August 12, 2015

Stim Ikan Siakap




Huwaaa... memang stress betul bila dah post entry elok2, tetiba buka gadget lain dan terbuka hat draft version.. terus suka2 je auto saved.. terus suka2 je hilang yg original tu.. Mujo ada kukis sedap depan mata.. jadi pengubat duka.

Kisah ikan stim tengahari tadi... Dah tak ingat apa yang akak tulis yo. Jadi memandangkan akak takdo kojo musim2 ni, jadinya naklah jugak tinggal foot print kat sini. Sebelum dia kembali bersawang. Resipi ikan siakap stim yang sebenarnya akak tak pernahla nak stick pada satu resipi. Kadang putih, merah, perang.. Haa.. yang ini hitam plop. Ikut suka hati den kekdahnya..

Sebagai memenuhi permintaan en abe, menjadi lauk tengahari tadi..



IKAN SIAKAP MASAK STIM

Bahan2:

1 ekor siakap (anggaran 2 orang makan)
3 ulas bawang putih - mayang
2 inci halia - mayang
1 batang cili - hiris halus
2 batang cili padi - belah dua
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Sedikit sos ikan
2 sudu jus limau/lemon
Daun sup/bawang

Cara2:

Bersihkan ikan, kelar2 sikit dan lumur dengan sedikit garam. Letak dalam bekas/pinggan
Tabur dengan bahan hiris diatasnya
Satukan semua bahan sos (masukkan sedikit air jika perlu) dan tuang ke atas ikan.
Didihkan kukusan dan kukus ikan selama 10 minit.
Angkat dan tabur dengan daun sup/bawang.

******************************************

Sayur sampingan - peria goreng bersama telur

Biskut Mazola Kacang Hijau


Nama lainnya GREEN PEAS COOKIES.

Memang sedap kukis ni.. walaupun akak tertinggal keretapi ETS dr Padang Besaq. Masa adik beradik cerita kat WA akak baca dengar blur.. sampailah akak termakan kat rumah mak pada hari raya ke 4. Barulah terfikir "oohhh... inilah biskut hijo tu kott..".

Dari haritu dah cari bahan. Tapi sempatnya baru semalam di kedinginan petang yang mendung. Ada sikit part tak pass sebab akak baca tak pakai spek. Mata dah rabun, tapi jenuhla nak pakai spek sepanjang masa.. huuu. Jadinya akak bakarle sampai lebih 15 minit pada suhu 140C, padahal tulisnya 160C.. Belum kira topping telur kuning yg terlebih sapu.. tak cantek la sket ghope semekutnya yong..

Jom check resipi... TQ sisters yg share kat hakak resipi ni deh..



MAZOLA KACANG HIJAU
Sumber : Resipi Iza Akma SSK.
Menghasilkan 60-64 biji

Bahan2:

120g tepung kacang peas
180g tepung gandum
20g santan serbuk
100g gula aising
1/8 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
120g minyak mazola

Hiasan
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Cara2:

1. Sangan sebentar tepung kacang kemudian biarkan sejuk
2. Masuk semua bahan ke dalam bekas, tuang minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan
3. Biarkan selama 10 minit
4. Sukat 1 sudu teh penuh adunan, kemudian dibentuk bulat. Sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.



August 8, 2015

Mihun Sup Bebola Daging


Kejadian semalam..
Teringat pesanan Ustaz Amri dari Jakim.. jangan panggil BAKSO kerana dengan panggilan nama je yg halal boleh bertukar ke haram. Sebabnya asal usul perkataan bakso ialah bebola daging bxxx. Macam bak kuteh tuuu... huhuhi. Tak caya cuba baca wikipedia pasal bakso. Selebihnya terpulang kepada diri sendiri samada nak guna idak sebab sekian lama pun itu panggilannya di negara asal..

Resipi sup ni memang sempoi baq ang. Sebab bebola daging tu akak guna hat readymade saja. Tak cukup rajin nak memproses daging menjadi bola.. huuu. Makan masa tengah hujan lak tu. Akak buat ni nak jamu ipar2 dan anak buah yang datang petang semalam. Hidangan lain adalah roti jala, kari ayam dan kek pisang.

Jom check resipi akak..



MEE SUP BEBOLA DAGING

Bahan2:

Bebola daging (meat ball) secukupnya. (Saya guna yg dalam peket sahaja. Untuk lebih 'feel' boleh buat sendiri. Search saja resipinya ya.. ;) )
Bihun - celur
Tauge
Daun salad
Bawang goreng
Daun sup & bawang

SUP

Semangkuk tulang rusuk lembu (anggaran 500g) untuk dibuat stok
1/2 labu bawang besar - dihiris halus. Boleh juga guna bawang merah kecil
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah *
1 batang serai - ketuk
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk menumis
Optional - saya tambah 1/4 kiub ayam adabi ke dalam sup dan letak 2 biji kurma semasa merebus tulang supaya cepat lembut

Cara2:

1. Rebus tulang lembu dengan air secukupnya untuk dibuat stok.
2. Tumbuk bahan bertanda *
3. Tumis bawang sehingga layu. Kemudian masukkan bahan tumbuk iaitu halia dan bawang putih diikuti serai. Tumis sehingga naik bau. Saya masukkan juga sedikit lada sulah masa menumis ni..
4. Tuang air stok. Masukkan lada sulah ikut citarasa, kiub dan garam secukupnya. Kalau saya lebih suka letak garam waktu dah nak matikan api.
5. Masukkan bebola daging dan biarkan sup sehingga mendidih dan bebola terapung serta mengembang sedikit, baru matikan api.
6. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

SAMBAL KICAP
Untuk lebih sedap, saya tumiskan sambal kicap terlebih dahulu.

Bahan2:

Segenggam cili padi (ikut nak pedas mana)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - hiris, goreng dan kisar (boleh juga guna bawang merah/kecil)
Gula secukup rasa
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
Tumbuk/kisar cili dan bawang putih, seterusnya ditumis sehingga terbit minyak.
Tuangkan kicap dan sedikit air.
Masukkan gula dan bawang goreng yang telah ditumbuk/kisar.
Boleh juga tambahkan sedikit asam jika suka atau sesudu cuka.
Masak sehingga agak pekat.



*********************************************

GAMBAQ PERISTIWA.. ehehh

Geng umrah kami.. :)





August 7, 2015

Mee Kari Sempoi Cik Siti


Lama tak buat mee kari.. Atau senang cakap memang tak pernah buat pun sejak berlegar2 di bumi Malaya nih.. sebab beli lagi senang setakat nak makan sendiri atau berdua. Kami pula jenis tak berapa suka mengulang makan terutama makanan bersantan ni.

Tapi hari tu tetiba teringin nak buat sendiri. Bila adik yang duduk di Perlis beritahu nak datang beraya, terus akak proceed. Cumanya sebab panggilan tu dibuat masa cuti sekolah dan bukan turn abe di rumah ni, susahla nak keluar ke market atau yang sewaktu. Dapat ke kedai runcit dan pasar tani berdekatan dah kira untuk. Cumanya agak mengecewakan sebab tak semua yang dicari berhasil.

Apa pun jua yang melanda, mee kari tetap menjadi. Bahan utama ikut apa yang ada kat dalam freezer atas tuh. Ada udang sikit dan ayam kira dah cukup baik la tu.. Yang akak cari tak dapat tu ialah kerang, fish cake, fish ball dan tauhu kering huu..

Kejadiannya boleh tahan laa... walau kira first time. Akak campak2 je. Tapi nampak abe dan adik makan sedapp je haritu.. dan selepas hampir seminggu akak menikmati lagi tadi dengan bahan2 dan kuah yang tersimpan rapi kat refrigerator, terasa akan umphh nya. Yakinlah akak, boleh buat lagi sekali akan datang. Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.



MEE KARI CIK SITI

Bahan2:

I. Kuah.

Ayam secukupnya - bahagian bertulang
Udang secukupnya
Stok udang (rebus kulit dan kepala udang dan ambil airnya)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 batang serai - ketuk
Secubit halba
1 peket serbuk kari Babas
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 keping asam gelugur
1 sudu kerisik (opt)
Daun kari
Santan secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis - guna minyak yang banyak

Cara2:

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia
2. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang serta halba.
3. Masukkan pula bahan kisar (termasuk cili) dan tumis hingga layu dan sedikit garing.
4. Masukkan serbuk kari serta daun kari. Tumis hingga terbit minyak baru tuangkan sedikit air. (Minyak sebaiknya banyak supaya bahan benar2 masak dan garing. Bila kuah siap nanti, boleh dibuang minyak tersebut.)
5. Masukkan ayam dan masak sehingga lembut.
6. Masukkan udang. Kacau rata dan tuangkan stok udang.
7. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Bila mendidih masukkan kerisik (jika suka). Biarkan seketika dan matikan api.

Nota - sebaiknya garam dimasukkan terakhir sekali atau selepas api dimatikan untuk mengekalkan khasiatnya.


II - Bahan utama dan aksesori

Mee basah/Bihun - celur
Tauge, salad, sawi, kacang panjang, telur rebus, cili hiris, daun sup, bawang goreng, tauhu basah (digoreng)/ kering, kerang, fish cake, fish ball, dll


August 6, 2015

Biskut Badam



Sesatunya biskut raya yang akak buat tahun ni. Kena tulis juga untuk rujukan akan datang. Akak pun dah tak rajin celoteh panjang2.. mungkin faktor usia kot.. ehehhh!

So, kita layan je resipi dia.. Akak dapat dari blog Yatimemories. Cuma tulisan ikut sesedap akak lah asalkan ingredient sama. Kiranya sedaplah biskut ni untuk tekak akak.. Itu je yang akak dapat katakan ya.. :)

Gambar tak berapa cun.. ikut kualiti hape murah akak tu ler..

BISKUT BADAM
Sumber: Yatimemories

Bahan2:

1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula halus
2 butir kuning telur
1 sudu teh vanilla
1 cawan serbuk badam
2 cawan tepung jagung *
2 1/2 cawan tepung gandum *
Kuning telur secukupnya utk sapuan
Almond nibs secukupnya untuk hiasan
* Ayak tepung bersama

Cara2:

Pukul mentega, gula, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canai dan terap doh mengikut bentuk kesukaan. Letak atas loyang.
Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan hiasan (nibs).
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 160C selama 10 minit.
Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut masak dengan elok.

June 26, 2015

Salam Ramadan

ASSALAMUALAIKUM..

Agak terlewat ucapan akak ni.. dah masuk 9 Ramadan pun. Alhamdulillah.. masih diberi peluang menikmatinya.

Mood nak blogging dah lama ke laut.. Cuma setakat mengimbau nostalgia zaman akak rajin menulis resipi juadah Ramadan di sini. La ni dah tak mampu la kot.. Sebab akak pun dah tukar perangai tak berapa rajin masak2 lauk dan kuih muih. Mungkin sebab selera makan pun dah tak berapa. Kadang2 membeli lebih mudah dan jimat sebab cuma sorang dua makan je. Perut ni mudah benar kenyang..

Sejak mula Ramadan akak cuma masak yang simple macam acar dan sambal ikan, goreng ayam.. Kami setakat 1 lauk dan 1 sayur atau ulam dah cukup. Buat kuih atau dessert yang tahan berhari2 hihi.. Kalau teringin, singgah kejap di bazar ramadan beli yang agak2 habis dimakan. Setakat ni takda yang buang2. Kami pun bukan bukan pemakan yang ekstreme. Pakat2 jaga badan dan kesihatan. Kat Jitra ni, setakat bazar besar yang akak pernah pergi, harga masih berpatutan. Contoh beli keli bakar haritu, seekor yang sederhana besar masih RM3.

Sahur pula abe pilih yang healthy macam oats bersama buah2an dan cereals drink.  Akak pula kalau rajin makan nasi sikit atau makan loti lorr.. Ending dengan kurma. Kemudian satu sudu jus Hidayah. Hari2 permulaan kena batuk dan sedikit semput. Akak cuma minum air madu suam bercampur lemon dan hirisan halia. Alhamdulillah, sekejap je pulih dah. Kekadang je batuk hat kering menyerang tapi takla semput. Sapu je dengan minyak batook. Baru semalam akak berani minum air indocafe panas.

Minyak sapu ni bagus sangat untuk melegakan semput dan batuk..

AIR NABEEZ


Mulai sahur tadi akak bermula dengan air nabeez iaitu air rendaman kurma yang direndam semalaman. BFF akak yg share article pasal tu semalam, terus nak cuba. Sebab minum sesorang, cukup 3 biji kurma + 1 gelas air sahaja. Tuangkan air panas, tutup dan tunggu sahur tu baru minum. Best juga. Sebab akak selalu tak tertelan kurma lebih dari sebiji dalam satu masa.. Tapi bila dah direndam, dia jadi lembut tu.. Kocak2 dulu baru minum. Memang sedapla dan pagi ni akak rasa fresh tak tersengguk2 macam selalu. Memang akak kalau puasa ni tak lain mengantuk je sokmo, bukan lapar atau dahaga. Kalau tadarus tu selalu kena ulang2 baca sebab hujung2 ayat terlelap. Dah semakin tua la kot atau toksin banyak dalam badan.. huhuhu.


SAMBAL GORENG

Bisnes sambal goreng berjalan seperti biasa. Sebelum masuk puasa berderet order, semuapun nak cepat.. kalau boleh nak on the spot! Sampai akak stress sebab kadang macam nak gaduh bunyinya hihi... Tapi macam akak selalu kata, family first. Jadi, dek kerana tuntutan yang satu tu extra dari mula cuti sekolah hingga habis cuti, akak tak mampu nak memenuhi permintaan2 pelanggan.

Bila dah siap, ada yang diam2 terus atau senang cerita tak dapat dihubungi, ada yang tak jadi ambil, dan macam2. Itulah adatnya berniaga macam akak. Ada juga yang akak masih tak sempat nak hantar ke tempatnya sebab tukar jadual. Jadinya masa ni akak agak relaks. Alhamdulillah.. sebenarnya itulah doa akak dulu. Sebolehnya tak mau terlalu sibuk sampai penat dan tak dapat nak menikmati keindahan rasa ramadan. Duit banyak manapun tak akan cukup. Tapi Ramadan cuma setahun sekali. InsyaAllah, dulukan yang satu ini, rezeki yang lain akan datang tidak terputus. Tak dapat dari lorong yang ini, lorong yang satu lagi masih ada.. bersyukur sentiasa.. begitulah kiasnya.. :)

Semuanya akak buat sendirian berhad.. capekkk :D


MASAK-MASAK

Seperti dalam gambar je yang akak masak sepanjang minggu ni.. yang tak masuk gambar pengat ubi, lepat ubi, masak lemak tempoyak pucuk ubi.. (kes baru cabut sepohon pokok ubi jawa..hihi).  Dalam gambar ni buah melaka keledek, acar ikan mayong, sambal keli, ulam2 dan kari cencaru. Ada juga penambat selera seperti masak kicap telur, ayam goreng dan telur masin. Masakan macam ni cuma bila abe ada je.. Kalau abe takda, akak memang tak masak sebab masa lebih tertumpu kepada pembuatan SAMBAL GORENG. Kadang abe ada pun dia tak beri akak masak. Katanya nak melawat bazar ramadan.. hihi. Puasa dan tak puasa, gaya makan tak beza pun.


Petang ni adik sepupu akak yang serumah di kampung nak balik sini.. Akak dah rendam kacang hijau dan keluarkan ikan keli. Belum pasti keli tu nak masak apa.. pastinya kena siasat selera dia tu. Kesiann.. student katakan.. jauh dari mak pulak tu :D


June 3, 2015

Sambil Mengoreng...

Reng reng pisang goreng... pisang masak layu..

Aduhhh... mcm tak betoi ja akak malam ni. Yang benarnya akak paksa diri bekerja overtime malam ni dengan menggoreng kentang yang sudah disagat2 dan direndam dalam air kapur. Untuk menjadikan ia lebih rangup... haaaa! Itulah rahsianya.

Akak pening nak memenuhi permintaan ramai. Dalam keadaan sekarang. Cuti sekolah. Cuma tinggal berdua je dengan anak di rumah sebab abinya bercuti2 dulu. Sebenarnya itu peluang untuk all out dengan projek sendiri. Tapi susah pula nak keluar topup barang2 yang dah out of stock. Sebab si hero takmau ikut. Tak bolehlah tinggal sendiri sebab dia baru nak masuk 8 thn dan rumah ni pula agak isolated, jiran2 nampak dekat tapi jauh.

Tetamu pun datang dan pergi sebab musim daftar dan kenduri. Jadi takkan nak layan jugak sambal goreng tu kan.. ahahaha. Memang tamak kelihatannya jika begitu. Tapi sebenarnya sempat juga curi masa berprojek masa tetamu keluar tu. Cekap kenalah ada.. Sempat je sambil masak lauk2 simple. Alhamdulillah... seronoklah Fawwaz bila ada kesayangannya datang walau sekejap dan tak puas. Mak pun bolehlah sikit2 berborak di meja makan walau sekejap. Kalau idak, mak pun sama autis, cakap sesorang.. huwaaaa. Sepinya hidup ini..

Menjelang 6 Jun, akak kena siapkan beberapa order. Ada yang terpaksa, ada juga yang rela. Moga2 mulai esok akak dapat masa yang berkualiti untuk siapkan semuanya sebelum kenduri 6hb dan juga giliran akak dan Fawwaz bercuti dengan abinya pada minggu kedua. Untuk K.Lina dan Kak Yah yg teringinkan kek carrot walnut.. Tadi pula akak tak berjaya menghalang kak ipar dari menerjah sambal goreng. hahaha!!! Nak 20 bekas, dapat 5 sahaja.. Itupun akak amik bahagian Kak Jay yang jual di gerai tepi jalan.. Kedai runcit Taman sebelah juga tak dapat bahagian. Yang online lagi.. Alhamdulillah. Cuma akak ni takmau terlalu didesak. Sebab prinsip akak light n easy.. Jangan bagi deadline, tapi katakan bila2 akak dapat buat. Pasti terus akak tulis dan siapkan ikut giliran. Selalunya akan dapat cepat tanpa stress.

Tadi dapat pujuk Fawwaz keluar dengan umpan pizza pun akak tak mampu dapat semua barang. Terutamanya minyak masak. Pasaraya tu kehabisan minyak Saji botol besar 5kg. Yang ada jenama lain yang akak takkan beli. Sambal akak ni cuma guna minya keluaran FGV atau Sime Darby je sebab tu je yang akak yakin dan suka. Dua tu je jawaban bila ditanya. Tadi terpaksa cover dengan minyak lain yang akak beli cuma sepeket untuk cover kerja menggoreng kentang hari ni. Memang kena hunting lagi la esok... tapi camna ya..?

Takpalah... akak dah ngantuk nak tido dulu.. Esok biarlah menjelma dengan Allah mudah2han permudahkan urusan kita.. Selamat Malam.. Gud Nite. Assalamualaikum.... :)