Menu macam biasa versi Jawa.. Nasi impit dan kuah lodeh, sambal sate (kuah kacang), rendang hitam ayam, ketupa dan kek2 serta biskut raya.
Hari Raya pertama di Kedah jemput adik beradik sendiri je. Tak sempat pun nak keluar rupanya. Abe pulak macam takdak sedara lain jer selain adik beradiknya.. ya ampuuun. Raya kedua barulah dapat keluar dan berkumpul sekali lagi dengan kaum kerabat. Raya ketiga mak dan anak terus merempit balik kampung di Selangor. Jauh la.. Jitra ke Sabak tu ambil masa 5 jam+ kalau tak tersekat di mana2. Kenderaan kat jalan pun dah banyak masa tu. Mujur ada laluan khas yang tak berapa banyak kenderaan nak lalu hihi. Exit di Changkat Jering dan melalui Beruas, Perak. Cuma yang gigih je boleh lalu jalan tu hahaha!
Plan nak balik 3 malam je, tapi sebab kuasa veto budak kecik tu amat power, kenalah tambah 1 malam lagi. Tu pun kira OK sebab sampai2 je dia kata nak sampai hari Sabtu (means 1 minggu). Suka hati awak la nak.. sekolah tu abi punya kan.. ahahaha. Beraya di kampung memang meriah sokmo. Walau dah luak 3 hari, namun tetamu masih bertali arus datang dan kebanyakannya secara berjemaah. Selain kami pun keluar bertandang ke rumah yang jauh2 dan dekat. Memang penat sikit la. Bila dah malam, semua pakat pengsan.. hihi.
RAYA 1
Wefie dulu.. |
Tetamu tetap makcik bila ada perayaan hihi.. tapi ada juga yg baru first time datang |
Ipar duai dan menakan.. |
Anak kpd tailor akak yg comel.. |
RAYA 2
Di rumah abang sulong a.k.a Long Din.. |
Berkumpul di rumah kakak ke 5 aka Kak Dah (Mak Ndak) |
RAYA 4 @ RUMAH KUNING
Bersama makcik bongsu & suami (tuan rumah) dan cousin (kami pengecop regular ruang tamu depan TV utk tidur hehe..) |
RAYA 2 di kampung (sewaktu ku tiada..)
Perjumpaan keluarga keturunan Hjh Siti Makiah (nendaku..). Kali ni giliran di rumah makcik sulong.. |
Kualiti gambar kali ni semua hancus. Mostly guna camera HP Samsung abe.. Selalunya elok je, tapi time posing raya ni meragam lak. Yang guna timer lagi hancus.. Takpa la no.. janji ada jugak kenangan tu..
No comments:
Post a Comment