April 7, 2013

Makan Apa Hari ni?

Dah masuk hari ke-3 semakin terasa kesedapan durian crepe. Masa mula2 buat tu, makan seketul pun pening. Tapi la ni pun tak boleh makan banyak. Pagi satu, tengahari satu, sat lagi malam makan satu... Tak jugak habis2. Anak tak suka. Abe lak takde. Niat nak bagi orang lain rasa tak jadi, sebab kulit tu macam keras le pulak. Mujur dalamnya sedap lemak berkrim.. Jadi, tadi bagi kat jiran karipap evergreen akak je. Dah tengahari, dia bagi pulak pucuk paku + tauge lemak (main balas2 pantun pulak ye..hehehh). Sayur tu yang akak rasa macam sesuatu lah. Sedap tak macam sayur lemak biasa. Perencahnya halus, tak nampak. Puas sudah lidah ni meneka. Nak tanya seganla pulak kan.. Akak syak dia letak kerisik kot.. Nanti suatu hari nak buat ujikaji.

Habis berteka teki sayur lemak pucuk paku, Fawwaz order donut with stoberi topping. Hungry! katanya.. Padahal macam baru je makan nasi lauk kari udang. Jenuh fikir lauk yang dia nak makan selain ayam masak kicap dengan keli goreng. Alhamdulillah... teringat lak kat udang yg dah lama tak beli sebab abe tengah mengelak seafood seumpama ni. Fawwaz memang suka udang, mak je lupa. Boleh??

Donut dgn topping yg comot sebab tak rajin nak cairkan coklat penuh hemah :P
Goreng 3, yang dimakan 1 je..
pastu... "I don't want stars.." mmmm.. banyak pulak songehnye

Saja letak gambar lama ni. Sekali buat donut ni teringat pau goreng mak kat kampung... terus ambik sikit dan masukkan inti... ahhhh makan saja kan!! Takde fikir benda lain.. :D



April 5, 2013

Durian Crepe... untuk dipandang

Walau otak dah tepu, walau takde sapa nak tolong makan, hari ni akak tak peduli! Akak paksa badan ni supaya merajinkan diri duduk berlama-lama di dapur. Sambil mendengar radio IKIM yang tak jelas pun sebenarnya... 


Sebab hari tu dah minta en abe belikan durian dan dia dah belikan pun walau tak musim.. Pastu rasa nak makan terus je durian tu. Macam sedap je makan gitu-gitu. Tapi sebelum en abe tanyakan mana durian crepenya? lebih baik cepat2 buat.. Padahal dia tak bertanya pung!! Abe ku jaga badan dan kesihatan... Tu sebab la ni rasa bersalah sikit kalau nak masak benda sedap2.. Nak hidang kek pun tak sampai hati, takut terasa hati kalau dia tak makan habis. Macam tu lah kisahnya yg juga boleh dijadikan alasan nak mengelat kihkih..

Walau dah selesa dengan resipi yang ada, hari ni testing resipi dari blog yatimemories yang guna 5 tepung. Kejadiannya agak kenyal sedikit berbanding resipi 2 tepung yang lembut nipis tu. Sampai saat ni, saya baru rasa seketul sebab macam biasa, akan melalui proses pening dulu.... :D

DC versi leper je... sebab dah lama tak buat, the first 2 pcs tu akak silap gulung. Ingat mcm buat ketayap ka.. huhu!

DURIAN CREPE 

Bahan2:

30g tepung hong kong
30g tepung kastard
20g tepung jagung
20g tepung ubi
20g tepung hoon kwe
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu segar (yatie guna susu cair)
1 sudu besar minyak
1sudu besar gula caster (saya tambah)
Pewarna

Cara2:

Satukan semua bahan, kacau sebati (saya guna hand whisk).
Tapis dan rehatkan 20 minit
Panaskan pan, sapu minyak sedikit (untuk crepe pertama shj) dan tuang satu senduk besar batter. Lenggang2 sikit dan biarkan sampai masak. 
Masak di satu belah sahaja.

ISI/INTI

Fresh cream/non dairy whipping yang telah dipukul hingga kaku
Isi durian


April 4, 2013

Tepu..

Entah mengapa, rasa tepu je bila akak singgah kat 'rumah' yang ni.. Tak tau apa resipi nak di update. Hari-hari masak tapi ala kadar je. Kucing pun tak selera kot.. huhuhuu. Nampaknya dah sampai tahap 'tak dapek nak nolong'. Sebab utama, masing2 nak jaga kesihatan. Yang si kecik pulak tak suka makan. Dah takde kawan2, adik beradik, pengawal, neng and uncle nak jadi tukang tester. Statik nye hidup akak di perantauan nih... huwaaaa!!!



March 30, 2013

Baldu Merah...

Repeat order dari pelanggan lama iaitu 2nd cousin saya Faizah dari Bangi... K.Faizah ni balik kampung mertua minggu ni di Kodiang.. Sambil menyelam minum air la kiranya... :)


 Agak lama tak deko2 kek walau agak kerap baking untuk diri sendiri...


March 27, 2013

Ayam Masak Palembang

Hari ni menghabiskan ketul-ketul terakhir ayam di dalam freezer. Sejak cuti sekolah, belum pergi lagi ke market Jitra. Kiranya hari ni sesi terkorek-korek apa yang ada dalam petisejuk. Nak masakkan en abe dan anakanda tersayang. En abe pulak pagi2 dah keluar sampai tengahari. Jadi tak bolehla nak keluar hanya dengan budak kecik yang anti-sosial tu. Takpelah, masih ada harapan untuk menikmati makanan yang enak... ;)


Jadi, disebabkan semua bahan ada, tadi saya buat masak Palembang untuk pertama kali. Kelmarin nampak resipi ni kat blog Yatimemories versi telur. Macam buat rendang, tapi letak kicap. Macam masak hitam yang selalu buat, tapi ada lengkuas dan serai.. Rasa? Nak tau, buat sendiri... hehehh! Sebenarnya saya pun tak pernah rasa yang orang lain buat..

Jom semak resipi yang saya buat ikut sesedap hati...


AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan2:

5 ketul ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang serai - titik
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugur (opt)
Kerisik
Kicap manis
Garam 
Sedikit gula (opt)

Bahan kisar:

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cili kisar (ikut suka)

Cara2:

1) Goreng ayam sebentar sehingga agak kekuningan. Angkat.
2) Menggunakan minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
3) Masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga layu.
4) Masukkan santan, diikuti kicap, garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ayam, asam dan kerisik.
5) Masak sehingga santan sedikit pekat.

Kat gambar ni nampak sedikit kering.. Asalnya banyak kuah, tapi menyerap kot.. sebab lambat makannya :P

March 25, 2013

Apam Nasi Inti Kacang


Nama glamernya ialah Apam Salju... Dah lama tak buat apam ni. Rasanya last sekali buat lebih setahun yang lepas waktu sambutan Maulidur Rasul di sekolah Fawwaz. Lepas tu dah tak buat.

Hari ni akak terrrlalu free. Suratkhabar semalam dah habis baca hampir setiap muka. Hari ni pulak tak beli sebab tak keluar. Majalan Harmoni yg tak berapa best pun dah hampir selesai. Tak taulah, kenapa majalah tu sekarang tak menarik minat. Hari tu dah ambik Midi, tapi boleh letak balik, tukar.. aiyakk!!

Dan pagi tadi, akak sempat berbual dengan jiran sebelah yang selalu balik masa weekend dan cuti sekolah je. Memang tak pernah borak pun sebelum ni sebab akak pun bukan jenis berlegar2 kat luar rumah. Jadi, dapatlah ilham nak buat apam nasi ni. Boleh memanjangkan ukhwah gitu.. Memang semangat kalau ada jiran untuk tolong makan. Terutama yang ada anak2 kecik. Samalah rumah dulu, ada cleaners, pak guard dan kengkawan yg kerja dekat2, termasuk sepupu sepapat yang dapat merasa. Jadi taklah boring. Ada projek dapur... ;)


APAM NASI INTI KACANG

Bahan2 (dapat dalam 25 biji):

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
Pewarna
Inti kacang (kalau suka)
Acu apam (saya guna acu lompang)

Cara2:

1) Kisar nasi bersama air menggunakan blender hingga halus. Kemudian masukkan gula dan kisar lagi
2) Dalam bekas, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
3) Tuang bahan kisar dan gaul sebati adunan tersebut (saya guna hand whisk)
4) Perap selama 3 jam. Setelah itu boleh warnakan ikut citarasa.
5) Panaskan kukusan. Sapu acu dengan sedikit minyak dan kukus sebentar
6) Sendukkan sedikit adunan ke dalam acu. Masukkan sedikit inti. Tuang lagi adunan menutupi inti sehingga 3/4 penuh
7) Kukus selama 15 minit



March 23, 2013

Minum Petang dgn Buah Melaka

Saya dengan anak yg sorang tu je kat rumah ni... Sejak cuti bermula, memang kami berdua je. En Abe pergi sambut cuti sekolah di KL bermula hari ni.. Bila dia takde, akak memang rajin sesangat. Sebab jadual tak berapa padat kihkihkih... Tinggal nak tunjuk gambar je kat dia. Ada orang memang suka jadi macam akak. Ada orang, tak boleh suami hilang dari pandangan... Itu perihal masing2 lah ye! Asalkan bahagia..

Kejap tadi akak baru menyiapkan sepinggan buah melaka keledek. Ada orang panggil onde2.. Kalau housemate lama akak kat Shah Alam dulu panggil "kelopung". Dia orang Kuala Pilah.. Suka akak dengar perkataan kelopong tu! hehehe..


Akak memang tak terima kalau buah melaka ni setakat guna tepung pulut dengan kaler hijo tu. Mesti nak campur sesuatu. Kalau tak keledek, labu... Baru sedap masuk tekak. Cuma kat sini akak terpaksa guna kelapa tua yang dah siap diparut dengan kulit2nya sekali (bukan sabut yee... ngeee). Kalau kat market Sg Besi dulu, ada jual kelapa parut putih je. Kat sini tak nampak pulak. Lepas tu tak mintak. Jadi, jangan banyak komplen! Makan je apa yg ada... Jemputlah ye!!!! Memang tak abis ni. Tak tau nak ajak sapa..  :D