Pages

September 17, 2015

Soto Mbak Siti

Semalam setengah hari akak duk mengadap ketupat palas.. Punyalah awal membuatnya untuk hari raya nanti... Bukan apa, akak taknak la kelam kabut di hujung perjalanan. Minggu depan dah tentu banyak agenda dan menu fresh dari ladang yang kena bikin. Jadi, mana yang boleh diawalkan, kenalah buat dulu. Ketupat tu asal siap bungkus, tak perlu rebus siap.. boleh terus sumbat dalam freezer kasi keras membeku. Sehari nak raya nanti atau bila nak makan, baru kita keluarkan dan rebus atau kukus.


Dalam tu akak duk terkenang-kenangkan nak makan soto. Nak yang versi ori, tak mau yang macam bihun sup te je.. yg jual kat gerai atau pasar malam. Ngengada la pulak kan.. Padahal kalau abe belikan tu, licin juga akak makan.. hehe!

Macam akak pernah sebut suatu ketika, the best soto so far untuk tekak akak ni ialah buatan bibik my sister yang dah pencen dan balik Indon belasan tahun dulu. Baru semalam akak amik resepnya dari kakak tapi tak sempat buat lagi. Akak catit resepi sambil makan soto yang seperti dalam ini entri.. heee. Jadi, yang itu akan jadi next project minggu depan. Ya, menu utama Hari Raya Aidil Adha untuk adik beradik yang nak datang..



MIHUN SOTO
(untuk 3 orang)

Bahan2 sup:

1/4 ayam
Kulit kayu manis
1 butir bunga lawang
2 biji buah pelaga
Serai - ketuk
Lengkuas (saya tak letak)
Kiub ayam (saya guna 1/4 je)
1 sudu besar santan
Air secukupnya

Bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
1 - 2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit (boleh juga guna serbuk kunyit)
1/2 sk jintan manis *
1/2 sk jintan putih *
1/2 sk lada sulah (ikut citarasa) *
* kisar berasingan

Bahan utama dan aksesori
Bihun - celur
Tauge - buang ekor dan tak perlu celur
Kacang goreng
Daun sup
Bawang goreng
Begedil

Cara2:

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Masukkan bahan kisar basah dan kering, lengkuas juga serai. Tumis hingga layu dan keperangan.
Tuang air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan ayam dan renih (bila dan masak ayam boleh dikeluarkan dan goreng sebentar kemudian disiat isinya atau biarkan saja dalam sup dan siat kemudian tanpa digoreng)
Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
Masukkan bihun (boleh tukat dengan nasi impit atau mee), tauge, daun sup, bawang goreng, kacang dan isi ayam ke dalam mangkuk dan tuang dengan kuah panas.
Tambah keenakan dengan sambal kicap.

Sambal kicap
20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu teh gula
Kicap secukupnya

Cara2:
Tumbuk semua bahan dan letak dalam bekas, baru dituang kicap. Boleh juga diperahkan limau kasturi jika suka.

Sambal kicap tumis boleh dapatkan cara2 membuatnya di SINI.

Hasil seni raya akak.. 

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...