July 14, 2016

Eidulfitri 2016

Alhamdulillah... dah seminggu Syawal. Hari ni usaha membayar puasa yang tertinggal pun bermula. InsyaAllah dah 2 hari hehe.. Yang kena qada adalah 15 hari yong.. huwaaa!!


Tahun ni first time akak tak beraya di kampung halaman terchenta. Dan juga first time beraya dengan en abe di Kedah.. Kali ni boss buat request untuk beraya bersama selepas 10 thn duk raya berasing. Akak ni jenis malas nak banyak citer, I follow jer laa.. Semua pun boleh hadam dengan baik. Cuma kali ni akak rasa hampir kehabisan tenaga sebab banyak benda kena buat sendiri. Biasa2 tu jadi assistant chef ja dan ramai kakitangan. Dari ambik order ke masak dan kemas untuk rumah sendiri.. adoi laaa capek dibuatnya. Sebab tu akak terpaksa tolak banyak order esp kek yang berkrim2 dan cuma ambil hat mudah dan sikit je. Mengenangkan tenaga orang tua nih.. ohohohoo tua dah ya! :P

Menu macam biasa versi Jawa.. Nasi impit dan kuah lodeh, sambal sate (kuah kacang), rendang hitam ayam, ketupa dan kek2 serta biskut raya.

Hari Raya pertama di Kedah jemput adik beradik sendiri je. Tak sempat pun nak keluar rupanya. Abe pulak macam takdak sedara lain jer selain adik beradiknya.. ya ampuuun. Raya kedua barulah dapat keluar dan berkumpul sekali lagi dengan kaum kerabat. Raya ketiga mak dan anak terus merempit balik kampung di Selangor. Jauh la.. Jitra ke Sabak tu ambil masa 5 jam+ kalau tak tersekat di mana2. Kenderaan kat jalan pun dah banyak masa tu. Mujur ada laluan khas yang tak berapa banyak kenderaan nak lalu hihi. Exit di Changkat Jering dan melalui Beruas, Perak. Cuma yang gigih je boleh lalu jalan tu hahaha!

Plan nak balik 3 malam je, tapi sebab kuasa veto budak kecik tu amat power, kenalah tambah 1 malam lagi. Tu pun kira OK sebab sampai2 je dia kata nak sampai hari Sabtu (means 1 minggu). Suka hati awak la nak.. sekolah tu abi punya kan.. ahahaha. Beraya di kampung memang meriah sokmo. Walau dah luak 3 hari, namun tetamu masih bertali arus datang dan kebanyakannya secara berjemaah. Selain kami pun keluar bertandang ke rumah yang jauh2 dan dekat. Memang penat sikit la. Bila dah malam, semua pakat pengsan.. hihi.

RAYA 1

Wefie dulu..
Tetamu tetap makcik bila ada perayaan hihi.. tapi ada juga yg baru first time datang
Ipar duai dan menakan..

Anak kpd tailor akak yg comel..

RAYA 2

Di rumah abang sulong a.k.a Long Din..
Berkumpul di rumah kakak ke 5 aka Kak Dah (Mak Ndak)

RAYA 4 @ RUMAH KUNING

Bersama makcik bongsu & suami (tuan rumah) dan cousin (kami pengecop regular ruang tamu depan TV utk tidur hehe..)

RAYA 2 di kampung (sewaktu ku tiada..)

Perjumpaan keluarga keturunan Hjh Siti Makiah (nendaku..). Kali ni giliran di rumah makcik sulong..

Kualiti gambar kali ni semua hancus. Mostly guna camera HP Samsung abe.. Selalunya elok je, tapi time posing raya ni meragam lak. Yang guna timer lagi hancus.. Takpa la no.. janji ada jugak kenangan tu..


July 1, 2016

Biskut Cornflakes yang Mudah tapi Rangup

Duk memikir nak tambah cookies kat dapur tu, tetiba akak jatuh berkenan pada satu resipi ni. Sangat mudah. Apalagi bahan2 semua ada terutama cornflakes yang dah berbulan tak habis2 tu. Walau asalnya akak nak buat tart nenas la, pastu sarang semut la.. akhirnya biskut cornflakes juga yang jadinya. Kalini akak buat terus dua adunan dan dapat 2 tray hitam tu..


Akak dah tak berapa ada masa nak bebel macam selalu.. heheh. Meh kita terus check resipinya. 



BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Resipi asal dari: Amy Ayu Marissa (FB)

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
125g mentega
1/4 cawan gula castor
1 sk esen vanilla
1 cawan cornflakes - diramas kasar

Cara2:

Kacau mentega, gula dan esen vanilla hingga sebati. Gunakan senduk kayu sahaja.
Masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan cornflakes yang kacau 'gitu'2 je
Bentukkan hanya menggunakan sudu sahaja terus ke atas tray yang disapu mentega/majerin atau alas sahaja dengan baking paper.
Bakar dengan suhu 160C selama 18-22 minit.
(Akak bakar menggunakan 'fan' setting selama 20 minit, sekali masuk 2 trays)




Resipi asal.. terima kasih ya :)

June 29, 2016

Serunding Daging Makcik Siti

Projek malam semalam menjelang Syawal.. Asalnya nak buat menu lain, tapi akak dah terebus dengan lembutnya guna pressure cooker. Maka projek 'dendeng' dah jadi 'serundeng'.. hihi! Saja akak buat lembab2 gitu sebab akak tak lalu dah tangan kurus yg tinggal tulang ni nak mengacau lama2. Hari dah jauh malam pulak tu.. sambil2 melangsaikan solat terawih.

Serunding ni rasa macam RENDANG KERING je.. tapi memang sedaplah.. sesuai dgn ketupat palas akak tu.. hehe tu dah siap minggu lepas lagi.. Semuanya kerja kena diatur supaya tak mengganggu tubuh badan, tenaga dan ibadah.


SERUNDING DAGING MAK ITI

Bahan2:

2 kg daging 
6 labu bawang besar (saiz sederhana) - kisar
3 inci lengkuas - kisar
2 inci halia - kisar
5 batang serai - ketuk
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 sudu jintan manis (kasar) - sangan dan tumbuk kasar
1 sudu ketumbar - sangan dan tumbuk kasar
3-4 senduk cili kisar (boleh tambah ikut tahap pedas cili & ikut citarasa)
1 cawan gula (ikut citarasa)
3 sk garam halus (ikut citarasa)
2 keping asam gelugur
2 mangkuk santan pekat (saya guna dlm 400g pati santan yang dibeli di market dan tambah sedikit air panas).
Sedikit kerisik 
Minyak secukupnya

Cara2:

1) Rebus daging sehingga empuk dan siat2 halus
2) Panaskan minyak cukup2 dan tumis sebentar bahan kisar iaitu bawang, lengkuas, halia, cili, ketumbar, jintan dan serai yang diketuk.
3) Masukkan daging dan santan. Masak sehingga agak pekat.
4) Tambahkan kerisik, garam dan gula dan kacau sehingga mesra. Gunakan api kecil.
5) Serunding hendaklah sentiasa dikacau sehingga kering


STEPS:

Masuk sekali daging dan santan


Terpulang jika nak lebih kering lagi..

Among the best match.. ready bila2 untuk direbus

June 17, 2016

Kuih Semperit

Always first time! Hat ni pun first time akak buat semperit traditional. Resipi yang simple dan hasil yang sedap menepati citarasa, akak dapat dari Zeeta Jon (MAHN). Murah rezeki Pn Zeeta ni sebab semperit ni bisnes dia.. Cuma yang akak buat ni takla secantik semperit orang lain sebab dah adun2 sekali takda acu rupanya.. pakat guna nozzle deko cake tu hurmmm... jenuh menekan. Dapat sikit dah surrender. Terpaksa akak postpone sampai ada masa pergi kedai untuk beli acu. Sebab takda pilihan beli yang ada tu, tapi tak cantik pulak bunganya.. ahhaha takpalah nak makan sendiri. Meme kelang kelibut betoi mak buat kerja ya.. :P




KUIH SEMPERIT
(Sumber Zeeta Jon)

Bahan2 (I) :

315g majerin Planta
140g gula - kisar halus
1 biji kuning telur
3 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara2 (I):

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.
Pukul sekejap menggunakan mixer sehingga sebati (tak perlu kembang).

Bahan2 (II):

300 g tepung gandum
300 g tepung jagung

Cara2 (II):

Ayak sekali tepung ke dalam besen.
Tuang bahan yang dipukul (bhn I) ke dalamnya.
Uli dengan tangan sehingga menjadi doh,
Bentuk mengikut acu kesukaan.
Bakar dengan suhu 170C selama 18-20 minit (ikut oven masing2)

June 11, 2016

Juadah Berbuka Puasa

Syukur Alhamdulillah... Ramadan dah masuk hari ke 6 ye. Namun akak masih belum nampak anak bulannya.. huhuhu. Di usia menjelang nak senja ni, memang hormon agak cangkaliwang.. Hehe.. ini perkataan yang baru akak belajar tadi dr Radio IKIM. Cangkaliwang = serabut.

Menu berbuka puasa di meja akak memang simple sokmo. Makin lama macam makin tak reti nak meriahkan menu. Lagipun mungkin saiz perut kami semakin mengecil.. tak boleh nak diisi pelbagai sangat dalam satu masa. Setakat ni sempat buat agar2 lumut, kuih tepung bungkus roti gadenia, roti jala dan lauk-pauk ayam dan ikan untuk yang berpuasa. Yang penting, airnya kena fresh juice seperti permintaan. Antaranya air fresh strawberry dan air tembikai. Ada juga buat air katira tapi tak sempat hidang untuk abe, minum sendiri jer.. hehe. Yang akak ingat nak snap gambar cuma yg ni ja...

"Tepung bungkus" Roti gardenia yang paling sonang.. 
Agar-agar lumut yang nyaman
Kurma ayam
Roti jala dan serawa durian
Air tembikai

Takda yang istimewa.. selera kampung2 ja haha... Saja boring takda modal depan lappy nih. Hari ni tenyeh shell tart sikit dan buat delivery brownies. Mood nak buat semperit old pesen pulak tp macam haritu berkenan yg rupa dress Anzalna.. alamak! cemana... Sebenarnya part2 ni mokcik memang jenis terhegeh2.. kang tau2 nak raya dah, baru tau menggelabah.. Harap2 cukup oksigen. Nak buat semuanya step by step dan penuh perancangan. 

Esok nak cari daun palas lah!


June 6, 2016

Kek Marble Susu

Petang ni dalam melayan kerenah anak istimewa yg belajar puasa, sempat akak baking sebiji kek. Nak testing resipi yang duk viral ni.. Ingat nak buat mcm kuda belang, tapi rupanya takda stok emulco maupun color yg sesuai.. Nak letak serbuk koko, rasa takmau la pulak.. Jadinye buat lah color2 pink hijo..


Bagi akak OK la rasanya.. walau akak lebih suka rasa kek seumpama yang akak jumpa kat bungkusan berkat kenduri di kampung hari tu hahaha.. Sampai makcikku heran tengok akak makan..
"Tu kan kek biasa yang jual kat pasar tu..." katanya.  Tapi serious akak suka sebab manisnya biasa2..

Resipi asal datangnya dari FB Sheila Rusli.. yang sesekali akak tangkap gambar kek akak yg tak seberapa dengan resipi sesapa entah ada tertepek di situ.. hurmmm.


KEK MARBLE SUSU

Bahan2:

3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan majerin
2 cawan tepung gandum *   }
1 sudu makan baking powder} ayak bersama
2 sudu besar
1 sk esen vanilla
* Jika guna tepung naik sendiri, tak perlu letak baking powder

Cara2:

1) Pukul gula dan majerin sehingga kembang (warna bertukar putih)
2) Masukkan telur satu persatu sambil memukul sehingga kembang
3) Masuk vanilla dan susu. Kacau sebati.
4) Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik
5) Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut citarasa dan letak pewarna
6) Lengser loyang berukuran 8" dan alas dengan baking paper
7) Masukkan adunan secara selang seli sehingga habis
9) Bakar dengan suhu 160C (akak guna 165C) selama 45-60 minit atau sehingga masak. Nak tau masak, kek akan naik berperingkat dari tepi sehingga bahagian tengahnya, baru cucuk dengan tester.




Agar-Agar Lumut Gula Melaka

Ini bukan untuk buka.. tapi kisah lepas. Yolah.. kalau ada lengkong aka agar2 ni waktu berbuka, memanglah nikmat kan..


Agar2 Lumut Gula Melaka

Bahan2:

1 peket agar2 tali (strips) dlm 18-20 gm
4 cawan air
2 cawan air gula melaka (200g gula melaka + 1/2 cwn gula pasir) cairkan bersama daun pandan *
100 ml santan kotak + 100 ml air (boleh adjust nak pekat lagi atau guna santan asli)
1 biji telur
Sedikit garam
* Jika nak warna yang lebih gelap, boleh tukar atau campur dengan gula merah 

Cara2:

Masak dulu air gula melaka/gerek/merah dengan gula pasir sehingga hancur dan tapis.
Rendam agar2 sebentar. 
Kemudian rebus agar2 dengan 4 cawan air sehingga mendidih. Kecilkan api.
Masukkan air gula dan kacau sebati. Boleh adjust nak manis macamana i.e tambah gula kalau kurang manis
Dalam mangkuk asing campurkan santan pekat dan telur bersama sedikit garam. Kocak2 sikit.
Tuang santan ke dalam agar2 dan kacau.
Besarkan sikit api dan biarkan mendidih (sambil mengacau) sehingga membentuk struktur macam lumut pada santan + telur tu.. ambil masa beberapa minit ya dan pastikan tak membuak2.
Tuang pada bekas yang telah dibasahkan dan sejukkan.
Masuk peti sejuk baru nyaman nak dimakan ya..