June 23, 2011

Lempeng Kelapa

Tiba2 teringin lempeng kelapa ni... padahal seumur hidup tak pernah makan. Ala2 pelik kan..?  Yelah, arwah nenek tak pernah buat rasanyaa... atau akak yg lupa!  Selalu kalau adunan mcm ni dijadikan jemput2 adalah.. maksudnya digoreng.

Berpandukan pengalaman org2 yg biasa makan, the best match ialah sambal tumis atau kari ye.. Jadi, akak buat sambal tumis jelah... cepat siap sementara en abe nak balik ni..  Nak tulis resipi jugak ke? Boleh lahhh...



Bahan2:

1 cawan tepung gandum (saya guna cawan beras tu ha..)
1 senduk nasi kelapa parut
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam
1 cawan (lebih sikit) air

Cara2:
- Adunkan kesemua bahan hingga sebati, biarkan sekejap dan goreng atas pan atau kuali pun boleh.. Rata2kan ye biar nipis sikit... bila dah masak sebelah, balikkan pula...


Sambal tumis bilis yg senang dan cepat membuatnya...

June 22, 2011

Tomato & Oregano Spaghetti

Bagi nama simple je kat spaghetti nih... Malam semalam, selepas menikmati hidangan asam pedas ikan tenggiri dan sayur2an, terus kita ambik oder untuk malam ni.  Hidangan selain nasi ye!  Abe terus sebut spaghetti goreng.. Alamak! Ada lagi ke stok spaghetti sbb haritu tak beli?  Maklum dah lama tinggalkan rumah ni. Abe kata takpa.. maybe ada kat kabinet sebelah tu..hehehh.

Sekali lalu ada nampak resipi seumpama ni.. tapi dia guna basil dan seafood.  Semua bahan tu akak tinggalkan je kat Geant haritu...

Bahan2 (utk makan sorang je) :

Secekak spaghetti - celur (tapi saya guna angle hair je malam ni..)
1 ulas bawang putih - racik halur
1/2 sudu kecil oregano (boleh tukar basil)
1/2 biji tomato - potong kecil2
2 sudu minyak zaitun
Sedikit garam
Hirisan isi ayam atau seafood - opt

Cara2:

1)  Tumis bawang putih dan oregano sehingga wangi
2)  Masukkan tomato dan kacau sehinggga layu.  Kalau ada ayam atau seafood, masukkan masa ni
3)  Masukkan spagetti dan garam. Gaul rata dan angkat.


En Abe nak yg melayu punya... letak cili, bawang, tomato + cili sos & semua.... :)

Makanan sihat kan.... lalala!!

June 20, 2011

Pizza

Kebelakangan ni Fawwaz suka sangat dengan pizza.. walau makannya tak seberapa.  Tapi boleh dikatakan banyak juga portion dia boleh habiskan sekali makan berbanding dengan nasi.  Semalam akak buat pizza ala2 je.. hehh! Dah pasti topping dia akan ditolak ketepi sebelum makan.  Tapi mesti nak berupa pizza.. apakah?

Takpe takpe... bukan susah pun nak buat.  Ni adalah cara nak buat doh roti pizza yg sonang!

Bahan2:

200 g tepung roti (saya guna all purpose flour je)
1 sk yis kering
1 sudu gula
1 sudu mentega (boleh juga tukar dengan minyak zaitun)
Sedikit garam
125ml air 
- kalau nak tambah sedikit shortening pun boleh... ada takpa, takda pun takpa... :)

Topping:
Mozarella cheese (boleh juga guna yg bercampur2 dgn parmesan tu..)
Sos tomato/cili/tomato puree - ikut citarasa
Mayonese
Sayur campur/sosej/tuna/ayam/mushroom/tomato dll - apa2 pun boleh kalau suka :D


 Letak tomato segar  & inti daging (inti daging cincang yg telah disejukbeku.  Resipinya nak kena selak2 dulu entri sebelum ni - inti tortilla) 

Cara2:

1)  Gaulkan kesemua bahan kering dab tuang air.  Uli sampai lembut dan halus
2)  Bentukkan bulat dan tutup dengan kain lembab dan biarkan selama lebih kurang 45 min
3)  Canai doh ikut tebal yg digemari.  Boleh juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dulu sebelum dicanai.  Cucuk2 doh tersebut dengan garpu..
4)  Bakar dalam oven bersuhu 200C selama 10 min
5)  Keluarkan roti dan sapu permukaannya dengan mayonnese diikuti sos
6)  Taburkan dengan sayur atau apa2 inti kesukaan dan akhir sekali tabur dengan keju mozarella
7)  Bakar lagi selama 10 min dengan suhu 200C 



June 18, 2011

Cucoq Bawang & Kubis


Ait! Gambaq mangga pulak! Hehe... sedap mangga dari India nih esp hat yg kaler ranum sikit tu.  Sekarang tengah musim kat Bahrain ni.. esp kat market.  Ada yg mai dari India, Pakistan dan yg sewaktu... 12 biji yg sedang tu (3/4 dari saiz yg selalu kat M'sia) dalam BD1.5.... kira harga paling murah.

Pagi ni pulak buat cucur bawang atas permintaan... Udang kat pasar tgh kena ban (musim pemeliharaan kat laut), bilis lak tertinggal kat Sg Besar... yg ada udang kering je.  Lepas tu nak kasi seri letak kubis... Ini kira cucoq bajet je, telor pun tak guna... tp menggelembong lembut.  Kalau sesapa belum pas buat cucur yg lembut, cubalah resipi ni..

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1/4 labu bawang besar - racik halus
Sehelai daun kobis - racik halus
Sejemput udang kering - tumbuk
Garam - ikut selera (saya letak 1/2 sk je)
Air secukupnya - sedang2 lembiknya agak2 senang nak sudukan (pekat sikit dari tepung buat goreng pisang)
p/s: jgn letak serbuk kunyit, nanti jadi merah sbb ada soda tu...

Cara2:
- Campurkan kesemua bahan dan biarkan seketika.  Goreng dalam minyak panas yg banyak..

... cuma sedikit berminyak berbanding yg biasa ku buat...

Blended Orange Kek


Ada sebijik oren tergolek2 atas kabinet dapur tu.. entah zaman bila punya.  Bila buka, isinya pun dah kering.. hehe!  Dah lama juga nampak beberapa blogger tayang kek oren ni.. Kat MYR berderet2 orang dah buat.. Sesapa nak tengok, pergi ke myresipi.com.. pastu search nama kek ni dan click yg K.FIDA punya... perghh!  Memang le ramai peminat resipi k.fida ni.. siapa ada gambar steps dia..

Maka untuk tidak membazirkan oren kering tu, kita pun ikut2 la resipi k.fida tu.. senang sangat.  Main blend je.. Cuma ending tu laa... ingat nak salut kek dengan cheese cream, rupanya yg ada kat fridge tu cheddar cream cheese (beli 3 bulan lepas b4 balik ke M'sia).. mcm tak kena je!  Makan ngan sandwich boleh la... Confident je cheese cream biasa.. tukar pakai buttercream pulak >_<

sedap!


Sumber: myresipi.com (k.fida)
Bahan2:

1 biji buah limau (saya guna oren sunkist)
1 cawan minyak (saya guna sunflower oil)
2 cawan gula halus (saya guna gula pasir biasa, 1 1/2 cawan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (saya guna all purpose flour) *
1 sb baking powder *
Saya tambah 1 sk orange essence


Cara2:

1)  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. (saya parut kulit oren tu dulu dan ambil isi oren, baru masukkan ke dalam blender)

2) Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.


3)  Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris (alas dengan kertas baking, atau kalau dah takde, A4 paper pun boleh je...)


4)  Bakar pada suhu 170C ikut oven masing2 ye, selama 40 min hingga 1 jam... 


Tips:  
a)  Kalau kek macam nak merekah, kurangkan suhu kepada 150C dan guna api bawah je... pastikan acuan kek berada betul2 di tengah oven... kekadang saya sendiri pun tak faham oven ni, kejap2 tukar mood  :|
b)  Boleh juga selepas 1/2 jam, kurangkan suhu utk mengatasi masalah kek merekah


 "HAPPY FATHER'S DAY MY DEAR ABE & BELATED BIRTHDAY MY DEAR SON!"
Masih belum dapat skill dan passion nak men'deco' kek... nak kena cari guru dulu kott!!!  hehehe... Dahle time ni nak kejar waktu tidur Fawwaz... :D

Mihun Sup Sayur..

Mihun sup yg hanya dipenuhi sayur2an untuk keluargaku yg ala2 diet... bukan diet nak kurus, tapi menjaga kesihatan gitu!  En hubby bila ditanya nak makan apa, cuma cakap "selain nasi"... Paling senang menu ni lah.. dapat pulak pagi tu baru dapat se'pack' mihun kat Geant.. Kadang2 memang susah nak dapat mihun kat sini.. Haritu pun lupa nak bawa siap2 dari M'sia macam selalu... makcik memang aci semua lupa la!!! >_<

Cara saya buat mihun sup kat SINI... Ala.. budak2 duk playpen tu pun pandai buat ni hehehe...

Abe suka makan dgn cili potong....

Saya pula suka makan dengan sambal kicap...

Next entry ialah Blended Orange Cake... inilah deco kek paling kelakau dan horrible!  Sebenarnya nak buat frosting cheese cream je... sekali akak dah terbeli silap cheese.  Dgn penuh tak rela buat buttercream.. nak father's day sangat kan....

June 14, 2011

Macaroni with White Sauce



Menu untuk kanak2 yg kurang suka makan... Kanak2 itu ialah anak saya hehe!  Kalau kelmarin dia suka nasi dan sup, hari ni dan mungkin untuk seminggu dia takkan menyukainya.  Makan 2 suap terus cakap NO!  Kalau ada roti, boleh cover sikit... Tapi kadang tu, dah habis dan tak sempat beli... Mak kena kreatif sikit... cuba itu dan ini.  Kadang2 macaroni + keju yg dicairkan dah cukup selera... Buat resipi simple je sebab si kecik ni tak berapa adventurous bab makan.

Bahan2:

1 cwn macaroni - direbus sampai lembut dan toskan

Sos putih:


1 ulas bawang putih
2 sk penuh tepung gandum - bancuh dgn air
1 sb mentega
1 cwn susu segar
1 sb cream cheese
Secubit stok/cube ayam (opt) - sebaiknya guna daging ayam yg dicincang, tp masa ni takde
Secubit garam

Cara2:

1)  Panaskan mentega dan tumis bawang putih sampai layu
2)  Masukkan bancuhan tepung dan kacau sampai perang dan tidak berketul
3)  Tuang susu dan biarkan mendidih
4)  Masukkan cream cheese, garam dan stok ayam.  Kacau sampai pekat
5)  Tuang ke atas macaroni atau lain2 pasta yg telah direbus


sesuai juga untuk orang dewasa... tambah mushroom dan isi ayam..



 Selingan... hari ni 14/6 birthday Fawwaz.. terpaksa buatkan kek coklat yang tak cukup sifat.. maklum baru mendarat.. Malam ni baru nak keluar cari bahan atau beli yg siap je utk suka2... :D