November 26, 2013

Pau Norain

Lama tak bercerita tentang PAU..

Malam tadi sebelum tidur, sempat study resipi pau kat page "Mari Belajar Buat Kek...". Tengok macam senang je. Dah terbayang inti coklat kat dalam fridge.

Maka, di pagi yang tak buta sangat, akak pun keluarkanlah apa yang patut dari gobok... Mengulilah pagi tadi. Berpeluh tangan kuruih ni.. Tak mampu akak nak uli sampai licin umpama pipi duta produk krim kecantikan... Tapi boleh la.. Lembut juga pau ni... dan simple je buatnya pun.

Nampak tak... nilah akibat malas nak menguli dan nak tunggu lama2 sebelum mengukus.
Sapa nak buat cantik, undang2nya kena rajin lebih... :D

PAU NORAIN
(Bagi nama ni sebab pengirim resipi bernama Norain... :D)
Sumber: FB - mari belajar buat kek & bisnes kek

Bahan2:

300 g tepung hongkong/gandum - akak guna tepung gandum. Boleh juga kalau nak guna tepung pau..
1 st yis kering
50g gula halus
150g susu segar suam - mungkin lebih atau kurang, ikut tepung
1 st double action baking powder (mesti DA, buka baking powder biasa)
1/2 st garam
1 1/2 st shortening

Cara2:

1. Masukkan yis dan 1 st gula ke dalam 1/4 cawan susu suam (ambil dari yang dah ditimbang tu..). Biarkan kembang
2. Campur semua bahan kering iaitu tepung, gula, garam dan baking powder di dalam mangkuk
3. Masukkan yis yang dah kembang ke dalam bahan kering. Gaulkan. Masukkan baki susu suam ke dalamnya dan uli hingga jadi doh kasar. (Susu tu masukkan ikit2 dan adjust samada lebih atau kurang. Kalau kurang tambah air sikit2 sehingga menjadi doh)
4. Masukkan shortening dan uli hingga jadi doh yang kenyal dan licin
5. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan perap hingga nak 2 kali ganda (dalam 1 jam)
6. Bila dah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil
7. Masukkan inti dan kemaskan. Lapik dengan papercup atau kertas lapik pau. Biarkan kembang
8. Didihkan dulu air pengukus. Kukus pau selama 7 - 10 minit. Balut penutup kukusan dengan kain supaya air tak menitik ke atas pau semasa mengukus.

p/s: kekadang lupa yg akak dulu jual pau frozen berlemon2... hihihi. Mmg tak mampu kederat ni sejak mesin uli tu dah bertukar jadi lemah gemalai jugak...


2 comments:

Anonymous said...

Waaa..nampak sodappp!!

Cik Siti Abu Sujak said...

Sodappp.. lagi kalau intinya pun sodap.. :D