August 18, 2015

Puding Roti dengan Sos Kastad

Kejadian kelmarin demi nak menyelamatkan roti sambil-sambil melayan kerajinan yang tengah melanda. Memang best bila dapat peluang bersenang-senang sambil memikir apa nak hidang kat en abe masa tea time. Macam nilah akak masa dulu2.. asyik layan tekak je.


Sejak masuk syawal dan sampai habis pun akak memang takde mood sangat nak bisnes. Macam blank tak boleh nak fikir.. Masa mula2 balik dari kampung ramai juga tanyakan kek tapi semua kena tolak. Rasa sangat-sangat tak bersedia.. Sambal goreng ada tu tapi tak juga akak packing sampai dah lebih seminggu. Lalu lalang akak jeling je.. Ngapa ye? Angin el nino gamaknyerr..

Akak potong roti jadi 4 dan susun berselang seli macam ni..

Resipi bread butter pudding ni dah pernah akak siar lama dulu... Tapi takpalah, akak letak balik. Biasanya akak tabur serbuk kayu manis, tapi kalini akak taburkan milo sikit sebab cinnamon nya nggak ada.  Sampai petang tadi akak dah habiskan lebih separuh bekas. Abe makan seciput je semalam.. harini akak tak bagi sebab ada menu lain pulak.. hehhh.



RESIPI PUDING ROTI

Bahan2:

6 keping roti sandwich/Gardenia
4 sudu besar mentega - cairkan
2 cawan susu segar (akak campur 1/2 cwn susu cair sebab tak cukup)
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis (boleh guna taburan milo ikut citarasa)
Kismis atau buah campuran secukupnya

Cara2:

Potong kecil roti atau carik2 dan letak dalam bekas casserole atau loyang.
Tuang mentega cair ke atas roti tersebut.
Dalam bekas lain, campurkan susu, gula dan telur. Pukul sebati hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.
Tuang adunan susu ke atas roti dan tekan2 hingga roti tenggelam atau diresapi susu.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45 minit. Puding akan mengembang naik dan kalau nak cantik tunggu sampai warnanya bertukar keperangan baru keluarkan dari oven.
Tuangkan sos kastad keatasnya sewaktu hendak dimakan.


SOS KASTAD

Bahan2:

400g susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad

Cara2:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
Tuang ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih dan agak pekat.



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...