January 28, 2013

Pecel Ikan Pari

Masa nak pergi market pagi ni takde lah perancangan nak beli ikan pari. Tapi bila duk meninjau pelbagai ikan kat situ, terutama ikan kembung dan cencaru yg banyak sungguh, tetiba 'ting!'.. masuk message kat otak akak supaya cari ikan pari. Ada satu stall je yg jual ikan pari. Tu pun macam tak menarik. Tapi yang menariknya, akak beli je tanpa banyak bicara.. hehehe!


Jadi, sementelah mokcik akak dah bawakan sepasu pokok cekur yang subur sangat2, akak pun terus fikir nak buat pecel. Dah bertahun2 tak makan pecel pari. Hari tu terliur tengok kak Harlina, senior sekolah duk tayang sambal kencur ikan pari dia. Rasanya lebih kurang kot.. Cuma kalau nama sambal tu, pastinya lebih pekat. Pecel ni pun sepatutnya pekat, tapi memandangkan akan seram dengan santan pekat, disamping menjaga kesihatan en abe yg ada darah tinggi tu, buat yg semi pekat je. Dan guna santan kotak yg tulis 'tiada kolestrol'.. Caya tak caya, pakat2 percaya secara psikologi lah.. hahaha gelak sendiri!


MASAK PECEL IKAN PARI

Bahan2:

2 potong ikan pari (atau yg secukupnya)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
20 batang cili padai (atau ikut citarasa nak pedas atau tidak. Nak sedap, kena pedas)
1 pokok cekur - asingkan ubi dan daunnya
1 cm belacan (optional)
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Ikan pari dibakar atau goreng - nak sedap bakar, nak bajet masa goreng je, tp jangan sampai garing sangat.. :)
2) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur (ubinya) dan belacan
3) Daun cekur di racik halus
4) Tumiskan bahan tumbuk dengan minyak yang sedikit, kemudian tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan, daun cekur, santan, asam dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih, biarkan seketika sambil kacau sikit2 supaya tak terlalu pecah minyak. Matikan api.

January 27, 2013

Used Items for Sale @ Jitra, Kedah

Akak nak let go 2 barang utama kat rumah ni. DAPUR jenama ZANUSSI yg ada oven elektrik dan PETI SEJUK NATIONAL satu pintu. Nak buat persediaan masuk rumah baru dengan benda2 baru walau plan rumah masih terperap kat meja Majlis Daerah.. ahaks!

HARGA PACKAGE UTK KEDUA2NYA - RM1,000 
HARGA UTK SINGLE UNIT PULA BOLEH DIRUNDING

 Dapur n oven masih tip top.. 

Inilah masa yg sesuai nak berpisah dgn peti sejuk ni... Sebab dah tak sesuai dengan situasi terkini

January 25, 2013

Kek Carrot lagi..

Minggu ni buat kek carrot lagi. Untuk mak buyung yg mengidam tu.. dan kerabatnya yg datang petang semalam. Gumbira hati akak sebab semua sold out! Tetiba rasa suka3x sangat buat kek ni.. sebab memang moist dan sedap.  Ditambah dengan cream cheese tu..


Cream cheese dan beberapa perkara kat sini lebih sikit harganya dari yg selalu saya beli di Sri Petaling. Dan yang selalu saya guna tu, takde dijual di sini. Saya nak kena biasakan dengan beberapa jenama baru sebagai alternatif. Apa2 pun, cream cheese apabila dicampur dengan marcarpone, hasilnya amatlah sedap dan lemak berkrim!!!


January 19, 2013

Headband Untuk Baby..

Ni sajalah akak nak promo sikit... Pada sapa2 yang ada anak atau baby perempuan tu, bolehlah tinjau kedai headband online ni.. http://www.headbandforbaby.com/. Rasa comel benar kalau anak2 ni pakai munge2 kat kepala. Tapi apakan daya, kita belum rasa nak ada baby lagi.... :P

Jangan lupa, click n see ye! Kalau berkenan, order sekali... TQ


January 18, 2013

Nasi Lemak Buah Bidara

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang mak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan...

Chewahhh.. berpantun pulak akak! Tapi pantun ni macam ada kena mengena dengan akak lah.. Kerana kasihkan suami, akak tinggalkan negeri akak dan ikut dia duduk di bumi Jitra ni. Cumanya, idokle sampai buang mak tu.. Tinggalkan mak ngan sedara2 yg kat KL & Selangor tu je. Sedih dorang tau masa akak nak pindah sini. Yelah, akak ni asyik nak tinggalkan dorang je. Makcik2 akak duk teringat dan tanya2 macamana duk sini. Memasing simpan cita2 nak lawat akak. Mak akak pun asik telepon je. Sesungguhnya akak ni jenis pemalas bab2 telefon. Apa2 pun jarang nak sharing n caring. Apa masalah pun, jarang nak kasitau. Dapat pulak asyik cakap home sick! Tapi sebenarnya, memang takde masalah pung... Hidupku sentiasa gumbira walau apa ceritanya.. "Life goes on" kata orang Amerika.

Nasi lemak Jitra

Berbalik cerita nasi lemak, kat Jitra ni memanglah tersangat ramainya orang jual nasi lemak. Kat tepi jalan, kat gerai, kedai makan, kat pasar... Baik yg berbungkus pisang, plastik + kertas, polistrene.. Yg 50 sen, seringgit, dah lebih... Hat yg bungkus pisang tu, ada yg tinggi runcing konnya, ada yg biasa2... Yg bestnya, setakat yang akak pernah beli, semuanya sedap belaka. Menepati citarasa. Penuh kasih sayang. Baik nasi lemak, mihun, mee atau kuey tiaw goreng esp yg dekat dengan TTS ni. Belum kira char kue tiaw lagi.. Perghh.. bisa gemuks aku di sini.

Boleh kata, tak pernah merungut lagi dengan makanan yg dibeli kat gerai2 tu. Kan akak ni species komplen.. hihihi!! Ada sekali je akak tergelak bila abe order nasi ratna/ladna kat sebuah kedai makan. Sampai2 entah jenis nasi apa ye.. takde kuah macam kat KL tu. Fail sungguh. Tapi mungkin itu jenis nasi ratna kat sini.. Mana tau kan.. Abe ku yg selalu menegur dengan berhemah bila akak komplen, terdiam tanpa kata. Telan je. Hehehh..


January 16, 2013

Rainbow of My Life

Sebenarnya akak teringin nak makan kek opera. Tapi mengenangkan anak bujang yg sorang tu tak makan kek2 orang dewasa tu, akak abaikan je. Maka buatlah hat yg rainbow ni. Sambil test darjah kerajinan, tahap mana. Macam biasa, buat kek span versi baulu. Tak bubuh mentega dan serbuk penaik. Dan akak silap perkiraan. Ingatkan semua pewarna ada lagi. Rupanya 2 colors takde. Biru dan kuning. Yang kuning OK lah juga, ada pewarna kuning telur. Hat biru tu, akak campur2 color, tak juga jadi biru. Jadi coklat. Aci jadi je le ye..



Kali ni dengan filling cream cheese.. 


Comot je akak ni kan... posing kat piring plastik pun jadi.. :P

Apa2 pun, hujung2 kejadian, sempat juga akak tengok cerita Korea... Satu2nya drama yg akak dah sign kontrak setakat ni.. :D

January 12, 2013

Kuih Ketayap

Resipi malam ini ialah kuih ketayap berintikan durian. Ini adalah kuih yg saya buat tanpa perancangan untuk sarapan semalam. Semata2 selepas melihat post kawan yg menayang ketayap kat FB dia. Padahal bukan boleh makan banyak pun. Ikutkan lebih economical kalau beli je kat gerai dekat taman ni. Paling2 RM1 = 3 atau 4 biji. Memang mewah le duk sini... murah. Sedap dengan tidak je. Tapi kalau nasi lemak kat sini, walau 50 sen tetap sedap.. OK lah. Meh layan resipi..


KETAYAP INTI DURIAN

Bahan2:

1 cawan tepung
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar atau santan (kalau adunan pekat, tambah air sedikit2)
1 sudu minyak masak
1/2 sk pandan emulco - lagi sedap kalau guna air daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau dengan whisk hingga sebati. Boleh juga menggunakan blender.
Panaskan kuali dengan api kecil. Sapu sedikit minyak atau majerin.
Tuangkan satu senduk adunan dan lenggang2kan kuali supaya membentuk bulat. Bila dah masak, boleh angkat dan masukkan inti.

INTI (saya main agak2 je..)

1/2 biji kelapa parut
Isi durian - anggaran 3 ulas
2 sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan. Kalau nampak kering, campur sedikit air. Masak dengan api sederhana sehingga inti masak atau kelihatan pekat (melekit)

Dah siap inti dan menebar, boleh le digulung atau lipat ketayap tu ye... ;)