Pages

September 6, 2014

KEK OPERA... membuat aku gembira




Minggu ni akak ambik 2 tempahan saja.. Dua-dua kek yang agak mencabar bagi akak yg 'pro' sangat ni kenn... hahaha! Gelak tak malu..

Tapi, yang satu dah di 'cancel' disebabkan akak tak boleh nak hantar pada waktu yg diminta. Walau kemudian order balik pada hari sepatutnya kek dihantar, akak tak boleh terima.. Sebab akak dah terikat dengan kek opera. Lama tak buat untuk customer, tu yang kena concentrate sikit. Kalau untuk sendiri makan, takda hal punya... Tapi yg sebetulnya, kalau buat untuk makan sendiri yang dibuat secara cincai, hasilnya selalu lebih baik.. sorry la ye customer ku!

Pelan-pelan akak buat dari semalam. Hampir nak kecewa, tapi berjaya jugak rupanya. Lately prestasi baking akak ni tak berapa baik. Akak syak, oven tu pun ada sikit bengor.. Sebab biasanya kalau takat kek lapis span ni cuma ambik masa 15 minit or less. Tapi semalam, untuk kek yg rupanya elok, dalam 20 minit. Ini agaknya jangkitan dari masa buat bingkang ubi dan kek sarang semut. Tapi kann... talking about sarang semut tu, sekarang ni baru akak dapat rasa betapa enaknya kek itu. Cara nak buat dia enak, simpan dulu dalam peti sejuk 2-3-4 hari. Lepas tu baru keluarkan dan tunggu kurang sejuknya. Barulah rasa kek tu lembab lembut dan meluncur di tekak... glupp.

OKlah.. cerita balik pasal KEK OPERA. Akak baru siapkan tadi. Step by step tau.. sebab nak potong kena dengan teliti kalau tak mau comot. Ganache pula kena betul-betul stabil, sejuk... Baru letak hiasan lain. Hari ni akak buat deco berdasarkan permintaan customer. Tapi tangan akak sedikit ketar, jadi adalah part yang tak cantik dipandangan mata akak. Camna pun, akak dah tunjuk kat dia dan harap2 Pn Beronetta (spt nama di profile whatsApp) sanggup menerimanya.. :D




Sebelum ambil sempat request utk ditulis "happy birthday Hafiy Ikhwan"..

Terima kasih kepada Sis Beronetta, orang Sabah yang sangat manis.. Semoga menepati citarasa  :)

3 comments:

riesa said...

kak,cantik tgk ganache coklat tu..bolah bagi tips mcm mana nak buatnye?

Cik Siti Abu Sujak said...

Assalam Riesa,
Resipi ganache ada di sini.. akak suka tuang ganache ni 2 kali.. sekali tuang dgn ganache yg agak pekat (biarkan lama sikit lepas buat), then simpan dlm petisejuk kejap.. bila dah agak keras, tuang kali kedua dgn ganache yg lebih cair ..

Hafiy Ikhwan said...

thnks kak kek tu memang sedap...

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...