August 17, 2011

Berhenti Seketika..

Sehari dua ni saya sangattt lah malasnya memasak lauk pauk.  Ada ayam, daging, ikan.. tak tau apa yg menyelerakan.  Manalah tak semakin pipih badan ni.  Jadi macam kelambulah jawabnya abaya raya saya nanti.. :P  Agaknya sebab angin sepoi2 Malaysia dah sampai sini.. hehe pandailah!  Esok malam dan nak ke airport dan boarding at 2am (Jumaat).  Seronoknya bagai berdansa jiwa ni... Memang lain sikit feel dia balik kali ni.. sebab nak raya kot.  Padahal mai Bahrain baru je Jun lepas..

Pagi tadi, sebelum abe pergi kerja, kami ke market dulu cari tamar segar.  Memang dah susut tamar (kurma) kat market... satu dua tempat je ada nampak.  Harga pun dah naik sikit.  Kalau awal2 haritu sebakul atau sebekas yg beratnya lebih sekilo harganya BD1 (RM8), tadi dapat BD1 untuk sekilo sahaja.  Masih kira murahla tu... Beli 3kg je.. jadilah.  Sebab barang2 lain banyak nak bawa dan berat2 belaka.. Nak naik kapal takpe, bajet 100kg.. nak naik pengangkutan lain tu la nanti...

Tamar ni besar dan panjang...

Buah delima a.k.a pomegranate. Kat sini memang buah popular...   

Tamar merah


Operasi nak clear up foods & buah2 kat dapur... Petang semalam buatle cekodok pisang untuk berbuka..heheh!  Sedap jugak buka ngan cekodok tau.. Lembut je cekodok tu.  Paling seronok tengok Fawwaz makan satu demi satu...  Ingat banyak tu nak bagi separuh kat bebudak Bangla pekerja kat sini.. tapi  abe kata dia nak makan... sudahnya tak abis :((  Kesal sangat pasal dah pasang niat.  Nak buat cekodok pisang yg lembut, letak sikit SODA BICARBONATE kat adunan tu.  Kalau saya buat, blend pisang + gula + sedikit garam + soda sampai halus.. pastu campur tepung.  Tapi kekadang kalau angin tak betul, bantat juga la... masatu yg salah adalah tepung.. kehkeh!
Petang nanti nak buat karipap banyak sikit... nak bagi kekawan macam biasa.  Esok2 dah takde kan.. Cuma bab lauk lagi lah huhu...  Dalam hati ni sebenarnya nak je makan orang masak kat luar tu.  Tapi yg org sebelah tak suka pulak puasa2 nih... Akak ni kalau dapat buka ngan burger jasmi's tu dah seronok la kot, tak pun shawarma.  Semangat masak tiba2 berubah, entah kenapa.  Tahan je lah sampai kat KL nanti.  Nak makan nasi kerabu puas2.. murtabak.. air soya.. ikan keli goreng.  Menu hari raya tak pasti lagi... Hari pertama selalunya rendang daging, ayam semur, sambal taun, kuah sate pasti ada... heheh dah citer raya la pulak ekk... babai... Cerita lagi nak raya nanti :D)

August 15, 2011

Mee Kari Perantau

Perantau la sangat kan... dah teringin sangat mee kari.  Banyak bahan penting pulak takde.  Tapi buatla jugak, asal ada rasa kari hehehe... Saya, kalau mee kari tu suka yang ada kerang & fish cake... Tapi ni dah takde, hantam sajalah.. tapi best la jugak kan.. :D

Paling penting, mee tu takde.  Malaslah kita nak oder2.. Sebenarnya ada juga org M'sia buat, sekilo BD1.. nak kena oder & ambil sendiri la... Selalunya, saya transform je spaghetti tu jadi mee.  Kali ni guna angle hair, halus sikit..  Rebus kat air yg dicampur serbuk kunyit dan minyak.  Rebus sampai lembut... Jadilah mee kuning... ahaks!
Bahan2:

MEE
Angle hair atau spaghetti - rebus dengan air + kunyit + minyak dan toskan

KUAH
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
1 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
1 batang serai - titik
2 sudu cili kisar
3 sudu serbuk kari daging
1 sudu udang kering - rendam dan tumbuk
Isi ayam dan tulang2nya
Santan secukupnya
1 keping asam gelugor
Daun kari

HIASAN
Sayur2an - sawi, tauge, carrot, tomato
Chicken meatball - goreng dgn sedikit minyak
Daun sup/parsley & daun bawang
Bawang Goreng
Cili padi/hijau potong atau sambal tumis



Cara2:

KUAH
1)  Kisar bahan2 bertanda *.  Kemudian tumis dengan minyak sampai layu atau terbit minyak. (kadang2 kalau kisar dengan air, bila menumis minyak tu hilang... pandai2 lah ye huhu)
2)  Masukkan cili kisar dan udang kering... kacau2 sampai hilang bau cili tu..
3)  Masuk pula rempah kari.. kacau sebentar dan tuang sedikit air.
4)  Masukkan ayam dan ratakan rempahnya pada ayam... biarkan sebentar sampai hampir masak.  Haritu saya bubuh sekali kentang dipotong kecil..
5)  Bila ayam dah agak masak dan kentang empuk, tuang santan... masukkan asam keping dan tomato.  Tunggu sampai mendidih dan sekali sekala kacau supaya tak pecah lemak sgt..  Saya suka tunggu lama2 supaya sebati rasa kari tu...

Asparagus Campur


Sayur beberapa hari lepas... En Abe yg mengidam sangat nak makan asparagus.  Dah beli tu, sikit sangat pulak.. jadi campurlah dengan kawan2 sayur yg lain.. ehehe

Bahan2:

Asparagus - potong 2 inci
Jagung muda - potong panjang
Carrot - potong panjang
Bawang putih - ketuk dan hiris
Bawang besar - hiris kasar
Capsicum
Cili hijau
Sos tiram
Chicken meatball
Serbuk stok ayam
Sedikit garam

Cara2:

1) Goreng meatball yg dibelah 4 dengan sedikit minyak hingga agak masak. Ketepikan sedikit (saya guna pan, senang nak ketepikan tu...)
2) Masukkan bawang dan tumis hingga layu.  Masukkan sos tiram.
3) Masuk pula carrot dan jagung... balik2kan semua dan goreng hingga sedikit lembut
4) Masukkan asparagus, stok ayam dan garam.... balik-balikkan seketika dan angkat

August 14, 2011

Baked Cream Dory Fish Fillet

Hehehe... saja letak tajuk panjang2... Tajuk melayunya ialah IKAN DORI BAKAR.  Sejak tak pergi fresh market di bulan puasa ni, tak tau apa jenis ikan nak dibeli kat hypermarket.  Macam ngengada jek.. Padahal lagi senang beli kat situ, sebab harga dah terpapar, tak payah nak berhimpit2 kat dalam tu, ada yg tolong bersihkan, dll..  Paling senang beli je yg dah siap kat pack tu.. Sampai rumah terus masuk freezer.

Minggu ni saya beli ikan dori lah pulak.  Sebenarnya tak pernah beli pun, baru first time.  Tetiba suka pulak tengok akan kebersihannya.  Dah pasti dalam kepala pun nak masak yg ala2 masuk oven..  Macam selalu buat kat ayam tu.. Jadinya, semalam petang masak dgn rileks.. Trifle dah awal2 buat tengahari tu... goreng asparagus campur dan bakar ikan ni... Selera makan malam tu... Panggil makan malam sebab kita tak makan nasi masa buka... Lepas solat, relaks kejap baru makan nasi.  Buka tu kejap je dengan kurma, kuih & buah..

 Sebelum bakar..
Bahan2:

1 keping ikan dori (cream dory fillet)
1/4 labu bawang besar - potong dadu *
1 ulas bawang putih - ketuk dan hiris halus *
1/2 inci halia - hiris halus *
2 sudu sos lada hitam *
1 sudu kicap masin (opt) *
1 sudu kicap manis *
1 sudu mayonnaise *
Sedikit madu *
Sedikit garam (kalau rasa perlu) *
Lada benggala (capsicum)
Daun ketumbar

Cara2:
1) Cuci ikan dahulu... kalau takut hanyir, rendam kejap dengan garam dan tepung, lepastu bilas
2) Campurkan semua bahan bertanda *... masukkan ikan dan perap seketika
3)  Sesudah diperap, letakkan ikan dan semua sos ke dalam bekas atau pinggan tahan panas.  Taburkan dengan capsicum dan daun ketumbar
4)  Bakar dalam oven selamat 15 minit dengan suhu 180C.  Hidangkan dengan nasi panas..

Puding Trifle


Terpengaruh lagi dengan posts adik2ku kat fb... semua pakat buka puasa dgn triffle ye.  Sebenarnya malas sket nak buat, takut tak dapat sambutan.  Maklum abe kita ni dah mula diet gula.. tau2lah dalam usia nak pencen nih huhuhu.  Tapi sebab macam tergoda je terutama musim tgh panas ni, buat le jugak.  Bahan pun tak banyak mana, buatnya pun tak susah.. 2 hari ni kenalah makan dessert yg sama ekk hehehh..

Resipi asal dari My Resipi oleh daniaelyza.  Tapi akak sesuaikan dengan apa yg boleh didapati di Bahrain ni, dan juga kabinet ajaib ku itu.. :))  Kejadiannya setakat manis2 buah, cuma seperti biasa kek kat Bahrain ni selalu manis bebenor... :)

Bahan2:

Swiss Roll (kek/baulu gulung) secukupnya - kat Bahrain ni guna jenama Americana perisa raspberry
1 tin susu cair - setin kat sini kecik, cuma 170g
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
400ml air
1 tin buah-buahan campuran - asingkan airnya tp jangan buang
1 kotak serbuk jelly - saya guna sekotak tu beratnya 85g, perisa raspberry *
300ml air panas mendidih *
300 ml air sejuk dari petisejuk *

Cara2:

1)  Didihkan susu cair bersama gula..
2)  Masukan tepung kastard yg dilarutkan terlebih dulu dengan air (400ml).  Masak sampai pekat.. sambil tu kacau ye, kalau tak berketul2..
3)  Dalam sebuah bekas, susun swiss roll yg dah dipotong2 ke atasnya... Basahkan dengan air buah yg dah diasingkan tadi.  Kemudian susun pula buah-buahan tersebut..

4)  Tuang kastard yg dah dimasak tadi ke dalam bekas.. (ada juga yg masukkan buah selepas menuang kastard, ikut memasinglah..)
5)  * Untuk buat jelly pula, saya ikut aturan di kotak... mula2 didihkan 300ml air dan tuangkan ke atas serbuk jelly yg dah dimasukkan ke dalam mangkuk.  Kacau sampai jelly larut.. selepas tu, tuang pula 300ml air sejuk.  Dah tu tuang jelly ke atas lapisan kastard (cara #4)
6)  Sejukkan trifle sebelum dimakan... sedapnya selepas beberapa jam di dalam petisejuk

 jangan tengok lama posa2 nih... ;))


Popia Bersira Pedas


Hari tu ada saya bertanya seorang kawan, macamana nak buat popia yg tak berminyak sangat... Maksud dalam hati tu, selalu beli kat kedai kadang ada yg kurang berminyak.. tapi saya buat, selalu berminyak sangat sampai takut nak makan... Kot2 la kawan tu ada petua kan.  Tapi, belum dia jawab, kawan2 fb dia semua dah tolong jawabkan... ada yg kata goreng dengan air, masuk microwave, oven, dsb... Dah kalau dgn air tu, namanya rebus la dol, kalau masuk oven bako... Geram juga, sebab akak ni tanya dgn jujur... Sudahnya tak berjawab!

Mmm... dahlah.! Membebel la pulak kan.. kikiki.  Kelmarin, buatlah juga popia tu sebab ianya memang kuih popular di bulan Ramadan.  Lagi pulak, kulit tu banyak lagi balance buat murtabak haritu.  Nampaklah resipi blogger masak fofular di My Resipi - Hana..  Lantas teringat popia sambal Kak Bibah (org kampung akak).  Terbaikk popia dia tu.. dan murah.  Tapi kalau ikut kak bibah, cili kisar tu dia tumis lama dengan gula sampai pekat... gitulah kot!!  Akak beli & oder je... heheh.


Sedap juga resipi Hana ni... meh la cuba sekali.  Utk original resipi, tengok kat SINI (rajin2 le jalan2 ekk..).  Yg bawah ni versi apa yg ada kat Bahrain...atau versi jimat cermat  ;P  Gulung ketat2 sikit, kali ni kurang minyak yg bertakung kat dalam kelongsong.

Resipi asal - Hana @ My Resipi
Bahan2:

Kulit popia secukupnya
INTI
1 cawan kobis - hiris halus
1 batang carrot - hiris halus (saya guna parut sayur yg kasar)
Tauge & sengkuang - saya tak letak
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu udang kering - rendam dan tumbuk
1 sudu sos tiram
Garam dan gula atau perasa

SAMBAL
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah & putih yg dah dikisar - saya letak 2 sudu
2 sudu besar sos cili - saya & Hana guna sos chili Thai... tapi akak sebenornya tertuang lebih :D
Sedikit belacan - tak letak
Sedikit air asam jawan atau cuka - letak dalam 2 sudu air asam
Gula melaka atau gula putih - saya letak kedua2nya..
Garam
Bijan sangai - tak letak

Cara2:

INTI
- Tumis bawang besar hingga layu, masukkan sos tiram... kemudian masukkan udang kering, kacau2 dan akhir sekali sayur2an dan garam gula (selalu saya tak bubuh gula..)

POPIA
- Bentang kulit popia, sudukan sayur dan lipat/gulung sampai habis.  Goreng dengan minyak yg panas dan toskan.
- Bila SAMBAL SIRA dah sejuk, golekkan popia pada sambal dan susun atas pinggan.

SAMBAL SIRA 
- Tumis bawang sampai naik bau.  Masukkan cili kisar... dah agak terbit minyak, masukkan garam dan gula pula, diikuti sos cili.. kacau2 sampai pekat. Garam jangan banyak sgt, lebih kan gula ye... Bila dah pekat, angkat dan sejukkan.

Sangatlah bestnya....

August 11, 2011

Ayam Percik


Hidangan beberapa hari yg lepas...ayam percik Kelantan versi bakar kat oven.  Resipi diperolehi dari MYR. Tapi akak buat kaler pucat je sebab tak letak cili demi anakanda tercinta.  Kalau tak, mau kena masakkan yg lain untuk dia..hehe.  Takde nak membebel banyak2, meh tengok camna nak membuatnya.

Sedap... Fawwaz tambah2 nasi dengan penuh selera..

Bahan2:

1 ekor ayam (saya buat 1/2 je)
1 1/2 cawan santan pekat (saya guna santan serbuk je, kurang le kilatnya..)
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih/halus
1/2 cawan tepung beras (next time buat nak kurangkan atau tak bubuh.. :))
Sedikit air asam jawa/asam keping (saya guna asam keping)
Cili kering (optional.. kalau nak kuah merah)
Garam dan gula secukupnya

Cara2:

1)  Kisar bawang, serai, halia, ketumbar dan jintan... kemudian guna untuk perap ayam dalam 1/2 jam atau lebih (saya guna separuh.. yg separuh lagi masuk freezer utk kegunaan akan datang..)


2)  Masukkan ayam yang diperap bersama tepung beras yang digaul sekali dengan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.


3)  Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke dalam loyang pembakar


4)  Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 1/2 jam atau sehingga ayam agak keperangan 


5)  Hidangkan ayam yang dicelup dengan lebihan kuah tadi...