Pages

September 7, 2011

Kek Cawan Pisang Bercoklat


Bersengkang mata 2 malam nak raya haritu mengerjakan ni... demi menyelamatkan setandan pisang awak yg ranum di bangsal belakang rumah.. :D  Entah berapa adunan akak buat kek ni yg sebahagian kami bungkus untuk diberi kepada jiran tetangga dan saudara berdekatan.

Resipi saya dapat dari Blog Kak Nor Secubit Garam. Tajuk asal Kek Pisang Bercoklat je.. tapi atas permintaan makcik, saya buat dalam cawan.  Memang sedap dan gebu kek ni.. Macam2 versi saya buat... yg ikut bulat2 resipi asal, tukar butter kepada minyak dan juga majerin.. Cuma yg guna minyak tu,  kejadiannya macam bingka pisang yg sedap, tak berapa manis.

Bahan2:
Sumber : Kak Nor

250 g mentega - ada juga yg saya gunakan majerin biasa, elok je
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang awak
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
150g coklat masakan - saya guna chocolate rice, main tabur2 je...

Cara2 (ni ikut versi dan ayat sendiri) :

1)  Panaskan oven kepada 170C.  Sediakan acu & alas cupcakes secukupnya
2)  Ayak tepung bersama soda bikarbonat
3)  Lenyek pisang... saya guna blender dan tambah sedikit air panas untuk melancarkan pergerakan saja
4)  Pukul mentega dan gula hingga kembang
5)  Masukkan telur satu persatu, diikuti esen vanilla dan pisang lenyek
6)  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Kak Nor guna kaedah kaup balik.. tapi saya putar je dengan kelajuan minima menggunakan pemukul
7)  Tabur chocolate rice dan gaul perlahan (kaup balik)
8)  Sudukan ke dalam mangkuk kertas (nak cantik isi penuh je).
9)  Bakar selama 40 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat cantik.  Ikutkan kejap je masak, tapi kalau nak warna gelap sikit, agak2 la penambahan masa tu...

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...