October 12, 2012

Butterscotch Nut Cake

Asyik tengok kek Peacan Heaven tu je ye.. Tapi orang macam akak ni memang belum nak sempat untuk attend mana2 kelas yg memerlukan masa yg panjang tanpa memikir rumahtangga ni.. Banyak nak belajar, tapi simpan je dalam hati..

Takpelah, untuk mengubat hati yg tak berapa nak lara, janji ceria ni.. kalau tak jumpa resipi yg sebiji sama, yg ala2 pun jaaadilah.. ;)  Saya jumpalah beberapa resipi yang hampir serupa tapi tak sama.. Sudahnya akak buat yang macam ni.. Janji ada perkataan "butterscotch".. lalalaaa!  Ianya resipi yg saya 'blend' dari pelbagai sumber.. Kiranya berinspirasikan peacan heaven tu juga (ghope je yong ye!)..

Sebab takut benda yang terlalu manis, saya kurangkan semua sukatan gula pada butterscotch sauce dan frosting tu.. Sudahnya tak tau mananya yg rasa butterscotch tu.. haha!

Interior nye... kannn.. tak nampak mana pegi kekacang nye.. chef kekedut sgt! Padahal kat dapur tu banyak lagi..

Resipi yang saya guna seperti di bawah.  Maafle, tajuknya dlm English, isinya BM.. hancus bahasa akak nih!

BUTTERSCOTCH NUT CAKE
Rujukan utk karamel, sos dan frosting : bakery2embroidery.blogspot.com

Mula2 nak kena ada kek span.. boleh guna sponge mix segera, atau ikut resepi ni..

KEK SPAN

5 biji telur
150 g tepung kek (superfine)
150 g gula halus
1 sk serbuk penaik
1 sb ovallette
1 sk esen vanilla
80 ml susu segar
80 ml mentega cair/minyak masak - kali ni saya guna minyak jagung
Pewarna kuning - tak letak pun tak apa

Cara2:
Satukan tepung, gula, serbuk penaik, ovallette dan telur dalam bekas. Pukul hingga gebu.
Tuangkan susu segar dan pukul lagi hingga adunan ringan.
Masukkan minyak dan kaup balik hingga adunan sebati
Bakar dengan kepanasan 160C.  Saya gunakan 3 loyang 8 inci dan bakar selama 20 minit sahaja

CARAMEL NUTS

80 g gula halus
100 g campuran almond flakes (kepingan badam) dan walnut (hancurkan sedikit).  Saya main campur je.  Kedua-duanya nak kena panggang dulu ye...

Cara2:
Masak gula hingga keperangan dan sekata semuanya (macam buat gula perang).  Jangan terhangus ye!
Tutup api.  Masukkan kekacang dan gaul rata dengan cepat.
Tuang atas dulang dan sejukkan, kemudian patah2kan sebab ianya akan melekat2..

SOS BUTTERSCOTCH

180g gula halus - resepi asal 220g
350g fresh cream (non-dairy whipping cream)
80g mentega - resipi asal 150g
70g white chocolate compound - tak tau bila choc compound akak kena guna, terpaksa pakai white choc biasa :(

Cara2:
Masak gula hingga perang.
Tutup api dan masukkan fresh cream.  Kacau serta merta.
Buka api semula (api kecil).  Kalau hingga gula larut sepenuhnya dalam fresh cream.
Tutup api dan masukkan mentega dan cokla putih.  Kacau hingga larut dan sejukkan.

FROSTING & FILLING 

150 g fresh cream
100 g sos butterscotch - ambil dari sos yg dah siap tu..

Cara2:
Pukul fresh cream sampai membentuk 'soft peak'
Masukkan sos b/scotch dan gaul sebati secara kaup balik

CARA BUAT KESELURUHAN KEK
Kek dijadikan 3 keping
Sapu permukaan kek dengan sos b/scotch menggunakan berus.
Sapukan pula dengan fresh cream. Tebal sikit ye!
Tabur caramel nuts di atasnya dan tutup dengan lapis kek seterusnya.  Buat hingga kek yang kedua.
Tutup keseluruhan kek dengan fresh cream.  Tuangkan sos butterscotch di atasnya..

No comments: