Selepas berminggu-minggu teringin kek yang sejuk2 bercheese, akhirnya terlaksana jua semalam projek akak.. Padahal siang tu agak penat dengan urusan goreng menggoreng. Tapi sebab dah teringin dan terajin, menjadilah jugak..
Sebenarnya tak susah sangat pun buat kek rupe gini. Yang susah tu nak cari kerajinan.. uhuukss! Dengan menggunakan cheese entah zaman bila yang duk hibernate dalam chest freezer tu (nasib baik tak keras macam ais), taraaa... Makan sepotong terus rasa kenyang setahun :D
Meh tengok resipi. Sebenarnya dah pernah buat entry cake ni lama dulu..
CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan A:
200g biskut oreo (digestive pun boleh)
110ml mentega - cairkan
Bahan B:
250g cream cheese
120g gula kaster
1 sudu besar jus lemon
200ml non dairy whipping cream (fresh cream)
Bahan C:
15g gelatin halal
100ml air panas
Bahan D:
1 bekas (200g) blueberry pie filling
Cara2:
1. Sediakan loyang bersaiz 7 inci, sebaiknya jenis spring foam
2. Base : hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair. Tuang ke dalam loyang dan tekan2 sehingga padat. Simpan ke dalam freeze selama 30 minit atau lebih.
3. Sediakan dulu bahan C - masukkan gelatin ke dalam air panas dan kacau hingga sebati. Sejukkan.
4. Putar cream cheese, gula kaster dan jus lemon sehingga sebati dan kembang. Masukkan gelatin dan gaul atau putar sebati.
5. Dalam bekas berasingan putar whipping cream sehingga kental.
6. Masukkan adunan cream cheese (step no 4) ke dalam whipping cream dan gaul sebati menggunakan hand whisk sahaja.
7. Tuang ke dalam loyang yang berisi base tadi dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
8. Keluarkan cheese cake dari loyang dan letakkan di atas alasnya. Tuang permukaannya dengan pie filling.
Nota: Untuk mencairkan sedikit topping filling tu boleh juga dicampurkan terlebih dahulu dengan gelatin yang sudah dicairkan dengan air panas, sebelum dituang ke atas kek.
Nak enter frame jugak... 20 bekas + 1kg sambal goreng sudah selamat dihantar kpd customers Khamis semalam |
No comments:
Post a Comment