September 12, 2015

Pulut Kacau Delima


Konon-kononnya pulut kacau delima..

Semalam memang akak lebihkan masak pulut sebab dah tinggal sikit pun. Alang2 nak tinggal nanti berbubuk pulak.. Memang nikmat dapat sarapan dengan pulut berlaukkan rendang kerang tuuu.. Pastu padankan dengan Indocafe-O.

Lepastu kan... akak ternampak jr akak, Lindawati pos gambar pulut kacau.. eh akak sukalahh.. Macam teringin jer nak try buat..

Jadi pagi tadi sempat ngintai resipi kejap. Disebabkan upacara ekspress, akak guna je apa bahan yg ada. Kelapa ado sikit yo nak buek santan pekat.. Jadi, kenalah akak tuang sikit santan kotak... Buat kurang manis sikit ikut citarasa tekak ni.. Kesimpulannya, akak tak ikut apa2 sukatan pun untuk buat ni.. main tuang2 dan agak2 sudaa.. hehehe.


Pulut Kacau Delima

Bahan2:

Pulut - masak/kukus terlebih dahulu
Santan pekat
Gula
Daun pandan
Pewarna merah dan hijau
Secubit garam - kalau suka

Cara2:

Masak santan dan gula hingga mendidih. Letak daun pandan sekali.
Masukkan pulut
Kacau sehingga santan kering


Sepatutnya pulut direndam semalaman terlebih dahulu dengan pewarna, kemudian dikukus untuk lebih cantik. Tapi akak buat lain cara iaitu masak dulu pulut tu dengan 'rice cooker' dan ambil sikit untuk diletakkan pewarna sementara sebahagian besar biarkan tanpa warna. Macam gambar di bawah. Tapi akak terambil banyak sangat untuk diletak pewarna..



Apa-apa pun pulut kacau tu dah SOLD OUT petang tadi hahaha. Ianya menarik minat ipar2 akak dan mereka suka nampaknya sebab lembut/lembik dan kurang manis. Boleh katakan walau pun buatan ekspress, sodapnya tetap ada.. :D


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...