July 17, 2012

Ikan Talapia Masak Pecel

Jumaat semalam akhirnya dapat juga akak balik kampung dengan Fawwaz.. Kutinggalkan en suami di rumah sendirian sebab dia ada hal di PD.  Dan macam biasa, kalau cuti singkat, maka sedikit sibuk le kami di jalan. Nak kena pergi rumah mak, rumah bapak.. rumah kedai, rumah bakeri, mmm macam2.  Kat rumah kuning yg meriah tu, macam ala2 TnG je.. Balik kali ni, tak sempat pun nak jenguk kedai Tajuddin yg jual kuih macam2 tuu..


Balik ke KL Ahad tu, sempat lagi saya rembat semua ikan talapia goreng dalam pinggan.  Ikan talapia yang pakcik saya jala kat depan rumah menggunakan jala barunya..hehehh!  Maka, menu tengahari ni ialah TALAPIA PECEL/PECAL ni.. ehhh sedapnye!


MASAK PECAL (PECEL)

Bahan2:

5 ekor ikan talapia
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
10 batang cili padi (tengok cili jenis apa, nak sedap kena pedas)
3-4 pokok cekur - asingkan akar utk ditumbuk dan daunnya di racik halus
2 keping asam gelugur
Santan secukupnya (nak sedap kena yg pekat)
Garam secukup rasa

Cara2:

1)  Bersihkan ikan talapia, lumur kan dengan garam kunyit dan goreng (kalau rajin boleh la bakar..)
2)  Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dan cekur.  Setelah itu rebus dengan air yang sedikit hingga layu.  Makcik saya kata, masak ni ke letak banyak bawang putih, baru sedap.. Bawang merah buat syarat je  :D
3)  Masukkan ikan,  diikuti dengan daun kecur, santan dan biarkan hingga mendidih.  Masukkan garam dan asam keping.  Kacau2 sikit supaya tak pecah minyak sangat.  Bila dah agak pekat dan ikan jadi lembut, matikan api

2 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

mbakyu...lele pecel pon pwenak....

Cik Siti Abu Sujak said...

yess... lagi pwenak tinggal mangan hihi...