February 13, 2011

Baked Chicken & Potato Salad

Baked Chicken


Hidangan dinner yg lepas... Macam yg saya kata yg lepas2, ini hidangan yg paling seronok dan senang nak sediakan.  Paling2 seminggu dua kali kena bakar membakar... Ayam dan juga lamb atau beef.  Tapi kita main letak je kat oven.. Perap pun cincai2 je...  Kali ni saya hidangkan ayam bakar tu dengan potato salad, corn soup dan salad sayur2an... Hidangan sihat dan sangat mengenyangkan!!

Bahan2 ayam & perap :

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
Sedikit jintan manis & ketumbar
2 sudu serbuk Lada
2 sudu jus lemon
Gula/Madu
Garam

Cara2 :
1)  Blend semua bahan... dan gaul dengan ayam.  Perap selama satu malam... (nak cepat 1/2 hari pun boleh  :D)
2)  Lapik tray dengan aluminium foil.. susun ayam di atasnya.  Lalukan sedikit minyak masak ke atas ayam..
3)  Bakar dengan suhu 200C selama 40 minit atau sehingga masak.. balik2kan setiap 20 minit



Potato Salad

Bahan2 Salad:

1 biji kentang - buang kulit dan potong kecil2
1 biji telur - rebus hingga masak
Sedikit bawang besar (yg jenis hijau tu) - potong halus
Sedikit lada sulah atau lada hitam
Mayonnaise secukupnya
Secubit garam
Daun parsley (daun sup atau oregano pun OK je..) - racik halus

Cara2: 

1)  Rebus kentang sehingga empuk dan toskan
2)  Telus rebus di lenyek (macam buat sandwich telur)
3)  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul mesra
4)  Sejukkan dalam petisejuk sebelum hidang (kalau suka) atau boleh terus hidang gitu je...


Side dishes.. gambar lama


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...