Hari ni akak rajin nak re-post entry ni dengan gambar-gambar terbaru dan bahan2 dengan jenama yang akak guna harini. Lagi pun akak dah kurang ada resipi baru memandangankan akak semakin tak rajin mencuba. Selera pun tak berapa nak ada. Kalau setakat selera makan nasi panas dan lembik dengan ikan goreng, takkan nak tepek sini kennn... :P
Meh ulang tayang resipi deh...!
Maafkanlah ye akan pemandangan yg tak berapa mulus..
tepi kek kerepot sesangat sebab alas paper tu akak tak kemaskan pun
sebelum masukkan adunan... bukan pasal kek mengecut.
Tapi bila sejuk, tetap akan mengecut sedikit..
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Bahan2:
Bahan A
250 g cream cheese - guna Tatura
50 g mentega - guna Bakel's
100 ml susu segar - guna Magnolia full cream
6 butir kuning telur (saya guna gred A)
1 sudu besar jus lemon - guna lime juice premium yang dalam botol
1/2 sudu kecil garam
60 g tepung kek/superfine
20 g tepung jagung
Bahan B
6 butir putih telur (gred A)
3/4 sudu kecil jus lemon - guna lime juice
140 g gula kaster
Cara2:
1) Adunan A - Satukan cream cheese, mentega dan susu segar dalam bekas dan cairkan dengan teknik 'double boiler'. Proses ni mudah jika guna bekas stainless steel. Setelah cair kesemuanya, sejukkan. Kacau gunakan hand whisk jika adunan berbiji-biji supaya jadi halus dan sebati.
[Nota: Bila dah selesai buat step 1 ni, terus lompat ke step 3. Dah siap meringue, baru proceed step 2]
4) Ambil 1/3 adunan B, masukkan ke adunan A dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.
5) Masukkan pula keseluruhan adunan tersebut (step 4) ke dalam adunan B dan adun hingga sebati menggunakan senduk atau spatula. Sedia untuk dibakar.
6) Sebelum membakar - panaskan oven dgn suhu 160C. Lenser dasar dan tepi loyang berukuran/diameter 8 inci (saya guna yg bulat) dengan mentega. Alaskan dengan baking paper di dasar dan tepi loyang. Sediakan juga loyang lain yang lebih besar dan isi dengan air panas mendidih.
7) Masukkan adunan ke dalam loyang. Alas keliling loyang (luar) dengan aluminium foil. Masukkan loyang tersebut ke dalam loyang/bekas yang berisi air panas dan masuk ke dalam oven. Untuk loyang 8 inci, berat adunan yang sesuai ialah 650g. Akan ada lebihan adunan dan boleh tuang ke bekas lain yang lebih kecil.
8) Bakar selama 50 minit (jika permukaan telah jadi warna coklat, boleh test samada kek dah masak tau belum). Jika belum masak, tambahkan masa dan tutup permukaan dengan aluminiu foil secara 'loose'.
Ku sumbat2 semua loyang dalam oven.. :P
Ni versi extra, dlm bekas kecik tanpa steam bath.. Sedap je kalau dah masuk mulut hihi..
Kalau dapat macam yang ni, memang senyum sehari akak... lately skill ke laut sket huhu!
No comments:
Post a Comment