Asalnya akak dapat dari kak sepupu yang nak berpindah balik kampung minggu lepas. Dia bagi akak tapau kuih hijau macam kat bawah ni. Akak makan sedap pulak.. Macam buah melaka tapi bujur bentuknya.. isi pulak kacang hijau dan kelapanya lemak rasa (kelapa baru la tu..). Tak liat dan lembut.. sampai petang tak basi. Akak pun terus testing la pagi ni..
Macam buat buah melaka biasa tu laa.. Akak uli guna santai yang diletak pewarna dan isikan tepung dengan inti kacang hijau yang dah siap2 akak buat semalam. Cuma inti tu kurang gula sikit.. Lepas tu masuk ke dalam air mendidih. Bila dah timbul, angkat dan golek2 kat kelapa parut. Yang eloknya kelapa muda sikit la ye.. Bukan macam akak tu, entah zaman bila punya kelapa kat dalam freezer. Akak guna santan kali ni untuk menguli.. Selalu tu guna air biasa je.
Ada lebih sikit tepung tu, buat pula projek lain yang serup tapi tak sama, iaitu KUIH PERIA. Dulu masa kecik2, ada sorang nenek kat kampung akak memang popular dengan kuih peria ni. Dah puluh tahun nenek tu meninggal dunia. Memang kemas kuih peria dia. La ni tak perasan ada lagi tak orang jual kuih ni di kampung kami..
Terlembik dan over cooked sikit... |
No comments:
Post a Comment