November 17, 2016

Lepat Jagung vs Pis Jagung


Projek mencuba resipi yg rare ni petang semalam..

Yang membuat resipi ni rare ialah kulit jagung tu.. yang digunakan untuk membungkus lepat ni. Rata2 kawan akak kata perkara yang baru masa akak share di FB.

Rasa pun sedap sebab originally jagung yang cuma dicampur sedikit gula. Cuma sebab masa sagat tu banyak air yang terhasil, akak campur sikit dengan tepung ubi dan tepung gandum. Masa nak makan juga kena tunggu sejuk baru kuih tu pejal cantik berbanding masa panas (kes tak sabor..ehehh).

Ada dua resipi di sini. Akak share resipi PIS atau PAIS JAGUNG.. Untuk lepat jagung, akak CnP saja resipi asal dari Pn Mas Cotek untuk rujukan akan datang. Nampak macam sedap, tapi semalam akak tak cukup masa nak menggodek2 tepung. Masa nak bermula tu waktu minum petang dah dekat. Tau jelah kalau abi n anaknya bergabung order minum petang..hahaha pengsan mak nakkk..


 

RESIPI PIS/PAIS JAGUNG

Bahan2:

3 tongkol jagung muda (sebaiknya jagung pulut)
Sedikit gula/secukup rasa - saya guna gula perang
1 sudu tepung ubi (saya tambah)
1 sudu tepung jagung (saya tambah)
Secubit garam - (saya tambah)
Kulit jagung secukupnya - ambil yg belah2 dalam, tak kotor

Cara2:

1) Sagat jagung. Saya sagat guna penyagat separuh dan separuh lagi potong kasar guna pisau
2) Campurkan gula, tepung ubi dan tepung gandum. Gaul sebati. Resipi asal adalah 100% jagung dan sedikit gula.
3) Sudukan ke atas kulit jagung dan lipat. Boleh dilipat macam lepat biasa tu atau diikat dengan tali atau semat guna lidi/stapler.
4) Kukus selama 20 minit.
5) Sejukkan sebelum makan.

*******

Gambar kejadian yang lebih cantik dan kemas di atas adalah pais yang ditambah sedikit tepung, sementara yang di bawah ini adalah tanpa tepung.
Dah sejuk
Masih panas

 RESIPI LEPAT JAGUNG OLEH MAS COTEK


November 11, 2016

Peristiwa Bergambar

Saja nak memeriahkan blog sendu ni.. hehehe.

Bertahun lamanya, tak berubah pun layout, setting dll.. Tak reti akak dan memang tak ambik tau pun pasal tu. Yang penting, contents nya.. Sebab, tiap kali nak masak sesuatu yg tak biasa, akak akan refer ke blog sendiri juga.

Takpalah.. saja nak letak gambau benda2 yang lepas.. sebelum akak padam yang kat gallery, bior letak sini. Adalah nak ditengok kala takda apa nak dibuat..

Brownies dan blueberry cheese tart di bawah adalah tempahan Cik Nurul, yang tak jemu order kat akak. Terima kasih sangat2 ya! :)

Walau dah tak aktif, masih ada beberapa regular customers yang order brownies ni. Harga masih sama dengan tahun2 yg lepas walau harga bahan ada yang meningkat..

Cheesetart shhh... sorang dua jer tau akak buat cheese tart ni balik sebab cuma untuk melepaskan rindu jer.. Kalini dgn lebih cheese.. tapi takla kategori bolat muncit dan berhias macam yg jadi trend sekarang ni..

Akak try buat kek resipi ni.. depa panggil harimau malaya. Tapi, sebab terlalu manis dengan topping ganache + cheese tu, akak tak berapa suka.. Pada orang lain yg suka mesti sedap kan.. Tekak tua ni dah tak suka rasa ganache kot..

Mimpi apa entah.. tetiba angin nak buat kuah rojak.. Macam ni lah kejadian selepas dicampur buah yang dibeli di R&R haritu..

Lama sangat akak tak buat Japanese cheese cake ni. Bila buat tu, abe suka sangat.. duk ulang2 request nak makan. Padahal dia tak suka dan tak hirau pun kek2 lain yang selalu akak buat.. So, ini kiranya the ONLY yg dia suka.
Bila adunan yang banyak disumbat semua dalam loyang walau dah hampir penuh. Api pula akak besarkan sikit sebab nak kasi cepat masak kononnya.. Maka adalah rekahan di situ.. Tak pass kalau nak jual hehe!

November 10, 2016

Masak Lemak Kacang Sayur (Tolo)

Ini sayur syok sendiri.. Sebabnya, bukan ramai yang tau kewujudan lauk seumpama ini. Lauk orang tua.. orang Jawa.


Akak pandai makan lauk ni sebab akak membesar dengan arwah nenek dan banyak sangat memori lauk nostalgia yang akak simpan. Sesetengah tu, mak akak sendiri pun tak pernah buat kot sebab tak lama tinggal dengan nenek.  Yang pandai masak lauk2 nostalgia ni makcik bongsu akak laa dan sorang lagi kakaknya (adik mak).. sebab dorang terus tinggal di kampung dan selalu join rewang kenduri. Akak pula akan belajar dengan makcik2 tu. Mudah-mudahan tak hilang resipi warisan.

Kacang sayur ni kami panggil LOTO. Tapi bila akak google balik, di Indonesia panggilnya TOLO. Ehh..terbalik pulak hihi. Takpalah, kita layankan jer.. Uniknya kebanyakan lauk tradisi kaum Jawa ni, kena ada LENGKUAS. Contohnya sambal taun, sambal goreng baik basah atau kering, sayur lodeh dan lain2.


Masak Lemak Kacang TOLO (LOTO)

Bahan2:

1 bungkus kecil kacang sayur (Tolo/Loto) (200g)
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput udang kering - tumbuk
2 inci lengkuas - ketuk
1-2 batang cili merah - hiris
Suhun - rendam dulu
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2:

Rebus kacang sehingga lembut, setelah itu buang airnya
Rebus bahan tumbuk dan lengkuas sehingga layu dengan sedikit air.
Masukkan kacang dan cili, kacau rata.
Masukkan santan dan suhun. Masak hingga mendidih.
Perasakan dengan garam.

Sedap dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan..
Makan dengan nasi impit macam akak buat hari ini pun okay.. ;)