Petang tadi akak korek2 chest freezer ajaib akak tu, dapatlah 2 plastik yang berisi ketupat palas beku. Ada lima biji ketupat kesemuanya. Memang cantek..! Akak ambik yang berisi 3 biji dan kukus dengan pengukus comel hadiah masa kawin dulu. Pengukus elektrik yang banyak sungguh jasanya dan hampir hari-hari dia bekerja..
Stok gambar ketupat airtanganku untuk raya lepas.. |
Tak sabar nak tunggu raya haji nk buat cara lain pula.. nak letak kacang atau jagung dan bungkus ikut macam biras akak, Kak Peah buat.. baru versatile kann..
Demikianlah kisah ketupat daun palas..
Harini, awal2 pagi nak hantar anak ke sekolah tayar kereta pancit.. mujur abe ada. Kenalah dia hantar dengar keta separa antik tu. Mengaumm.. Dan kenalah akak belanja dia roti canai mutalib untuk memberi tenaga menukar tayar...hihi. Dapatla akak testing menu baru iaitu roti pulau. Alhamdulillah kenyang banget.. bisa kumpul kolest lho...
Paku punya panjang... lebih 3 inci kot.. |
Menghirup kari di pagi hari..huhu |
Gambaq stok lama.. saja nak tunjuk hat lagu ni pun ada.. |
No comments:
Post a Comment