Lapaq kek.. tapi nak yang kukus2 punya..
Terpikat dengan gambar di satu blog kompilasi kek yang nampak mengiurkan.. Tengok ada cukup bahan, terus akak proceed.. Masa mula jadi tu tak berapa mengancam rasanya walau abe tunjuk ibu jari.. Maklum, sejam dia menunggu kuih minum petangnya siap.. Hari ni selepas beberapa hari kek hibernate kat dalam peti sejuk, terasa pula akan kesedapannya... hehehe!
KEK COKLAT KUKUS CHEESE
Sumber: resipiku.net
Bahan2 Kek Coklat:
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cwan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum *
3 camca besar serbuk koko *
1 camca teh soda bikarbonat *
1/2 camca teh baking powder *
(Bahan bertanda * disatukan dan diayak)
Bahan2 Lapis Cheese:
250g krim cheese
60 g gula halus
1 biji telur A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
Cara2:
Panaskan kukusan. Lenser loyang berukuran 8" x 8" x 3" dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak/baking paper. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Kek Coklat
1) Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
2) Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas. Putar sebati dengan kelajuan sederhana.
3) Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
4) Bahagikan kepada 2 sama banyak. Ketepikan.
Lapisan Cheese
1) Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin
2) Masukkan telur dan pukul hingga kembang
3) Tambah tepung dan air, putar hingga sebati dan tidak berbintil2
Proses Seterusnya - mengukus dan melapis
1) Tuang satu bahagian kek coklat ke dalam loyang. Ratakan dan tutup dengan aluminium foil.
2) Kukus selama 20 minit, menggunakan api sederhana
3) Tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan kukus lagi selama 20 minit.
4) Tuang baki adunan kek dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak (bila dicucuk tidak melekat)
5) Sejukkan kek sekejap, baru dikeluarkan dari loyang
6) Bila sejuk sepenuhnya baru boleh dipotong.
7) Tuang dengan chocolate ganache untuk menambah kesedapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Masa nak pergi market pagi ni takde lah perancangan nak beli ikan pari. Tapi bila duk meninjau pelbagai ikan kat situ, terutama ikan kembung...
No comments:
Post a Comment