Petang ni konon2 kembali semangat nak mengepau. Mesin dah elok balik. Baru je ambik petang semalam dari repair kat CKE service dept. Bila test tadi, best sangat.. Senyap je bunyi dia tak macam dulu, keletang keletung.
Lepas perapan pertama, akak pun masuklah bahan2 seterusnya. Rasa terkial2 nak keluarkan 'DOUBLE ACTION BAKING POWDER' yang dah tinggal sikit tu ke dalam tepung. Ngam2 2 sudu besar.. Pastu tuangle adunan tepung tu masuk ke mangkuk uli. Merangkak2 nak cari SODIUM BICARBONATE pulak. Tak jumpa2.. Sekali jumpa, bekasnya dah kosong!
Rupanya tertukar.. Yg dituang sampai 2 sb tadi ialah soda. Sedangkan sepatutnya cuma memerlukan 1/2 sudu kecil soda je.. Nisbah BP ngan Soda = 2 sb:1/2 sk tau.. jauh tuuu.. Terus tak jadi mengepau. Sebabnya akak dan gaul2 sikit dengan tangan tepung tu dan tak boleh nak asingkan lagi. Masuk tong sampah. Huwaaaa... apakah maknanya ini? Turun balik graf kerajinan. Terus akak tengok sinetron TV3, pastu sambung cerita Jepun Suzuran di AlHijrah.. Melingkau je atas sofa. Susahnya nak dapatkan mood dan fokus tu semula.
Agaknya terlebih makan durian crepe kot... :P
November 29, 2012
Custard Cream utk Durian Crepe
Walla.. wallawehh!! Akhirnya dapat juga akak mengecas energy ini untuk membuat custard filling bersama saudaranya durian dan crepe!! Ahahaa.. fening dengan bahasa putar alam ku. Sebenarnya akak ni taklah fanatik kepada DC ni. Makan sehari 1-2 ketul cukup. Ikutkan lagi nikmat makan durian gitu2 saja. Tapi dek kerana tsunami DC yang tak reda2, buatlah juga. Ikutkan ada je yg order. Tapi selain menolak, akak pass je kat orang. Takde mood la dek! Tak cukup istighfar kot..huhuhu.
Resipi filling ni adalah hasil cedok sana dan sini. Sedap tak? Terpulang kepada tekak masing2.. Kan akak kata sedap tu subjektif. Kalau nak kelainan, boleh cuba yang ini.. Tapi akak rasa memang la sedap. Cuma lebih manis dari yang fresh cream biasa2 tu..
Custard Cream
Bahan2:
1 cawan susu segar/full milk
1/4 cawan gula
2 biji kuning telur
1 sudu kecil serbuk vanilla
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
1 sudu besar mentega
Non dairy whipping cream secukupnya
Cara2:
1) Panaskan 30ml susu (ambil dari sukatan di atas separuh dari 1/4 cawan) bersama gula hingga sebati
2) Masukkan kuning telur dan kacau cepat-cepat
3) Masukkan 1 sudu tepung jagung, vanilla dan garam. Kacau lagi
4) Masukkan baki susu, tepung jagung & kastard dan mentega. Kacau sehingga likat dan meletup2. Matikan api dan sejukkan.
5) Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan krim kastard dan gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6) Gunakan sebagai filling bersama isi durian seperti biasa
UNTUK CREPES DAN FRESH CREAM FILLING BOLEH TENGOK SINI
Tak dapat nak upload gambar bebanyak.. katanya over quota. Dulu pun pernah jadi tapi back to normal.. Tak best la cam ni kan..

Yang ni filling fresh cream + durian. Dah kena hempap dgn DC yg dh kena kenduri dulu, tu yg nampak penyet2.. akak main tindan2 je hehe
Tak dapat nak upload gambar bebanyak.. katanya over quota. Dulu pun pernah jadi tapi back to normal.. Tak best la cam ni kan..
November 27, 2012
Bulan Yang Suram
Bulan ni memang saya tidak mengaktifkan diri di dapur. Boleh tahan banyak juga tempahan dan permintaan yang saya tolak. Semuanya bermula dengan cuti sekolah. Balik kampung hampir seminggu, dan beberapa hari selepas balik ke KL, patah semula ke kampung kerana ayah kembali ke Rahmatullah pada 21/11 lepas secara mengejut. Saya baru kembali ke Bukit Jalil Ahad semalam. Terasa macam blur saja nak memulakan semula aktiviti2 saya.
Ditambah pula dengan proses perpindahan saya ke Jitra. Minggu depan dah nak ke sana melawat rumah baru. By 18/12, In shaa Allah angkut semua barang. KL dan Bukit Jalil akan ku tinggalkan dengan kesedihan huhuhuu... Itulah antara sebab lain yg membuat saya amat malas nak buat projek baking dan menguli. 1-2 order yang pending tu, harap2 dapat saya selesaikan.
MAHA 2012
Hari ni sempat juga saya ikut abe ke pameran MAHA. Best juga sebab weekday, tak berapa sesak. Tapi ramailah orang.. Panas. Kecacingan saya terutama masa nak balik. Berjalan sejauh2nya. Ternampak durian crepe.. beli satu bekas. Padahal adalah 13 biji kat dalam fridge tu saya buat malam tadi. Abe kata sedap lagi yg saya buat dari yang beli tu. Ya udah.. :P
Lepas tu beli sata kat gerai terhujung sanun.. BASI! Dengan lemah lembut saya beritahu adik yg jual tu. Dapat ganti yg elok. Mujur beli satu cucuk je (3 ketul). Alasannya kurang masak. Tapi detik hati saya, kurang laku sebab tempat tu agak jauh dan kurang strategik berbanding yang di bawah khemah yang di atas bukit tu. Untuk tengahari saya order lah mee bandung muar kat khemah glamer tu. Tapi terasa udang kering sangat sampai menghampiri rasa belacan! Adohhh.. hari ni penuh dengan komplen. Tapi tak berani komplen terang2an. Dalam hati je. Dan dalam blog ni hehehe...

November 19, 2012
Karipap Durian n Cleanser
Hehe.. petang ni akak mabuk sikit selepas makan keripap berintikan durian. Alaa.. tadi akak buatlah karipap sardin untuk memenuhi tempahan kawan yg tak siap2 tu. Pastu ada kulit extra.. Teringat lak balance isi durian masa gila2 buat DC hari tu. Sikit je.. Daripada tak sudah2 membaukan petisejuk, akak tenyeh je masuk dalam kulit karipap. Lepas tu goreng.. Makan waktu masih panas. Inilah hasilnya... Gambar blur, sebab pakai kamera hp cap ayam je :P
Lepas tu akak mandilah.. Sebelum mandi, cuci muka dulu.. Macam nampak jelas tube yg akak picit tu. Tapi bila tenyeh2 kat muka tak berbuih lak, lagi berangin... Muahahaaa.. rupanya itu adalah UBAT GIGI. Cuci muka dengan ubat gigi memanglah berangin muka tu... Haaa!!! Makan lagi karipap durian!!
November 17, 2012
Kisah Cendol
Hari ni saya dah balik ke KL.. Macam sekejap sangat 5 hari tu. Abe saya pun dah perli tadi, ingat lama sangat nak balik, rupanya 5 hari je! Ayoo.. kalau ikutkan hati nak cuti sebulan kat kampung tu. Tapi teringat2 pulak pada tempahan yg belum selesai.. Walau tak janji tarikhnya, tetap tak senang hati kalau tak siapkan dengan segera.
Selama di kampung panas sokmo, tak hujan pun. Tadi balik, sedari Kuala Selangor sampailah ke Kelana Jaya, hujan. Tak hujan bila dah masuk ke Sunway dan kering bila masuk Kinrara. Wah! Macam pengulas cuaca pulak hehehe..
Melepasi pekan Kuala Selangor dan masuk ke Assam Jawa, ada satu gerai cendol popular bernama Cendol Bakar. Memang full house selalu. Tapi saya tumpang lalu je, sebab malas nak bersesak2 di situ. Dah makan tahun juga saya terkesima dengan banner dia yg sungguh menarik perhatian tu. Bukanlah cantik sangat, tapi macam magnet kuasa tarikannya. Besar. Apalagi nama tu buat orang tertanya2 rupa paras cendol yg dibakar hehehe.. Ada yg bagi tahu saya, gulanya di bakar. Ada yg cakap nama owner dia Bakar. Betul dan hampir betul.. Tadi saya ambil pengesahan dengan membaca sepintas lalu bunting yg diletak di situ. Gulanya dibakar dan nama datuk kepada pengusahanya yg seorang wanita, ialah Abu Bakar. Nah! Terjawab sudah..
Gambar dari kereta sewaktu hujan..
Ehsan Google
Bagi saya, rasanya boleh tahanlah sedap.. Sebab ada pelbagai campuran seperti jagung, nata de coco, pulut, durian dan macam2. Ikut pakej. Harga pun tak mahal. Sepanjang jalan dari KL ke Sabak Bernam, saya pernah rasa pelbagai cendol di situ seperti Cendol Durian Ayu di Permatang dan Cendol Borhan di Tg Karang. Cendol Borhan ni sama popular dgn cendol Bakar dan sentiasa full house. Bezanya di Cendol Borhan ada hidangan2 sampingan yg ditawarkan seperti mee dan lain2.
Kalau di Sg Besar pula saya selalu beli cendol yg dijual di kenderaan. Paling nostalgia ialah cendol di kampung Parit Baru. Dulu masa saya kecil, selalu makan sewaktu ke pasar siang di sana. Rasa pandannya kuat. Santannya cair.. Manisnya sedang2.. Minum dalam mangkuk batu.
Cendol mamak pun boleh tahan.. Masa saya bersekolah menengah, kami selalu berkerumun, kadang2 minta dibelanja cendol mamak bawah pokok depan Sek Men St John. Masa tu saya bersekolah di Convent Bukit Nanas. Lepas tu kecoh kata cendol mamak tu bubuh cacing. Terus break! Tapi sekejap je.. hahaha!! Cendol mamak depan apartment saya ni pun boleh tahan sedap. Ramai kawan dan saudara saya yg approved. Rasanya lemak manis, ada rasa garamnya. Dia cuma letak cendol, kacang merah dan cincau sahaja. Kalaulah ada pulut dan jagung, pasti lagi mantap! Tapi dulu2 masa permulaan memang dia letak jagung. Sekarang ni je tak letak. Harga pun makin mahal. Dari RM1.40 sekarang dah RM2.
Bestnya cerita pasal cendol kan.. Inilah antara minuman kegemaran terutama bila musim panas. Nak buat sendiri tak reti. Bukan tak pernah cuba, tapi tak menjadi muahahaa...
November 13, 2012
CUTI
Hari ni nak balik kampung... cuti lama2. Yayy... bila part balik kampung ni gembiranya lebih dari budak.. hehehe!
Rumah makcik bongsu ni kami panggil Rumah Kuning.. Port orang2 KL (anak2 cucu arwah nenek) kalau balik kampung :D
Saya membesar di sini, sedari baby...
November 9, 2012
Kek Span Pelangi
Yayy! Freezer ku dah kosong.. Petang ni semua yg datang ke rumah akak dapat merasa dan membeli haha.. Terima kasih sangat2 kerana membawa kegembiraan buat ku yang sentiasa merindui kawan2.. Puas sembang, bergelak ketawa.. dari satu topik ke satu topik. Sayangnya.... terlupa nak ambil gambar beramai2. Yang ada cuma gambar durian crepe Cik Anie (kes nak tayang kat kengkawan.. :D). Owhhh... bukan senang nak berkumpul... Dahlah lepas ni Anjung Hijau pun bakal jadi kenangan..
Takpelah... Mehle akak tunjuk gambar kek ni... Yang order Ani Maskam. Dia juga order 17 peket pau dan 3 peket karipap. Sebulan tak abis punya... Adoi! Rindu bakal mendatang ni..
Takpelah... Mehle akak tunjuk gambar kek ni... Yang order Ani Maskam. Dia juga order 17 peket pau dan 3 peket karipap. Sebulan tak abis punya... Adoi! Rindu bakal mendatang ni..
Comot je DC akak.. dapat juga bagi kawan2 rasa. Yg bukan kaki durian tu, mahap je le.. hihihi
Edited:
Customer bagi testimonial...TQVM Ani.. :))
November 7, 2012
Minggu Memenuhkan Freezer
Minggu ni juga adalah minggu menolak order.. adalah satu dua..Ya ampunnn. Macamanalah nak jadi kaya dan berjaya nehh?? Takpelah, dah bukan rezeki memasing. Hari Isnin lepas, sementara timing nak hantar hubby ke ERL, sempatlah juga saya bakar joconde (almond sponge) untuk buat kek opera. Alhamdulillah, berjaya juga nak bagi cikgu2 Fawwaz rasa kek exclusive tu semalam. Bukan apa, minggu ni penuh dengan cuti. Hari ni (Selasa) dan esok cuti.. Takut2 Jumaat last day nanti Fawwaz mogok.. mana tau kan hihi. Lepas ni dah nak hi hi bye bye je.. Kalau dak kecik ni tak sekolah, maknanya saya pun tak boleh ke mana2. Sebab dia tak suka ikut saya keluar.. boring kot. Kalau ada abi, ke mana je dia OK.
Masa operasi menyelongkar tadi terjumpalah macam2 barang2 nostalgia. Antaranya kad2 ucapan yang saya terima sejak sekolah menengah, ITM, sampailah dah bekerja.. Yang ni saya simpan balik dalam kotak tu. Nak bawa ke mana jua ku pergi hehe..
Nostalgia zaman remaja...
Forward View ni adalah peninggalan sebuah co. yg dah berkubur - Mega TV. Banyak kisah pahit manis saya kat tempat kerja tu walau cuma 2 tahun rasanya. Kat situlah saya mula2 kena serang gastrik sebab stress yang teramat! Huhu... Saya simpan ni sebab ada kisah Lady D ni.. Ada juga keratan2 akhbar untuk beberapa peristiwa gempar yang saya simpan spt runtuhnya Highland Tower, Amerika serang Iraq, angkasawan pertama M'sia pergi ke angkasa, dll. Nanti2 Fawwaz dah besar, boleh tunjuk kat dia.. :)
November 2, 2012
Tempahan Kek Minggu Ini
Hari ni buat delivery kek ke Bandar Baru Bangi. Kek Maddy yang saya buat petang semalam... Memang rezekilah kalau saya dapat buat penghantaran. Sementara Fawwaz masih sekolah dan hubby ada minggu ni.. Kalau dah cuti nanti, mungkin dah tak dapat buat.. Customer kena pick up sendiri ke Anjung Hijo ni..
Tengahari tadi cousinku, Cik Baity datang.. Ambil pau dan karipapnya yg ditempah. Dia ingat boleh pilih2 extra lagi kat dalam freezer tu.. Rupanya semua dah berpunya hehehe. Itupun tak siap lagi.. Esok baru nak menguli satu batch pau utk habiskan tempahan cik A. Hari tu dah siapkan dalam 15 pek kot.. Tadi cik Y pulak dah buat pesanan baru.. saya cut n paste "Harteeee.... next week jgn lupa sediakan stok PAU aku ye... PAU KAYA dan KACANG MERAH... tak kesah lah berapa yang dapat... tetapi kalau jari jemari mu sudah tidak larat... enggak apa bukkk... Saje je Mau bikin stok cuti sekolah... Kalau anak2 aku lapar.. kasi makan PAU je... bertuah punya IBU... hehehe" :D
Haaa... punya manja dia panggil nama akak...hihi! Ni paling2 10 pek nih!! Kalau larat 20 pek pun takpe.. Tengoklah ye sahabat.. Minggu depan banyak projek hujung persekolahan. Tak dapat banyak, sikit jadilah. Untuk kenang-kenangan sebelum ku membungkus semua peralatan sobss!!! Dr Azizan kata, buatlah bisnes yang boleh menyelesaikan masalah orang.. Inilah yg saya buat sekarang. Cuma kederat je kadang tak mampu.. Keayuan kena jaga jugak dalam sibuk menguli dan menggodek tepung ni lalalaaa...
2 biji cheesecake..
Suka sangat sebab yg ke-2 tu jadi elok macam ni. Dah 3 kali kebelakangan ni duk merekah je
2 biji chocolate moist size kecik.. Takde deko macam selalu.. tuang ganache je. Boleh colet2 yg meleleh tu.. hehe.
Tengahari tadi cousinku, Cik Baity datang.. Ambil pau dan karipapnya yg ditempah. Dia ingat boleh pilih2 extra lagi kat dalam freezer tu.. Rupanya semua dah berpunya hehehe. Itupun tak siap lagi.. Esok baru nak menguli satu batch pau utk habiskan tempahan cik A. Hari tu dah siapkan dalam 15 pek kot.. Tadi cik Y pulak dah buat pesanan baru.. saya cut n paste "Harteeee.... next week jgn lupa sediakan stok PAU aku ye... PAU KAYA dan KACANG MERAH... tak kesah lah berapa yang dapat... tetapi kalau jari jemari mu sudah tidak larat... enggak apa bukkk... Saje je Mau bikin stok cuti sekolah... Kalau anak2 aku lapar.. kasi makan PAU je... bertuah punya IBU... hehehe" :D
Haaa... punya manja dia panggil nama akak...hihi! Ni paling2 10 pek nih!! Kalau larat 20 pek pun takpe.. Tengoklah ye sahabat.. Minggu depan banyak projek hujung persekolahan. Tak dapat banyak, sikit jadilah. Untuk kenang-kenangan sebelum ku membungkus semua peralatan sobss!!! Dr Azizan kata, buatlah bisnes yang boleh menyelesaikan masalah orang.. Inilah yg saya buat sekarang. Cuma kederat je kadang tak mampu.. Keayuan kena jaga jugak dalam sibuk menguli dan menggodek tepung ni lalalaaa...
November 1, 2012
Saja Nak Mengulas..
Akak ni tengah bakor kek chocolate moist untuk sahabatku Dr Madihah a.k.a Maddy. Tadi dah siapkan Japanese ciskek seketul.. Nanti malam satu lagi ciskek. Semua untuk dia, 4 biji kek. Alhamdulillah dapat kawan gini kennn..hihihi! Sambil nak tunggu masak tu, biar pekena nescafe se'mug' dulu. Biar bertenaga! Ada pulak ciskek hasil dari balance adunan tu.. fanas2.. perghh!! Walau tak cantik pada pandangan rupa, namun rasanya tetap sedappp... :D
Durian crepe pun ada 4 ketul lagi.. punyalah slow nak abiskan. Setakat saya dan suami nak habiskan 15 ketul (kalau tak silap haritu..) memang kena ambik masa sebulan! Exaggerate namanya la kann.. haha! Takdelah, tak boleh makan banyak2 sekali harung. Muak walau sedap. Bila dah lama gini, saya dapati adunan yg dari Jom Masak tu pulak yg best sebab masih lembut crepe nya. Cuma nak melempengnya tu lah yg agak mencabar bagi yg tak pro macam akak ni. Semalam saya dah beli setepek lagi durian di AEON supermarket (tak pastilah namanya sekarang ni..) untuk membuat DC sekali lagi. Kali ni hubby minta buatkan untuk anak daranya yg nak balik ke UiTM selepas break.
Ha! 2 biji choc moist ku pun dah masak.. Syukurrr tak merekah. Sedang2 elok je. Hari tu buat merekah.. Kenapa entah ye, kadang elok kadang tak. Malam nanti boleh siram dgn ganache. Permintaan Maddy, nak kek ceklat kampung2 je.. jangan banyak sangat cream nye.. hahaha! Mana sedap kalau tak meleleh2, dah nama choc moist with ganache. Abislah reputasi kek akak nanti.. :P
Nak masak lauk dulu, pastu sambung lepas maghrib untuk kek seterusnya iaitu Japanes Cheesecake yg ke-2. Nasib baik tak jadi minta 3, sebab agak haru biru juga nak buat kek jenis tu. Lauk apa nak buat? Kari ikan kembung sudah lah... hehe!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...