Pages

January 12, 2013

Kuih Ketayap

Resipi malam ini ialah kuih ketayap berintikan durian. Ini adalah kuih yg saya buat tanpa perancangan untuk sarapan semalam. Semata2 selepas melihat post kawan yg menayang ketayap kat FB dia. Padahal bukan boleh makan banyak pun. Ikutkan lebih economical kalau beli je kat gerai dekat taman ni. Paling2 RM1 = 3 atau 4 biji. Memang mewah le duk sini... murah. Sedap dengan tidak je. Tapi kalau nasi lemak kat sini, walau 50 sen tetap sedap.. OK lah. Meh layan resipi..


KETAYAP INTI DURIAN

Bahan2:

1 cawan tepung
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar atau santan (kalau adunan pekat, tambah air sedikit2)
1 sudu minyak masak
1/2 sk pandan emulco - lagi sedap kalau guna air daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau dengan whisk hingga sebati. Boleh juga menggunakan blender.
Panaskan kuali dengan api kecil. Sapu sedikit minyak atau majerin.
Tuangkan satu senduk adunan dan lenggang2kan kuali supaya membentuk bulat. Bila dah masak, boleh angkat dan masukkan inti.

INTI (saya main agak2 je..)

1/2 biji kelapa parut
Isi durian - anggaran 3 ulas
2 sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan. Kalau nampak kering, campur sedikit air. Masak dengan api sederhana sehingga inti masak atau kelihatan pekat (melekit)

Dah siap inti dan menebar, boleh le digulung atau lipat ketayap tu ye... ;)

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...