Pages

October 10, 2012

Nasi Kerabu Cik Siti

Hari ni penuh semangat nak buat nasi kerabu... Pagi2 macam biasa, meredah jalan jam di MRR2 sebelum sampai ke market Sg Besi yang saya kunjungi hanya seminggu sekali.. hehe! Semalam dah seharian di PD dan esok en abe dah nak balik ke Jitra.  Nak kena buat hari ni jugak!  Tapi dalam tu confuse pulak, nak buat nasi kerabu ke.. nak buat lauk ala2 jawa??  Takpelah, yg jawa simpan dulu... :P


Maka, selepas berhempas pulas di dapur chomel, siaplah nasi kerabu tu on time!  Pasai pa, abe dah cakap kalau boleh siap lunch sebelum pukul 12 boleh dia makan dulu sebelum keluar.. Dia nak meronda ke OneU tanpa mengajak akak!  Tiap kali balik KL dia ke sana tanpa akak... huwaaa!! Tapi sebenarnya, akak je yg asyik takde masa nak ikut.  Ada jelah yg nak dibuat kat rumah ni.. Maklumlah, bakal jutawan kihkihkih!!

Untuk keuntungan semua pihak, saya buat nasi putih je tanpa sebarang perasa.. Kalau boh daun purut ke, color ke, takut cikmat tak mau makan nasi.. Abe kata sedappp... boleh jual kat pasar malam.  Apa2 je lah.. Jom tengok resipi campak2 saya.. sambil menjeling sikit2 kat majalah MIDI.

NASI KERABU PUTIH (SET UTK 2)

NASI
Masa nasi putih macam biasa
- kalau nak jenis kuning boleh letak pewarna kuning & daun limau purut sehelai.  Nak warna biru, letak daun telang & pewarna biru sikit.  Boleh tengok SINI ye...

SERUNDING/SAMBAL KELAPA
2 ekor ikan kembung - rebus dengan 2 keping asam gelugurdan ambil isi
Kelapa parut - sangan sampai perang dan tumbuk sedikit supaya jgn kasar sangat
1/4 labu bawang besar
1 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:
Tumbuk semua bahan dan gaul sebati dengan kelapa

SAMBAL TUMIS
4 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kisar
1 batang serai
1 cm halia
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan
4 biji cili padi diketuk - sebab nak lebih pedas
1 - 2 sudu besar budu - sebab takde, saya letak sikit sos ikan
1 sudu gula merah
Gula secukup rasa
Garam

Cara2:
Tumbuk semua bahan kecuali serai (cuma ketuk).
Tumis dengan minyak semua bahan tumbuk hingga layu dan naik bau.  Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih
Masukkan santan, asam keping, budu, cili padi, garam dan gula.  Masak hingga pecah minyak dan sambal sedikit pekat

ULAM-ULAMAN & LAUK
Sayur - Kobis, kacang panjang, tauge, timun, daun kesum, bunga kantan, dsb - racik halus dan gaul bersama
Lauk - Ikan goreng tepung, telur masin, keropok ikan, solok, daging bakar, dsb - ikut suka dan kalau ada ;)

SIAP!!  Bestnya nasi kerabu buat sendiri... Boleh makan sepuas2nya.. Yg tak puas ialah saya terlupa nak beli keropok ikan.. Rasa tak lengkap..

Apa2 pun, Fawwaz tetap suka pau ni.. Tadi pagi makan 2 biji tak cukup, lunch makan lagi 3 biji.. Inspirasi saya untuk bisnes pau... ;))

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...