. Dorang share-share KEK KAROT a.k.a WALNUT CARROT CAKE.. So, satu kek saya belah dua seperti ini gambar. Selain tu Zana & Fidah pulak borong KARIPAP FROZEN sekali. Dorang bertiga ni kerja sekapal la ni. Kami pulak berkawan dah makan tahun.. BFF gitu! Kan kann... ;))
Untuk esok pulak, saya dah siapkan jenis kek yang sama, untuk Kak Pah (nama glamer hihi..) ex-officemate saya juga. Kak Pah order kek ni untuk birthday hubby dia esok (ops dah masuk harini la..). Lepas siap kek ni saya rasa lega dan suka hati. Rasa senang nak menyiapkan.. Pastu terus solat Isya' dan sambung terawih. Siap solat, cuci perkakasan, sapu dan mop lantai, basuh baju kanak2, kemas2kan cik mat yg tidur sambil pegang buku tu.. pergh banyak kerja tau!! Tapi terasa bahagia hidup ini tatkala menatap kek kak pah..hehe!
OKlah... nak masuk tidur. Dah niat nak bangun awal sket untuk sahur.. :))

Kaya dengan cream cheese... ;).
Dapat order lagi utk raya sebab kawan dah terguda tgk gambar kek ni hihi...
Untuk esok pulak, saya dah siapkan jenis kek yang sama, untuk Kak Pah (nama glamer hihi..) ex-officemate saya juga. Kak Pah order kek ni untuk birthday hubby dia esok (ops dah masuk harini la..). Lepas siap kek ni saya rasa lega dan suka hati. Rasa senang nak menyiapkan.. Pastu terus solat Isya' dan sambung terawih. Siap solat, cuci perkakasan, sapu dan mop lantai, basuh baju kanak2, kemas2kan cik mat yg tidur sambil pegang buku tu.. pergh banyak kerja tau!! Tapi terasa bahagia hidup ini tatkala menatap kek kak pah..hehe!
OKlah... nak masuk tidur. Dah niat nak bangun awal sket untuk sahur.. :))
July 23, 2012
Tempahan Cupcakes Utk Kanak-Kanak
Tempahan dari Shima, antara yg menduduki carta teratas regular customer saya..hehe! Shima order cuppies untuk birthday anaknya Mulkan yang sama baya dengan Fawwaz. Teringat lak zaman kami sama2 pregnant di CSM dulu.. pakat beramai2.. Akak, Shima, Yuzie, Jid... sebelum tu Zana, Sha, belum kira spouse kpd staff lelaki lagi.. memang musim kaedahnya...hahaha!
So, seperti yang di tepek di beberapa entri sebelum ni, siap dengan resipi, inilah hasilnya... Saya rasa seronok sangat menyiapkannya.. Sebab masa Fawwaz dulu tak dapat nak buat macam ni..
Semoga Mulkan menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata ummi.. Happy 5th Birthday sayang.. :)
Pack macam ni senang nak bagi budak2 tadika.. dan lebih kemas
July 22, 2012
Rainbow Velvet Cupcakes
Teruja bila tengok rainbow cupcakes di website ourbestbites.. Cantik sangat. Bila Shima, kawanku order cupcakes untuk harijadi anaknya Isnin nanti saya pun terfikir nak buat cuppies yg berupa rainbow. Lagi pulak kalau boleh Shima nak lain dari RV cuppies.. ala2 nak yg lebih masculine gitu.. :D Bila tunjuk gambar, dia pun suke lee...
Tapi mungkin yang saya buat, warna tu tak secantik ourbestbites punya. Sebab dia guna Wilton gel colors. Saya guna yang biasa ada di rumah je.. Tapi not bad lah! Untuk resipi, saya guna resipi red velvet sebab tak nak membazir kuning telur. Kalau resipi kek rainbow yang biasa tu, memang tak guna kuning telur. Sebenarnya nak guna resipi mana-mana pun boleh. Guna cake mix atau tepung kek segera pun takpe. Yang penting warna2 pelangi...
Jom check resipi yang saya guna ni;

Gambar tayangan sebelum ni... :)
Jom check resipi yang saya guna ni;
RAINBOW VELVET CUPCAKES
Bahan2:
Bahan A - ayak bersama
2 3/4 cawan tepung kek (nak kurangkan 1/4 pun boleh)
1 sudu kecil baking powder
Bahan B
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kaster
2 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur
Bahan C - alternatif kepada buttermilk
1 cawan susu
1 sudu besar cuka
Bahan D
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka
Bahan E
Pewarna ikut pilihan - saya guna merah, kuning, hijau, biru dan ungu
Cupcake/muffin liners - kalau nak nampak cantiknya dari luar, guna yang warna putih
Cupcake/muffin liners - kalau nak nampak cantiknya dari luar, guna yang warna putih
Cara2:
1) Ayak bahan A dan ketepikan
2) Pukul bahan B hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi
3) Campurkan bahan C iaitu susu dan cuka ke dalam mangkuk. Biarkan selama 5-10 minit
4) Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan putar sebentar hingga sebati.
5) Masukkan pula 1/2 bahagian susu (buttermilk), putar sebati
6) Ulangi step 4 & 5 hingga tepung habis. Putar sebati dengan kelajuan sederhana. Jangan lama2, agak2 sebati je. Lepas tu kaup balik guna spatula.. kot2 ada tepung tak teradun
7) Untuk bahan D: tuang cuka ke dalam soda, ianya akan berbuih. Kacau sikit dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan. Ratakan dengan kaedah kaup balik.
8) Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Saya letak ke dalam mangkuk dalam 300g + setiap satu. Masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk adunan
9) Ambil kertas liners cupcake dan sudukan (guna sudu kecil) setiap satu bahagian dengan satu sudu adunan.
10) Bakar selama 20 minit atau hingga kek masak
Nanti2 baru nak letak topping cream cheese..
July 21, 2012
Rainbow Cupcakes
Yay! Esok hari puasa.. Ahlan wa sahlan Ramadan. Agaknya, dalam 5 tahun ni, ini mungkin kali kedua saya memulakan puasa di KL. Yg sekali tu, sehari dua nak terbang ke Bahrain.. 2 kali Ramadhan spent di Bahrain, 2 Ramadhan spent di S'pore.. Wahh!! Itu semua dah jadi memories.. Akak relaks je ni, tak risau nak bangun sahur esok pagi sebab sorang je.. Minum nesvita dan makan roti sudah cukup! Kalau ada encik suami, lain cerita.. Selalunya, akak akan jadi rajin sikit dengan masak benda2 fresh.. Nak jamu suami katakan... Amik berkat. Apa2 pun saya dah tak perlu bangun pukul 2.45 pagi untuk sahur macam tahun2 lepas.. :D
Malam ni dapat mengerjakan solat tarawikh yang ringkas secara sendirian. Saya memang teringin sangat nak pergi berjemaah, tapi kenangkan anak yg sorang tu, takpelah dulu. Belum nak jadi rezeki.. Moga2 Allah makbulkan doa saya nak berumah berdekatan surau atau masjid nanti..
Lepas solat, saya buat projek ekspres RAINBOW CUPPIES. Tunjuk gambar dulu je lah.. hehe!
Lembut sesangat...
July 19, 2012
Pink Velvet Cake & Cuppies
Semalam selain menyiapkn flowery rainbow tu, saya gigihkan juga diri ini baking kek yang saya ubah dari red velvet kepada pink velvet. Alaaa, tuko pewarna je.. Kejadiannya sangat mengujakan saya membuat saya rasa nak tukar hobi dari baking RV kepada PV ni. Sebenarnya saya nak buat yang lebih 'bright pink' tapi tak berapa berjaya sebab kewujudan koko tu le.. Kek siap sampai ke deconya hampir ke pukul 3 pagi. Ni yang akak duk rasa high je... Tadi dapat juga lelap kejap mengambil kesempatan kepada suasana sejuk sepanjang pagi ke tengahari ni. Tapi sebab tak biasa tido siang, tak sampai sejam dah bangun. Rupanya Fawwaz pun tumpang semangkuk tido kat sebelah.. hehe!
Balance adunan, saya buat cuppies cam gini..
Sexy kann.... :D
Beza sikit je color PV & RV ni... ;D
Tempahan Kek - Opera & Rainbow
Semalam delivered opera cake lagi... untuk Ayu, officemate masa saya keja kat CSM dulu. Ayu ni sebenornya dah tere buat kek, tapi belum sanggup nak buat yg ni kot.. Tu yg dia order je, hihihi.. Tima kasih lah Ayu ye.. Selak2 le lagi muka blog ni untuk terus berjuang di dapur. Tapi takde resipi kek baru la pulak.. :D
TEMPAHAN HARI INI
Sat lagi nak deliver kek ke CSM juga.. wing lama pulak. Tempat nostalgia akak bekerja dulu2.. Teringat zaman saya duk terdongak-dongak mengira lampu dan macam2 atas siling, dinding dsb sebelum ofis beroperasi. Kira 10 kali pun end up dengan figures yg berbeza.. haha!
Kali ni yg order ialah Nurul. Dia order Kek Rainbow. Dan inilah hasilnya... teng tenenggg!!!
Tercapai juga hasrat nak buat kek yang dipenuhi dengan bunga (walau tak macam bunga..). Tapi nak buat deco macam ni dengan fresh cream memang sulit juga. Mana tak nya, kena color je mulalah benyek cream tu. Tapi akak redah je.. Sebab akak tak suka pakai buttercream. Setakat ni, customer pun tak kesahkan cream apa.. Hari2 nengok resipi Italian Buttercream, tapi tak datang2 seru tu..
Antara komen2 Atie "Tie, ambik mood sebelum kita semua memulakan puasa insyallah Sabtu kan.. alhamdulillah, cake sedapp sgt.. my manager yg tak dapat rasa haritu pun kata sedap betul red velvet.. "
TERIMA KASIH SEMUA!!!! LOVE U ALL...MUAHHH!!!
Ayu minta kek tu dibelah 2. Maklumle, nak makan sensorang memanglah tak abis. Kalau habis pun, bahaya utk tubuh badan.. hihi! Sorryle, usik saja.. Kalau akak abis je. Sebab bagi saya, kek ni makin simpan lama kat peti sejuk, makin sedap rasanya. Yg bestnya semalam, dapat testimoni dari orang lain utk kek ni, hehe..
********
Cik Siti Abu Sujak sedapnya kek yang kak siti buatkan for Marz Omar.tak rasa kopi sgt.syiokkknya
**********
TEMPAHAN HARI INI
Sat lagi nak deliver kek ke CSM juga.. wing lama pulak. Tempat nostalgia akak bekerja dulu2.. Teringat zaman saya duk terdongak-dongak mengira lampu dan macam2 atas siling, dinding dsb sebelum ofis beroperasi. Kira 10 kali pun end up dengan figures yg berbeza.. haha!
Kali ni yg order ialah Nurul. Dia order Kek Rainbow. Dan inilah hasilnya... teng tenenggg!!!
Tercapai juga hasrat nak buat kek yang dipenuhi dengan bunga (walau tak macam bunga..). Tapi nak buat deco macam ni dengan fresh cream memang sulit juga. Mana tak nya, kena color je mulalah benyek cream tu. Tapi akak redah je.. Sebab akak tak suka pakai buttercream. Setakat ni, customer pun tak kesahkan cream apa.. Hari2 nengok resipi Italian Buttercream, tapi tak datang2 seru tu..
************************************
LAGI GAMBAR TESTIMONI DARI ATIE DARI MENARA PETRONAS :))
July 17, 2012
Tempahan Opera & RV
Semalam dengan gigih saya menyiapkan kek tempahan sahabatku Atie untuk kek opera dan red velvet. Maklumlah, weekend lepas berpoya2 balik kampung. Sampai je KL semula, terus senseng lengan. Atie buat special request utk opera yang ada pusar2 hitam putih dan RV yg empat segi :))
KEK OPERA
Sebelum buat whirlpool tu, saya siram dulu dengan ganache dan simpan dulu..
Kemudian keluarkan dari fridge, baru paipkan cream dan ganache. Pening dan ketaq tangan masa buat pusar ni.. herot perot cream & ganache tu dikerjakan dek akak..huhu! Satu lagi yang saya notice, coffee cream tu tak berapa rasa coffee, tak macam yg selalu saya buat (kali ni saya guna coffee emulco kedai bakeri punya).. Dari situ saya buat assumption yang lain brand lain rasa coffee tu.. Nak kena tuko!!
KEK RED VELVET
Ramai yang suka presentation RV ku kali ni. Saya pun sama.. Walau sebenarnya idea tu datang last minute. Asalnya nak buat rose, tapi tak menjadi. Cuak juga sebab selalunya kalau fondant tu orang keringkan dulu sebelum pakai. Kalau tak silap la.. Tapi saya buat keputusan ganas dengan tidak berbuat begitu palau duk terbayang2 hair dryer kat dalam drawer. Sudahnya bila tengok gambar Atie tadi, nampakle fondant tu cairr.. Mujo le nampak mcm corak abstract kihkih... Maklum le, ilmu belum cukup :P
Inilah rupa kek-kek tu (gambar oleh Atie).... Janji sodap, tak gitu? Ngeeee... *mood nak makan sate la!*
Ikan Talapia Masak Pecel
Jumaat semalam akhirnya dapat juga akak balik kampung dengan Fawwaz.. Kutinggalkan en suami di rumah sendirian sebab dia ada hal di PD. Dan macam biasa, kalau cuti singkat, maka sedikit sibuk le kami di jalan. Nak kena pergi rumah mak, rumah bapak.. rumah kedai, rumah bakeri, mmm macam2. Kat rumah kuning yg meriah tu, macam ala2 TnG je.. Balik kali ni, tak sempat pun nak jenguk kedai Tajuddin yg jual kuih macam2 tuu..
Balik ke KL Ahad tu, sempat lagi saya rembat semua ikan talapia goreng dalam pinggan. Ikan talapia yang pakcik saya jala kat depan rumah menggunakan jala barunya..hehehh! Maka, menu tengahari ni ialah TALAPIA PECEL/PECAL ni.. ehhh sedapnye!
MASAK PECAL (PECEL)
Bahan2:
5 ekor ikan talapia
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
10 batang cili padi (tengok cili jenis apa, nak sedap kena pedas)
3-4 pokok cekur - asingkan akar utk ditumbuk dan daunnya di racik halus
2 keping asam gelugur
Santan secukupnya (nak sedap kena yg pekat)
Garam secukup rasa
Cara2:
1) Bersihkan ikan talapia, lumur kan dengan garam kunyit dan goreng (kalau rajin boleh la bakar..)
2) Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan cekur. Setelah itu rebus dengan air yang sedikit hingga layu. Makcik saya kata, masak ni ke letak banyak bawang putih, baru sedap.. Bawang merah buat syarat je :D
3) Masukkan ikan, diikuti dengan daun kecur, santan dan biarkan hingga mendidih. Masukkan garam dan asam keping. Kacau2 sikit supaya tak pecah minyak sangat. Bila dah agak pekat dan ikan jadi lembut, matikan api
July 12, 2012
Kek dan Kawan2 Yg Supportive
Baking and baking... Tersangatlah penatnya tapi kugagahkan kerana seronok! Bila kek dah siap tahap ke deco (yg kengkadang rasa hentah apa2), rasa lega sesangat!!!
Kejap tadi saya dan Fawwaz buat delivery lagi ke Jalan Semarak. Sampai tertidur2 Fawwaz kat dalam kereta dari pegi hingga ke balik. Belum kira dia nak buat ragam lagi! Sabar jelah ye nak.. mama tengah kumpul pengalaman ni.
My BFF Nab order sebiji KEK OPERA dan 4 pek karipap. Dia order karipap dah lama tapi tak sampai2. Sekali dia order terus opera, lajuu je akak antar! Nampak tak di situ? $$$$ Hehehe... Sebenarnya sebelum ni tak menang tangan nak buat karipap. Tapi minggu ni saya buat stok inti banyak dan tiap pagi bangun tidur sempat buat sedulang dua stok baru. So, kira ada jelah dalam freezer tu. Dan sebab nak balik kampung esok, saya gagahkan juga buat kek opera yang rumit tu.. Alhamdulillah siap dan sampai dah kat tangan Cik Nab! Tima kasih Nab.. I love U.. Dari abaya, Vemma, kuih, kek.. semua dia order.
KISAH SEMALAM
Semalam pula, siapkan tempahan buat Atie Nazam. Regular customer dari Menara Petronas, merangkap sahabat yang tak jemu2 order. Atie pun macam Nab juga. Dari abaya hingga kek, dia order. Sangat2 lah saya berterima kasih dengan mereka2 ni.. (termasuk kawan2 lain juga ye..).
Atie order 2 biji KEK RAINBOW.. Sebiji utk kawan dan sebiji utk dia. Minggu depan dia order 2 biji kek lagi.. tungguuuu :D

Kisah di sebalik lorekan pink dari strawberry choc compaund... Mula2 lorek, jadi herot perot dan sangat buruk. Rasa keciwa sangat.. Masukkan fridge semula, dia mengeras, lepas tu saya cungkil satu persatu coklat tu sampai habis.. Kemudian buat choc ganache semula, tuang/tutup kek balik.. dan re-do lorekan strawberry choc tu.. comot juga tapi better dari yang awal tadi... Dah keras semula, baru potong tepi2 kek tu... Berpeluh makcik!!
KISAH SEMALAM
Semalam pula, siapkan tempahan buat Atie Nazam. Regular customer dari Menara Petronas, merangkap sahabat yang tak jemu2 order. Atie pun macam Nab juga. Dari abaya hingga kek, dia order. Sangat2 lah saya berterima kasih dengan mereka2 ni.. (termasuk kawan2 lain juga ye..).
Atie order 2 biji KEK RAINBOW.. Sebiji utk kawan dan sebiji utk dia. Minggu depan dia order 2 biji kek lagi.. tungguuuu :D
Saya suka color ni.. pink & white. Dan hijau utk penambah seri (sebenarnya nak buat rossette, tapi tak menjadi, terus letak butang merah kat tengah hehehe..). Kek ni tertinggi sampai menjadi masalah nak cari kotak. Taulah bila last minute, semua takde kat kedai... :((
Cerita di sebalik yg kek yg di bawah ni.. rosette dah menjadi. Tapi fresh cream meragam bila dah tambah pewarna dan perasa (saya letak perasa honeydew). Dia jadi tak smooth dan macam nak 'benyek'.. Saya dah bubuh keliling, kemudian padam balik.. dan buat macam ni. Plan asal nak buat rossette di keseluruhan kek dengan konsep warna purple & white. Lepastu gatal tangan pulak bubuh benda oren tu.. nak buang tak boleh.. Tak puas sangat dgn yg ni... Saya rasa kalau guna buttercream lebih mudah nak deco kot..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...