March 27, 2013

Ayam Masak Palembang

Hari ni menghabiskan ketul-ketul terakhir ayam di dalam freezer. Sejak cuti sekolah, belum pergi lagi ke market Jitra. Kiranya hari ni sesi terkorek-korek apa yang ada dalam petisejuk. Nak masakkan en abe dan anakanda tersayang. En abe pulak pagi2 dah keluar sampai tengahari. Jadi tak bolehla nak keluar hanya dengan budak kecik yang anti-sosial tu. Takpelah, masih ada harapan untuk menikmati makanan yang enak... ;)


Jadi, disebabkan semua bahan ada, tadi saya buat masak Palembang untuk pertama kali. Kelmarin nampak resipi ni kat blog Yatimemories versi telur. Macam buat rendang, tapi letak kicap. Macam masak hitam yang selalu buat, tapi ada lengkuas dan serai.. Rasa? Nak tau, buat sendiri... hehehh! Sebenarnya saya pun tak pernah rasa yang orang lain buat..

Jom semak resipi yang saya buat ikut sesedap hati...


AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan2:

5 ketul ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang serai - titik
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugur (opt)
Kerisik
Kicap manis
Garam 
Sedikit gula (opt)

Bahan kisar:

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
Cili kisar (ikut suka)

Cara2:

1) Goreng ayam sebentar sehingga agak kekuningan. Angkat.
2) Menggunakan minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi
3) Masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga layu.
4) Masukkan santan, diikuti kicap, garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ayam, asam dan kerisik.
5) Masak sehingga santan sedikit pekat.

Kat gambar ni nampak sedikit kering.. Asalnya banyak kuah, tapi menyerap kot.. sebab lambat makannya :P

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...