April 17, 2013

Chilled Blueberry Cheesecake


Inilah akak punya the very first blueberry cheese cake! Sebelum ni tak teringin sangat, tu yang tak buat. Akak kalau tak suka atau tak teringin, memang tak akan mencuba. Sebab tu balik2 itu je kek yg akak buat. Maknanya akak suka makan yg tu je...hehe!  Sekarang ni pula, tetiba rasa risau dengan benda manis. Tapi kaedahnya tak sedor diri jugak!


Bila tengok stok cream cheese masih banyak dalam peti, risau juga. Takut rosak macam tu saja. Rasa nak buat topping CC banyak2 supaya senang nak pakai bila perlu, tak juga buat2. Nak buat Japanese Cheesecake, angin membakar tak datang2. Tapi tiba2 teringin sangat nak makan chilled cheese cake. Dah dekat seminggu. Baru pagi tadi merajinkan diri ke kedai bakeri untuk dapatkan semekut dengan gelatine. Akhirnya siap untuk dimakan... yayyy!! sedap sehh... Cuma comot sikit la akak buat... hehe. Bagi saya, kek ni tak berapa manis, sedang2 elok. Bila makan dengan base dia, perghhh.... memang enaksss!!!


BLUEBERRY CHEESECAKE
Rujukan : Teratak Impian (Kak Zai)

Bahan2:
Dicadangkan menggunakan acuan springform berdiameter 7 inci

Bhn A
12 keping biskut digestive
100g mentega cair

Bhn B
250 g cream cheese
* 2 cawan krim putar (whipping cream) yang dah siap menjadi kental
120 g gula kaster
1 sudu besar jus lime/lemon
2 sudu besar blueberry pie filling (tak letak pun takpe... akak saje nak bubuh )

Bhn C
15 g gelatin halal - kalau beli di kedai bakeri yg siap re-packed, sila interbiu dulu pekedai samada halal atau tidak
100 ml air
- campur dan kacau dengan kaedah double boiler sehingga jernih. Sejukkan dlm 5 minit (k.zai guna air panas je, lagi senang..)

Topping
Krim putar
Blueberry filling - saya guna pie filling yang ada butiran blueberry dan kurang manis

Cara2:

1) Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Saya tenyeh2 sikit dengan senduk dan kemudia ramas2 hingga hancur.
2) Cairkan mentega dan tuang ke dalam bekas biskut. Gaul sebati dan tekan2 biskut sehingga rata. Simpan dalam freezer selama 30 minit atau lebih.

 3) *Saya menggunakan whipping cream/fresh cream yang sudah saya siapkan lama dulu. Kalau tak ada, putar 200 ml non-dairy whipping cream sehingga menjadi kental (bertanduk). Ketepikan.
4) Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, blueberry filling dan jus lemon sehingga sebati. Masukkan gelatin dan kacau rata
5) Masukkan adunan cream cheese ke dalam whipping cream dan gaul sebati. Saya guna hand whisk je.
6) Tuang adunan tersebut ke dalam loyang berisi biskut (base) tadi. Ratakan. Simpan semula ke dalam peti sejuk (bahagian bawah ye!) dalam 3-4 jam.


7) Selepas 4 jam, keluarkan kek dari loyang (macam gambar di atas). Sapukan atasnya dengan sedikit krim putar. Lepas tu tuang blueberry filling. Buat pelan2 supaya kemas, bukan macam saya punya tuu, nak cepat2 siap dan tak abis ngaji pun... Puan2 boleh rujuk macamana k.zai buat ye kat SINI...hehe.

Nota:
Sebelum memulakan acara, saya lapik tepi loyang dengan baking paper.. Tapi kejadian tepi kek agak berkerepot. Akan datang nak guna cara lain pulak, yang halus licin bak sutera...


2 comments:

Munirah Hanum said...

akak beli blueberry pie filling ni dekat mana? boleh akak share macam mana bentuk blueberry pie filling di jual ? selain kedai bakery, macam tesco ada jual tak ? hihi saya ni beginner dalam baking2 ni. thank you kak :) and lagi satu chocolate ganache pun saya tak nampak bayang. hihi

Cik Siti Abu Sujak said...

Assalam Munirah..

Blueberry pie filling tu ada dijual di kedai yg jual barangan bakeri. Di situ akan jumpa mcm2 filling. Selalunya dalam chiller dia. Kalau bberry filing biasa, dia takde biji2.. Boleh tanya org kedai. Kat tesco tak pasti pulak..

Choc ganache tu kat kedai pun s'times ada jual yg dh siap. Kalau takde, boleh cairkan coklat + whipping cream.. tengok resipi akak tu, ada banyak... :)