January 4, 2013

Pau untuk Fawwaz

Sejak duduk Kedah, radio kat 'opis' akak dah tak dapat tangkap saluran IKIM, HOT & Sinar.. Takde dah nak dengar santapan rohani dari ustaz & ustazah sambil masak2, atau merapunye bebudak Hot FM tu... atau dengar lagu2 retro lagi. Yg dapat sekarang ni Red dan Radio Kedah je.. huhuhu! Tapi Radio Kedah tu OK jugak.. Sesekali terdengar lagu2 hindustan zaman akak remaja dulu  :P

Takpelah, lupakan pasal tu.. Pagi ni akak berjaya memecahkan lagi sedikit kepompong kemalasan dengan menguli pau. Nak bagi anak dan suami makan gitu! Maklum saja, masa kat Bukit Jalil dulu, akak jarang keputusan pau. Ia adalah penyelamat saat2 anak kelaparan atau takde minat nak makan nasi. Cik Mat akak tu 3 biji dia boleh makan sekali round tanpa minum seteguk air pun. Kita nengok yg nak tercekik.. hehehe.


Hari ni guna resipi yg pernah tersiar di SINI. Resipi asal dari Jane Chew yang menggunakan fresh milk. Biasa saya buat, gunakan susu pekat dan air. Untuk ni, dapatlah yg kecik2, tak silap sebanyak 16-17 biji kot. Makan 3, selebihnya buat frozen. Maka semakin penuh le freezer akak tu. Nak tunggu orang datang makan, dah takde. Jiran sebelah pulak, kiri kanan kosong. Maka berterusanlah kehidupan akak tanpa mengenali jiran.. Dan nanti kalau siap rumah kat Alisya tu, lagilah sunyi sepi.. huhuhu nasib le labuuu.. Ni yang mokcik mula nak terkenang kampung halaman yg jauh di mata nihhh  :'|
 


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...