Sedap kek ni terutama bila diletak perisa dan cream cheese, dan dimakan sejuk... Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat SNOW CHEESE CAKE. Yang membezakan ialah kadar kecairan cream cheese tu nanti.
Tak nampak meleleh sebab sejuk lagi... |
Versi snow cheese yg sejuk juga.. |
KEK CHEESE MELELEH @ LAVA CHEESE CAKE
Sumber : Cik Puan Ashikin & www.facebook.com/bukuresepi
BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelette (akak biasa letak 1 sudu besar)
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul semua bahan kecuali mentega sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... spt strawberry, coklat, oren, pandan, dsb.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit (kalau akak siap bahagikan 2 loyang dan bakar dalam masa 20-25 minit dgn suhu 160C)
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati
Adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut
Parutla sebanyak mana yang suka....
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, saya buat sekeping jer... tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek...
Perisa pandan pun sodap... |