February 12, 2011

Koci Keledek

Koci Koci Hotahai..

Sekarang waktu di Bahrain pukul 4.45 pagi.  Sejak pukul 4 tadi akak dah duduk depan laptop nih.. tak boleh tidur lepas buatkan susu encik fawwaz yg asyik bangun ngigau je malam tadi.  Entah lapar ke sakit perut.. sebab semalam tak mau makan kecuali 5 keping biskut oreo dan sebiji pisang.  Kejap lagi 4.53 azan subuh bunyila tu dari masjid Al Fateh depan nun..

Hari Khamis lepas saya buat koci keledek, sementelah daun pisang yg dibeli dah nampak macam bukan daun.  Dah dekat coklet warnanya..huhu!  Cepat2 kupas keledek, buat inti kelapa dan zasss... jadilah kuih koci keledek.  Rasanya dah lebih setahun tak buat... last skali buat koci labu, entah bila.. silap2 thn 2009! 

Bahan2 (main agak2 jer) :

Keledek
Tepung pulut
Tepung ubi
Sedikit garam
Minyak masak untuk dilumur pada koci yg nak dibungkus
Daun pisang secukupnya... potong 4 segi tepat

Inti:
Kelapa
Gula merah
Gula putih
Sedikit garam
- saya campur sikit inti red bean yg memang dah ada

Cara2 :

1)  Potong keledek yg dah dikupas kulit dan rebus sampai lembut.  Toskan airnya
2)  Lenyek keledek, campur tepung pulut dan sedikit tepung ubi dan garam.  Saya letak tepung sikit je, supaya tak liat dan lebih rasa keledek.  Letak air sikit2 untuk senangkan uli esp kalau tepung lebih...
3)  Ambil sedikit adunan, bulat2kan, buat lopak dan masukkan inti... Letak seketika dalam bekas berisi minyak masak, golek2 kan...
4)  Bungkus dengan daun dan kukus selama 15 minit atau agak2 daun layu dan tepung masak...

Tengokla daun tu, mcm tak selera... pastu tak cukup lak tu! hahaa


Cara buat inti:

1)  Campurkan semua bahan dan gaul sebati.  Boleh juga tambah air sikit..  Masukkan dalam kuali, letak atas api yg sederhana atau kecil, dan kacau2 hingga masak dan pekat.
2)  Kalau nak masukkan inti lain mcm kacang ke, masukkan masa dah nak pekat tu..


No comments: