September 22, 2011

Kicap oh Kicap

Kali ni bukan nak cerita pasal resipi... tapi pasal KICAP.  Selamakini memang aku hidup dan membesar dengan kicap.  Dulu kecik2, nenek selalu beli kicap cap Hang Tuah. Selalulah dia suap saya dengan nasi + kicap + ikan kembung goreng... perghh sedap sehh.  Dapat pulak makannya sambil bermain2 kat tepi jalan.. arwah nenek pula sambil menyuap, bersembang dengan adik beradik atau jiran yg datang kat rumah.  Masa tu jalan depan rumah yg sekarang dah jadi kuning tu, kecikk ja.  Ala2 jalan tanah merah je..Walau masih kecik sesangat, saya masih ingat semua tu... nostalgia indah :D

Kadang2 nenek buat resipi menyelerakan yg pelik utk zaman ni... Nasi... tuang sedikit air putih.. letak kicap dan ajinomoto.. hahahh!! Kan dah jadi macam sup... sedap je makan!  Elok je kita... periksa sekolah rendah pun no 1, 2 atau 3 je, cuma bila besar tak jadi doktor ekeke.  

Lepas tu bila kicap Tamin dah ada, terus tukar ke kicap tu.  Ada jugak beberapa jenama masa tu.. Bila masuk sekolah menengah dan duduk di asrama, saya ada geng kicap.  Asalnya saya je yg suka bawak kicap dan orang mengecek... Lama2 kita tubuhkan geng kicap.. bayarlah sorang 10 sen utk sebotol yg harga RM1 tu.  Kalau habis, beli lagi... Time tu kicapnya ialah kicap Bilal.  Sampai kini kicap bilal tu masih sedap, cuma akak dah tak beli sangat.

Bila dah sekarang2 ni, selera ke kicap Cap Kipas Udang atau kicap Jalen.  Dua2 tu sedap dan rasanya hampir sama.  Saya dan family di kampung lebih suka kicap Jalen lagi.. tapi kalau takde, kipas udang la yg dicari.  Masa duduk 2 thn di S'pore pun kicap Kipas Udang ni je yg ada jual kat kedai bawah flat tu.

Semalam saya kehabisan stok kicap Jalen yg entah sejak bila ada kat dalam fridge tu.  Maklumlah, rumah singgah2 je.. Asal jgn dah expired dah le..hehe.  Bila keluar, asyik lupa je nak beli.  Petang semalam sebelum buka, nekad juga ke kedai runcit Anjung sebab nak beli kicap.  Mak aii!! tekejut akak bila tengok harga kicap Kipas Udang tu... sejak bila naik mendadak tu?  Last beli yg entah tahun bila, tak sampai RM3 pun.. dlm 2.7 kot.. La ni dah RM5.80 utk botol kecik.. kayo kayo!!  

Semalam sempat tuang sesudu je kot untuk campur dengan cilipadi.  Sekali pagi ni nak guna, PRANGGGG!! jatuh berderai atas lantai dapur huhuhuuuuuu.... Kicap tu tak redha akak terkejut dgn kemahalannya semalam.  Pagini dia buat kejutan lagi dgn menjatuhkan diri...erk! Bila lagi nak jadi cinderella.. mop2 dapur yg berkicap? Tapi yg paling akak terkejut, bila petang tadi ke MyMydin kat tepi nu... nak beli kicap tu jugak lah.  Harga dia RM3.80 ke lebih sikit gitu.. tak sampai pun RM4.  Ayooo... awat beza jauh sangat utk benda yg sama?  Dekat 2 hengget?  Tipah tetipu betul...

Moral of the story, jangan banyak sangat makan kicap.  Kalau luka di badan, lambat atau tak hilang bekasnya.. jadi hitam2.  Itu kata orang... tapi mungkin ada betulnya.  Sebab saya pun gitu juga.. parut payah benor nak ilang :P:P:P

Tempe Masak Sambal

Jawa dan tempe umpama lagu dan irama.. hehehh!  Dah lama saya tak meng'update' resipi.  Sejak raya, masak biasa2 je.. Kalau ada pun, cuma siaran ulangan resipi yg dah ada.. Ditambah usaha nak menghabiskan puasa qada' dan sejuk di bumi Bukit Jalil...mmmm apa2 yg ringkas dan cepat jelah.  Lagipun kita selalu masak beriya2 bila en abe ada je huhu!  Sebab abe akan makan apa je yg kita masak..

Sambal tempe ni saya buat untuk cousin yg tgh duk study kuat kat dalam bilik tu sebab esok exam. Dia suka.. Tapi entah ye dia study kuat kan.. hentah2 tgh berangan nak kawin hahaha! Anjung Hijau ni memang port dorang... terutama yg nak lari dari kolej dan mencari ketenangan.  Akak suka je.. meriah rumah.  Fawwaz lagi suka, sampai mandi & tidur pun tak mau ngan umi.. nak cikyum, ciknya.. cik kakak pun kalau ada umi boleh rest!


Nak buat sambal ni cara saya..

Bahan2:

3 keping tempe (yg dlm plastik tu) - sebenarnya apa jenis tempe pun takde masalah..
10 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 labu bawang besar - tumbuk
2 senduk cili kisar
1 sudu kecil garam
2 sudu makan gula } ikut citarasa ye kalau tak suka manis.. fungsi gula ni selain menyedapkan ialah supaya tahan lama
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2:

1)  Potong tempe seperti kiub atau ikut citarasa.  Goreng sampai 3/4 garing

2)  Tumis bahan tumbuk hingga layu dan timbul minyak
3)  Masukkan garam dan gula... kacau2 sikit.. biar sampai sampai menjadi pekat dah merah tua
4)  Matikan api dan masukkan tempe.  Gaul hingga rata sambal kat tempe tu..

September 8, 2011

Kerang Masak Lemak Kuning



Sedap pulak masa puasa haritu makan kerang ni... Air tangan makcik saya yg terbaik!!  Tengok pakcik kita pun (hb makcik) makan dengan penuh selera... Kalau tengok gambar memang kering je, sebab kuah tu sekadar ala2 je untuk buat dia terasa lemak... Tak usah fikir kolestrol dulu, meh layannn...

Bahan2:

Kerang - bersihkan dulu
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili - hiris (nak tumbuk sekali pun boleh)
Santan pekat secukupnya (kami guna sekotak kecil santan, campur air setakat tenggelam semua kerang)
Serbuk kunyit
Daun limau purut - banyak sket barang 4-5 helai utk masakan seperiuk
Asam keping - satu dah cukup
Garam

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga santan mendidih serta pekat dan kerang terbuka.  Sesekali kacau supaya santan tak pecah.  Perasakan garamnya...

Wangi rasa & bau limau purut.. makan dengan sambal kicap pun sodap

September 7, 2011

Kek Cawan Pisang Bercoklat


Bersengkang mata 2 malam nak raya haritu mengerjakan ni... demi menyelamatkan setandan pisang awak yg ranum di bangsal belakang rumah.. :D  Entah berapa adunan akak buat kek ni yg sebahagian kami bungkus untuk diberi kepada jiran tetangga dan saudara berdekatan.

Resipi saya dapat dari Blog Kak Nor Secubit Garam. Tajuk asal Kek Pisang Bercoklat je.. tapi atas permintaan makcik, saya buat dalam cawan.  Memang sedap dan gebu kek ni.. Macam2 versi saya buat... yg ikut bulat2 resipi asal, tukar butter kepada minyak dan juga majerin.. Cuma yg guna minyak tu,  kejadiannya macam bingka pisang yg sedap, tak berapa manis.

Bahan2:
Sumber : Kak Nor

250 g mentega - ada juga yg saya gunakan majerin biasa, elok je
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang awak
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
150g coklat masakan - saya guna chocolate rice, main tabur2 je...

Cara2 (ni ikut versi dan ayat sendiri) :

1)  Panaskan oven kepada 170C.  Sediakan acu & alas cupcakes secukupnya
2)  Ayak tepung bersama soda bikarbonat
3)  Lenyek pisang... saya guna blender dan tambah sedikit air panas untuk melancarkan pergerakan saja
4)  Pukul mentega dan gula hingga kembang
5)  Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanilla dan pisang lenyek
6)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Kak Nor guna kaedah kaup balik.. tapi saya putar je dengan kelajuan minima menggunakan pemukul
7)  Tabur chocolate rice dan gaul perlahan (kaup balik)
8)  Sudukan ke dalam mangkuk kertas (nak cantik isi penuh je).
9)  Bakar selama 40 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat cantik.  Ikutkan kejap je masak, tapi kalau nak warna gelap sikit, agak2 la penambahan masa tu...

September 6, 2011

Sambal Taun Kerang dan Lulang


Lulang? Apa tu ekk..? Hehehh.. lulang ialah kulit lembu yang telah melalui beberapa proses pembersihan sebelum boleh dimakan.  Masa akak kecik2 dulu selalu lah tengok pembuatannya.. Mula2 kulit lembu yg lepas dilapah tu dijemur sampai kering (macam keropok) dan tak berbau.  Lepas tu dibakar sampai kehitaman... dikikis bulu2nya sampai betul2 tinggal lapisan kulit je.  Kemudian direndam, basuh dan rebus... baru boleh masak dengan pelbagai resipi.  Rumit kan?  Tapi saya tak reti nak memakannya... tompang seronok je, sebab ini makanan kesukaan kebanyakan masyarakat Jawa di mana2 pun.  Kawan lulang ni ialah "babat" atau perut lembu.. pun saya tak reti makan..huhu!

OKlah.. sambal taun ni memang makanan kebanggaan orang2 Jawa.  Kami pun setiap hari raya membuatnya sebab banyak permintaan dan sentiasa tak cukup.  Kalau kenduri kawin pun selalu ada menu ni.  Tahun ni buat lebih dari selalu.. 3kg isi kerang + 1-2kg lulang.. Lulang kalini senang je, sebab dah jual siap2 kat market, tinggal masak je.  Sekilo dalam RM6 je, murah!  Rupanya cam kat bawah ni...


Sambal taun yang ni baru masak, sehari sebelum raya... so, kuah nampak banyak dan cair... belum betul2 menyengat.  Bila dah masuk pagi raya dan dipanaskan semula, baru sebati rasanya.  Versi kami pulak yg tak berapa pedas sebab ramai yg tak tahan pedas... Ada sedara yg kuat pedas tu, mau berasap telinga masa mula2 makan dorang punya... Untuk seperiuk selalunya tak kurang dari RM6 cilinya...


Bahan2 (anggaran je, terpulang kpd citarasa masing2) :

3 kg kerang rebus - ambil isi sahaja
1 kg lulang (kulit lembu)
1 cawan lengkuas - yg dipotong nipis (atau potong macam mancis) *
20 ulas bawang merah - hiris *
5-10 ulas bawang putih - hiris *
1 mangkuk cili padi - ikut citarasa, selalunya orang letak banyak2.. (cuma buang tangkainya)
1 inci belacan - hancurkan
Garam
2 keping asam gelugur
Santan pekat (saya guna sekotak besar santan segera + sedikit air agak2 tenggelam semua isinya)
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Tumis lengkuas dan bawang sampai layu... * lengkuas & bawang tu boleh seimbangkan ikut kuantiti bahan utama (kerang) tu.. tp lagi sedap kalau banyak
2)  Bila dah layu, masukkan belacan dan cili... Cili tu bulat2 je masukkan.  Kacau2 kejap sampai naik bau dan masukkan kerang dan kulit lembu.  Goreng seketika hingga agak kecut
3)  Masukkan santan, asam dan garam... Biarkan sampai mendidih agak lama dan santan semakin pekat. Kacau2 sikit, jangan sampai pecah minyak.
4)  Nak lagi feel, masak awal2 dan perangatkan dulu sampai cili2 pecah, baru makan dengan nasi atau ketupat... hehehe