Sejak cuti raya haritu, baru minggu semalam ni saya sempat balik kampung semula. Rindu sangat2, tapi ada je halangan nak balik tu.. Ini pun kira hampir berhalang, tapi mampu ku redah haha.. Kadang2 akak ni memang mampu berlaku kejam.. hati jadi kering. Tapi dalam kering ada 'moist'nya.. macam kek ceklat. Buktinya, cita2 nak balik ke KL semula pada hari Isnin, akak cut short balik juga ahad pagi tu demi suami. Jadilah.. Dapat juga round 3 rumah - umah mak, umah bapak & umah makcik merangkap umah tetapku di kampung. Dan juga dapat servis tayar di kedai tayar kegemaran akak di Sg Besar tu. Hasrat nak buat itu ini, beli itu ini kusimpan saja hingga jadi tukun lama2 nanti... Nak mengeluh, tak baik pulak.. redha je lahh!!
Semalam, on the way balik sempat singgah di WARUNG IBU. Gerai nasi ambeng yang boleh kira popular di daerah Tg Karang. Kalau saya balik ke Sabak Bernam, akan melalui kawasan ni. Besor signboard nya kat jalan tu... Tapi bukan selalu pun saya singgah. Yang terakhir tu dah kira setahun yg lepas.. Dan kali ni memang saya dah pasang niat awal2 nak makan nasi ambeng. Dapat juga singgah dan tapau..
Sebenarnya banyak nasi ni.. Bungkusannya sangat besar dengan lauk pauk wajibnya.. Harga sebungkus/sehidang ialah RM7. Saya tak habis pun makan walau 2 kali round - tengahari dan malam. Siap dibantu suami lagi, pun tak abis.. Adoi! Tulah sebabnya saya jarang nak beli melainkan teringin tahap mengidam! Sebenarnya Nasi Ambeng ni ada pelbagai rasa.. Yang ini pun kira tak sama rasanya dengan yang selalu saya makan di kampung saya waktu kenduri walau menunya sama. Biasalah, airtangan orang yg berlainan.. hehehe! Janji namanya sama...
Padanan kepada nasi ambeng ni (bagi saya) ialah air seperti di atas.. Air asam boi limau kasturi.. Mmmm baru tulis dah terasa2 kecur ayaq lioq ni..
Gambar di bawah ni pula ialah bungkusan tempahan pau dan karipap yang saya nak hantar ke rumah Maddy, yg baru je melahirkan baby boy tapi dah lasak boleh tahan.. Terjerit manja kami bila tengok dia macam nak meloncat turun tangga hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Sesekali memang sedap makan lauk simple macam ni.. lauk kering (tak berkuah) dengan nasi panas dan ayam goreng... Menyediakannya pun tak su...
1 comment:
Salam
Post a Comment