Pages

March 20, 2016

Spaghetti Carbonara yang Simple


Takda modal nak masak apa untuk anakanda boboiboi tengahari tadi. 

Sejak boboiboi masuk movie, tahap konsentrasi Fawwaz terhadap boboiboi semakin meningkat. Tapi Abi dah warning jangan bawa ke panggung wayang! Tup tup.. masa ummi ambil dia di kelas tadi, cikgu sibuk suruh dia tunjuk borang kat ummi. Rupanya borang nak bawa kanak2 tu tengok Boboiboi... Hehe.. nampaknya bakal terlepas la dia kali ni... Silap2 ummi join sama nanti sambil belanja popcorn.. :D

Balik2 ummi masakkan spaghetti carbonara from Italy ya.. bukan dari Pizza Hut macam selalu. Haritu ummi tetiba skodeng youtube pasal pasta ni.. Duk tercari2 camna nak buat macam Mrs Vanelli's yg sodap tu. Tengok juga camna Italian buat spaghetti carbonara kat Jamie Oliver. Oh macam tuuu,.... sonang je. Bukan macam nak buat mee goreng! Tapi makcik ni takda bahan2 yang cukup.. jadi apa yang ada je lah. Contohnya, instead of parmesan or cheddar, makcik guna cream cheese yg buat kek tu je.. hahahaha!

Tapi sedap la jugak rasanya... Next time guna bahan yg betul. Ini kali tulis dulu..



SPAGHETTI CARBONARA
(2-3 orang makan)

Bahan2:

Secekak spaghetti 
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
Parutan keju parmesan secukupnya (ikut suka nak banyak cheese atau tidak)
Sedikit garam halus
Serbuk lada hitam (saya guna lada sulah) - tabur ikut citarasa
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang holland (yg hijau tu.. potong dadu) - ini saya tambah sendiri
Minyak zaitun (atau butter)
Meat slice (potong kecil) - saya tak letak pun 
Oregano - saya tambah

Cara2:

1.  Rebus spaghetti sehingga lembut. Bila dah lembut jangan matikan api dulu, lakukan langkah 3.
2.  Sementara merebus spaghetti, masukkan telur, kuning telur, parutan keju, garam dan lada sulah ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
3.  Panaskan minyak zaitun/mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland. Masukkan juga meat slice dan kacau2 sehingga layu.
4.  Masukkan spaghetti yang masih panas dan gaul. Jika agak kering, tambah dengan air rebusan spaghetti 
5.  Mastikan api. Tuang adunan telur ke dalamnya dan gaul cepat-cepat sehingga rata. Telur akan masak sendiri dengan kepanasan spaghetti tu.
6.  Siap untuk dihidang panas2. Kalau suka boleh parutkan lagi keju


NOTIS:

JANGAN CURI PINGGAN SAYA YA DAN MASUKKAN RESIPI LAIN PULAK KAT FB TUUU... AI TAK SUKA!!


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...