July 3, 2011

Roti ala Pizza

Semalam pagi dah makan nasi lemak harum dengan penuh perasaan.. En abe pun duk bertambah2... suka dinda tengok kan... Menjelang tengahari dah tak kuasa nak makan... Lepas jalan2 shopping kasut che mat kat Marina Mall, abe ajak minum cappucino di Costa Rica sambil bertenang... Sampai rumah makan buah2an je dan tidurrr sampai asar... best kan..

Menjelang malam, abe request for maggi goreng je!  Biasalah, kalau Jumaat & Sabtu jarang nak dinner makan nasi atau yg berat2... Akak pun tak terasa nak makan tapi kenalah alas perut.  So, dapatlah idea nak buat pizza crust yg mudah ni... Kalau nak berpizza tapi malas nak menguli dan nak cepat, buat je camni.  Asal ada cheese dan sos, yg lain2 tu ikut apa yg ada kat dapur atau petisejuk anda!

Buat 3 keping je...kot2 Fawwaz teringin.  Tapi dia cuma excited sebut "PIZZA!!" je...hahahh.  Yg atas ni adalah balance yg tak berusik sehingga pagi.... Saya makan 1 1/4 keping je.. Walau suka, saya tak lapar sangat... Jadi ambil syarat je...

Cuma ambil roti... sapu dengan mayonis dan tomato atau cili sos, letak le apa2.. spt sosej, capsicum & tomato macam akak ni.. Lepas tu tabur kan mozarella cheese atau apa2 cheese yg ada.. 

Bakar dengan suhu 150C sampai cheese tu mencair dan perang2 sikit... Kalau kat Bahrain ni roti dia agak keras, tak macam Gardenia yg lemah lembut tu... So, bila ngap! tu dia rangup semacam laa...best juga  :))

No comments: