September 7, 2013

Red Velvet Cuppies & Kukus

Hasil tangan minggu lepas.. Yang order duk di Ipoh. Hantarnya ke Kodiang.. Alhamdulillah... akak pun tak berapa nak kisah hantar menghantar ni kalau keadaan mengizinkan. Sambil2 update kat kepala ni kawasan2 di negeri Kedah terutama yang berdekatan. Tapi kalau ikutkan, sebenarnya ada juga kadar tempahan minimum untuk penghantaran jauh yang melebihi 10km ni.. :)  Cuma kadang2 akak guna timbangrasa.

Setakat ni akak dah lepas sikit kawasan Alor Star, walau tak ingat habis. Lepas tu Kodiang & Changlun. Tapi bolehlah.. tak perlu dah bawa pemandu pelancong hehehh!


 

Sambil siapkan hat tempahan, akak kukus sikit lebihan adunan. Dah lama nak buat, tapi tak jugak buat dan akhirnya terbuat. Hehe.... berapa banyak buat daa. 


Ikut pendapat akak, RV versi kukus ni lebih sedap, lembut dan moist! Menggunakan resipi yang sama.. Akak masukkan dalam bekas plastik yang kecik tu dengan berat yang sama. Cumanya, yang dikukus kadar kenaikannya agak kurang berbanding yang dibakar. Bila dah sejuk, terus letak cream cheese dan makan. Walla....!!!! Speechless gitu :D



2 comments:

syuhada said...

salam,
klu yg cuppies 16 biji 1 set tu bape rm ye?

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam Syuhada..
Untuk price RV cuppies bakar atau steam boleh click kat ruang Tempahan Kek & Kuih Sejuk Beku tu... Selalunya saya beri sedikit diskaun utk 16 biji :)