January 4, 2011

Roti Manis

Tengah kemas2 store terjumpa himpunan resipi lama.. termasuk resipi roti yg saya dapat semasa mengikuti kelas roti & pastri Chef Li kat Melawati.  Masa tu memang berkobar2 nak ber'bakeri'.. sekitar tahun 1999.  Tak silap, chef Li ni dah jadi jutawan... memang best kalau dengar kelas motivasi dia sebelum masuk dapur tu.  Memang rasa semangat nak berniaga makanan!

Kali ni nak post resipi tanpa gambar, sebab tak rajin nak uli menguli.  Kalau ada breadmaker tu harus juga test skill lagi.  Tangan kurusku ini belum nak warm up lagi sejak cuti2 M'sia... Nanti balik ke Bahrain kalau kerajinan datang, saya buat dan tepek gambar.


Bahan2 :

2 kg tepung gandum (cap kunci, basikal atau yg sewaktu) - kalau guna yg jenis cap sauh tu kurang menjadi..
15 g garam - lebih kurang 1/2 camt
160 g shortening  *
1 kg air (simpan dalam peti sejuk) *
500g gula
60g yis (mauripan) - pastikan yis tak terkena garam
20g baking powder - jgn yg double action nanti over-active
100g susu tanpa lemak (atau susu kering)
40g voltex (bread improver) - jenis tepung
3 biji telur *

Cara2:

1)  Gaul semua bahan kecuali *, kemudian baru masukkan telur.
2)  Campur air dan uli hingga sebati
3)  Masukkan shortening dan uli hingga sebati dan lembut

Proses pemeraman:

1)  Peram doh selama 30 minit
2)  Jangkamasa 'bench time' (tumbuk - 10 minit)
3)  Pemeraman terakhir pada kelembapan relatif 80% dan suhu pada 30% selama 1 jam
4)  Jangkamasa membakar selama 12 minit
5)  Suhu membakar pada 180C

*  Untuk membuat roti lebih tahan lama, tambahkan bahan awet sebanyak 6g (calcium propionate)

Nota:  Kalau uli guna tangan selama 40 minit, kalau guna mesin 20 minit...

1 comment:

Unknown said...

bleh thu x perbezaan suhu roti dgan kek,,? dan knapa ianya berbeza,,