August 23, 2016

Cempedak Goreng dan Tepung Rangup

Musim cempedak sekarang ni kan.. tapi tengah mahal kot.

Pernah akak beli, RM2 dapat 5 ulas yang tersangatlah keciknya. Ada kawan cerita, beli seulas RM1 sebab alasan penjual cempedak madu. Ada juga yang beli sebiji RM11 dalam tu adalah dalam 15 ulas.. huhuhu. Macam2 cerita cempedak lagi.. Kalau tak betul memilihnya, memang buka2 akan keciwa. Nasib dan rezeki memasing lah tu.. Hari tu abe beli, RM11 Alhamdulillah penuh isinya.. lebih kurang 30 biji. Dapatlah 2 kali goreng.. terus takmo dah.. hihi.


CEMPEDAK GORENG RANGUP

Bahan2:

1 pinggan cempedak (dalam 15 biji)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 st soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (optional)
3/4 cawan air
2 sudu makan minyak panas
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Campur bahan tepung, garam dan serbuk kunyit
Tuang air dan gaul sebati. Tambah atau kurangkan jika perlu. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak. Kemudian ambil 2 sudu dan masukkan ke dalam adunan tepung (batter) dan kacau sebati.
Baru masukkan cempedak dan goreng sehingga masak keemasan. Gunakan api sederhana.

Nota: kunyit menyebabkan tepung menjadi sedikit pink sewaktu mula menggoreng. Bila sudah masak warna bertukar menjadi sempurna. Namun begitu, bahan ini boleh diabaikan dan tidak menjejaskan warna gorengan.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...