Pages

July 11, 2011

Lepat Ubi

Dah lama teringin lepat ubi warna kuning ni... Hari tu dah beli ubi, daun pulak dah buruk.  So, saya rebus je dan buat pengat/kolak.  Minggu ni beli ubi sebiji dan daun pisang sekali kat Lulu.  Sebelum daun menjadi ceklat, cepat parut ubi tu... Ubi tu bukan ubi kuning, saya letak pewarna kuning.  La ni warna kuning sensitif sket, nanti orang ingat penyokong BERSIH hahaha... sungguh tak lawak!!

Dapatle 6 ketul... cukuplah untuk 2 orang dewasa...  Pagi ni ada lagi seketul dalam petisejuk.. :D

Bahan2:
1 batang ubi kayu - dalam 400g
3 sudu gula - boleh kurangkan, ikut citarasa
Sedikit santan - saya guna santan serbuk je sebab malas nak perah kelapa beku tu.. hehe
Sedikit pewarna kuning - boleh juga tukar dengan gula merah kalau nak yg kaler ceklat
Daun pisang yg dilayur

Cara2:

1)  Parut halus ubi... saya guna parut kasar tu, kemudian blend sampai halus.

2)  Toskan ubi parut dengan cara menggunakan kain nipis atau macam saya guna penapis halus tu je.  Letak atas bekas dan biarkan airnya menitik ke dalam bekas tu untuk beberapa ketika.. Air ubi tu akan menghasilkan mendapan berupa tepung.. Buang air tu dan ambil mendapannya

3)  Bila dah tos, tuang ubi dalam bekas dan campurkan mendapan/tepung ubi tadi.  Masukkan gula dan sedikit santan.  Saya suka adunan yg agak lembik, jadi nanti kejadiannya pun tak keras...

4)  Sudukan pada daun pisang yg telah dipotong 4 segi dan bungkus..

5)  Kukus selama 20 minit.. atau sampai masak

Sedap makan sejuk2 (simpan kat fridge dulu), dengan kelapa parut yg dicampur sedikit garam... 

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...