October 10, 2013

Jiwa Kacau..?

Entah kenapalah hari ni...

Konon2 bersemangat nak buat Japanese Cheesecake di waktu pagi. Lepas hantar Fawwaz ke sekolah terus mengadap mixer.. Semua bahan dah sukat. Sambil menghirup nescafe panas, akak pun mengadun.. Tapi masa mengadun tu rasa macam tak kena. Tak berapa cantik. Mungkinkah putih telur tu ter'over beat'? Ku teruskan juga proses tu.. timbang dan masuk dalam loyang. Berlebih banyak dari biasa pulak... Pukul 9.15 pagi dah masuk oven..

Lepas tu akak pun jalan ke depan... Tiba-tiba....

Ternampak tepung atas barang-barang depan oven tu.. Makkkkk!!!! Istighfar dan mengucap panjang akak. Huwa huwaaa... Tepung tak masuk rupanya. Padanlah macam cair sikit.. mmm keciwa.

Update fb sikit terus gi pekan. Tengok langsir kat Nagoya. Tak menepati kemahuan. Pegi kedai langsir lain. Bau colok bukan main kuat. Keluar, pergi ke kedai elektrik cari hair clipper. Pun takde yang cordless. Lepastu masuk Jitra Mall. Tak jumpa apa2 menarik. Masuk kedai Bata, nak cari kasut raya. Pun sama, takde yang menarik. Cari kedai jual makanan kesihatan yang pernah pergi haritu. Tak jumpa.. hahaha! Hampa betul.. semua takda!

Balik rumah.. keluar lagi ambil Fawwaz..

Balik, terus re-do Japanese Cheesecake. Kalini betul2 check. Pun masa mengadun yang terakhir tu, macam tak kena.. Bakar je lah.

Keluar je kek macam elok. Buat proses macam biasa, masukkan kejap dalam oven yang masih panas tapi api dah off. 25 minit je. Bila keluarkan tu, masyaAllah... sedih lagi. Tak cantik sangat walau masa mula keluarkan tadi nampak elok. Serba salah nak hantar kepada customer yang duduk di taman yg sama. Nak buat lagi dah tak larat.. dah petang.

Memang hari ni tak sepatutnya buat kek kot.. Atau sebab akak dah terbiasa buat kek tu dengan hand mixer. Hari ni pakai mixer besar sebab nak meringue tu cantik, betul2 soft peak. Rupanya sekejapan dia jadi ala2 stiff peak.. kaku sikit. Sedihnya nak jual benda tak cantik. Sedap2 tetap sedap sebab Fawwaz dah makan punya banyak (dari balance adunan).

Agaknya kurang tidur kot... Nak harap tidur siang/tengahari, memang tak boleh walau pekerjaanku hanya surirumah. Asal nak lelap mata ni, mesti ada gangguan... memang mesti!


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...