Pages

August 1, 2012

Asam Pedas Ikan Mabong


Lauk berbuka petang ni.. Sebenarnya tak berapa ada idea nak masak apa setiap petang.  Kalau ikutkan tekak ni, memang tak fikir nak makan melainkan nasi putih dan lauk yg tersimple di dunia!  Bila ada en abe di rumah, kenalah fikir juga.. Bukan terpaksa ye, tapi fikirkanlah yg berkat.. Dan untuk pertamakalinya di bulan Ramadhan ni, saya ke bazar Ramadhan semalam.. di BK5.  Saya berjaya untuk tidak tergoda dengan hawa nafsu.. Pulang ke rumah dengan membawa sebungkus yong tau fu berharga RM5.70 (makan 2 kali) dan sebekas taufu fa.  Abe pula beli nasi kerabu, tauhu sumbat, ayam sambal dan buah tembikai.  Tiada yg membazir atau terbuang..

Hari ni, dalam sibuk menghantar frozen foods (pau & karipap) ke Jln Sultan Ismail dan Jalan Perak, mengharungi jalan2 yang sibuk tu di petang hari, sempat juga saya masak asam pedas, bubur kacang, cucur bawang dan telur dadar.  Cukuplah rezeki hari ini.. Tengok ikan di Giant tadi macam semua tak menyelerakan kecuali ikan mabong.. Itu pasai terus beli dan masak yg tu je.  Dah keluarkan ayam dari freezer, menjelang petang saya masukkan semula ke tempat asal hehehe!

So, untuk yang tak biasa buat masak asam pedas, inilah cara saya membuatnya..



ASAM PEDAS CIK SITI
(untuk 2 orang makan)

Bahan2:

3 ekor ikan (tak kiralah ikan kembung, mabong, bawal, pari, dll yg sesuai)
2 biji bawang besar (yg sederhana kecil)
3 ulas bawang putih
2 senduk cili kisar (senduk besar ye, bukan sudu..)
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 inci belacan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (selalu guna kunyit hidup, tapi takde)
1 biji tomato - potong 2
2 keping asam gelugur
Daun kesum
Garam secukup rasa
Air dan minyak

Cara2:

1)  Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan belacan (dan cili kering jika takde cili kisar).
2)  Tumis bahan kisar dan serai yang telah diketuk.  Masukkan serbuk kunyit
3)  Bila dan naik bau atau hilang maung bawang tu, masukkan air secukupnya (agak2 tenggelam semua ikan).  Tunggu sampai mendidih
4)  Masukan ikan, tomato, daun kesum, asam dan garam.  Matikan api bila ikan dah masak.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...