March 15, 2016

Blueberry Cheesecake Yang Nyaman dan BFF Ku

Baru beberapa jam my best friend forever ku hantar ke airport.. kini dah pun selamat tiba di rumah masing2 di Sri Gombak dan Hulu Selangor. Geng akak dari zaman sekolah menengah di KL (Convent Bukit Nanas & Sri Aman PJ).

Datang ke sini semalam (Ahad). Total 2D1N jer.. sembang tak habis! Hahaha!!!

Jadi, sebagai hidangan akak taklah masak beria2. Orang2 perempuan ni senang nak jaga kan.. mana boleh makan lebih2.. hahaha alasan!!  Akak buatkan BLUEBERRY CHEESECAKE yang mengundang duka nestapa sesiapa yang melihat gambar sahaja dan mee kari.  Untuk hari ini pulak akak jamu dengan makanan popular Jawa iaiatu PUNTEN bersama sambal tumis cili padi dan rendang ayam. Dessert tengahari sempat juga buatkan BUBUR SOMSOM yang nyaman sejuk sesuai untuk cuaca sekarang.

 Kek ni je yang sempurna gambarnya . hehe!  

RESIPI CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan2:
Dicadangkan menggunakan acuan springform berdiameter 7 inci

Bhn A
12 keping biskut digestive (atau 200g biskut oreo)
100g mentega (cairkan)

Bhn B
250 g cream cheese
2 cawan whipping cream yang dah siap menjadi kental *
120 g gula kaster
1 sudu besar jus lime/lemon

Bhn C
15 g gelatin halal
100 ml air panas
- campur dan kacau sehingga sebati

Topping
Krim putar/Fresh cream
Blueberry filling - saya guna pie filling yang ada butiran blueberry dan kurang manis

Cara2:

1) Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
2) Cairkan mentega dan tuang ke dalam bekas biskut. Gaul sebati dan tekan2 biskut sehingga rata. Simpan dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
 3) *Saya menggunakan whipping cream/fresh cream yang sudah saya putar hingga kental. Kalau tak ada, putar 200 ml non-dairy whipping cream sehingga menjadi kental (bertanduk). Ambil 2 cawan.
4) Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon sehingga sebati. Masukkan gelatin dan kacau rata
5) Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Saya guna hand whisk je.
6) Tuang adunan tersebut ke dalam loyang berisi biskut (base) tadi. Ratakan. Simpan semula ke dalam peti sejuk (bahagian bawah ye!) dalam 3-4 jam.
7) Selepas 4 jam, keluarkan kek dari loyang. Sapukan atasnya dengan sedikit krim putar. Lepas tu tuang blueberry filling. Buat perlahan-lahan supaya kemas,

Shihan, Aleng & Me..
Sebenarnya ada beberapa lagi yang tak ada dalam kategori 'geng kicap' .. dulu masa kat asrama kami sentiasa berkongsi sebotol kicap kalau makan di dewan makan.. Peristiwa thn 80an.. Itu lah asalnya... hehe!

Kita kawan sampai kecut dan kerepot.. pinjam ayat mu leng! :D

No comments: