Pages

November 21, 2013

CHEESE MELELEH.. yg tak leleh ponn :D

Saja je nak buat tayangan gambar... ala2 kek cheese the leleh tu je. Tapi hat akak buat ni cheesenya berhati batu macam yg buatnya.. Apa pun sedap la jugak. Cuma akak ni dah hampir tak boleh nak feel sangat dengan cream cheese ni. Akak sekarang ni lebih suka makan kek togel tanpa apa2 frosting.. esp yang panas baru keluar dari oven.


Makan pelan2... entah dah berapa hari akak memulakan sesi memakan ini kek. Tak jugak habis... Mujur tak buat semua. Memang akak kagum pada dorang yang jual kek ni banyak2 sehingga menjadi kegilaan masakini.. Akak masih nak mencari feel dan rasa yg kena pada lidah ni... macam kura2 je kan... kikiki!

Sebelum nak tidur ni, akak nak tunjuk gajet baru akak... yayeyy. Yang atas 2 tu biasa... yg oven bawah tu. Dah alang2 semua baru, gajet pun kenalah baru. Terpaksalah nanti berpisah dengan oven Zanussi akak yang sangat berjasa tu. Abe tak bagi bawak sama. Harap2 nanti, oven Rubine yang cantik dari sudut padangan fizikal akak ni dapat menghasilkan kek yang sama atau lebih baik dari sekarang. Kuranglah nanti kesedihan akak. Oven Zanussi tu memang terbaik cuma tak rata je. Membuat kek ku selalu sebelah tebal dan sebelah lagi sedikit nipis. Akak beli masa gila2 buat roti yang akak belajar dari Chef Li. Sekarang Chef Li dah jadi jutawan senyap. Akak lak jadi baker senyap... orang sebelah, belakang, depan pun tak tau akak jual kek... hihi.



2 comments:

Anonymous said...

As salam akk.. Nk tanya mcm mana akk msk snowy cheese ni dlm tupperware.. Akk kukus ke or transfer ke tupperware.. Sori.. Farrah budak br belajor .. Tima kasih

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam...

Yg ni akak potong n masuk bekas.. Ada jugak org buat kukus.. masuk dlm bekas tu, tutup longgar n kukus dlm 15-20 minit..

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...