Pages

September 25, 2015

Hari Raya Qurban 2015


Alhamdulillah... bertemu jua di hari raya qurban untuk sekali lagi. Tahun ke2 akak tak balik kampung.. Meriah dengan kehadiran adik-beradik sebelah en abe. Masa ni jelah pun dapat beraya dengan depa sebab raya puasa akak mesti takda di rumah, berlama2 di kampung sendiri.

Masa buat entry ni akak dah tinggal sakit2 badan... Sejak hari Sabtu tak berapa berehat dengan tempahan pelbagai. Sambung dengan menu raya dan tempahan sesudah raya. Hari ni mengemas tak sudah-sudah. Dan sebenornya, esok ada lagi satu group nak mari termasuk anak sulung abe. Kena fikir menu lain lah sebab dah 2 hari kami makan benda yang sama huhuhu.. Nak ikan.. nak ikan..

Tetamu-tetamu semalam..

Keluarga mak tam, mak andak dan mak teh.. mak cik yg tudung pink.. ehehh

Pak cik yg baju purple.. :D

Dah makan semua.. masa untuk aktiviti bebas.. :D



Keluarga Pak Long
Pak Tam, Pak Cik dan Pak Long

Menu

Soto Ibu Siti.. ehehh
Begedel comel untuk soto
Sambal taun kerang

Rendang ayam
Ketupat palas yg tak berapa pass..

Kek ada, brownies ada... Alhamdulillah dapat jamu orang dengan kasih sayang.

Okaylah.. dah tak tertahan rasa ni.. nak zzzz terus dah ni.. see you later with resipi soto bibik dehh..

***********************************

Sambungan... 
(edited 27/9/15)

Semalam tunggu Along & Pak Su dorang datang.. akak masak bihun goreng je la dan rendang serta ketupat frozen pun keluar dari pertapaan. Cuma Along & family je turned up sebab adik ipar tu ada urusan anak2. Baru tadi pagi singgah sekejap, on the way balik ke Shah Alam. Alhamdulillah, dapat juga masing2 pulang dengan buah tangan.  Hihi.. wajib tu untuk last person yang datang. Memang akak dah terbiasa buat spare foods ni.. Kalau pun tak habis, akak sumbat dalam chest freezer yang tak pernah kesepian tu. Lepas tu, sendiri habiskan.. huwaaaa. Mujo metabolisme agak tinggi.. hehe (gelak balik)

Sesi latihan memanah.. Dari first day raya track memanah en abi menjadi tumpuan.. Minat baru.. sebelum berkebun pi memanah dulu. Kan sunnah tu.. Cuma mokcik je tangan tak kuat nak menariknye.. heee



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...