July 30, 2012

Buah Melaka Keledek


Antara kuih kegemaran sewaktu bulan puasa yang akan saya buat sekali setahun.. lalala!  Hampeh kan.. kata suka, tapi buat sekali je.. Sememangnya pon!  Bukan apa, alang2 buat kena ada peneman makan.  Kalau sorang je, baik makan nasi lorr..

Saya, kalau takde campuran apa2 pada tepung buah melaka tu sebenarnya kuranglah gemarnya.  Mesti nak letak keledek ka, labu ka.. tapi yang selalu menjadi amalan keluarga ialah letak keledek. Takdelah rasa tepung pulut jee... Ok, jom buat lagi sekali!  :D

BUAH MELAKA

Bahan2:

1 biji ubi keledek
Tepung pulut secukupnya - agak2 tak melekat di tangan
Sedikit tepung gandum atau tepung ubi (dalam 1-2 sudu besar je)
Gula kabung / merah
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan - kekadang akak lupa letak

Cara2:

Rebus keledek hingga empuk.  Buang airnya dan lenyek.
Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan ratakan.  Kalau nak tahan lama, kukus dahulu untuk 5 minit.
Campur ubi lenyek dengan tepung dan uli.  Kalau lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit sambil uli
Ambil sejemput, bulat2kan dan isi dengan gula merah. Kambus dan bulatkan semula
Panaskan air yang diletakkan daun pandan.  Bila dah mendidih, masukkan tepung yg telah diisi gula.  Bila ada yang timbul, angkat dan letak atas kelapa parut.  Golek2kan dan susun atas pinggan.
Hati-hati nak makan tuuu... karang merecik gula kat baju!! hehe...

1 comment:

Anonymous said...

sedapnyer....

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...