Disebabkan semua bahan ada kat dalam gobok, akak pun buatlah sendiri di suatu petang nan damai untuk dimakan bersama abe sambil mengadap tasik. Dapatlah beberapa keping apam balik pelbagai rupa.. dan sampai ke esok pagi akak masih makan apam tu.. haha.
Meh tengok camna buatnya. Resipi akak cedok kat internet.. tapi sebab snap bahannya, akak lupa kat mana tuan tanah tu. Anyway, moga dimurahkan rezekinya sebab kongsi resipi.. Akak buat separuh adunan saja dan dapat beberapa keping kecil macam dalam gambar.
APAM BALIK
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning - akan datang tak mau letak pewarnalah..
1 biji telur - untuk separuh adunan, timbang dulu, kocak dan bahagi dua.
1 1/2 cawan air
Sedikit mentega/majerin untuk oles - kalau nak cantik, oles batch pertama saja. Yang lepas tu tak perlu..
Bahan tabur - saya guna gula perang, kacang tanah, inti kacang merah dan sedikit mentega. Sebahagian pula saya tabur dengan cheddar cheese parut ;)
Cara2:
1. Putar gula dan telur sehingga kembang
2. Masukkan baking powder, soda bikarbonar dan air. Putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung. Putar sehingga sebati dan halus.
4. Menggunakan pan non stick bersaiz kecil, oleskan terlebih dahulu pan tersebut dengan majerin dan panaskan dengan api kecil.
5. Tuang satu senduk adunan dan biarkan sebentar. Lenggangkan sedikit selepas menuang jika mau lebihan di tepinya.
6. Bila permukaannya hampir masak, taburkan gula, kacang dan bahan inti yang lain.
7. Apabila cukup masak, lipat dua dan angkat.
p/s: saiz dan ketebalan apam adalah mengikut citarasa ya.. ;)
Macam2 rupa ada.. hangus pun masuk jugak.. haha!
Pan dangan permukaan bersaiz 7"
Komen abe, lepas ni dah tak payah beli... buat sendiri je. Hurmmm...
No comments:
Post a Comment