Pages

January 13, 2011

Kek Belang... lagi

Petang ni mula nak abiskan stok barang2 dapur... spt telur, tepung, gula, dsb.  Kalau dah melibatkan telur dan gula, apalagi yg dalam kepala melainkan kek... Kek termudah atau kek ala zaman dulu2... yg resipinya diwarisi oleh makcikku dari makciknya (makcik ibuku jua...).  Dah kira warisan nenek moyang la pulak!  Kalau sebelum ni saya post versi sukatan mangkuk, kali ni buat versi sukatan cawan... Hasilnya gebu dan enak dan disukai En Fawwaz ehehehh..



Bahan2:

1 1/2 cawan tepung  }
2 sudu teh baking powder  }  ayak bersama
1 cawan majerin
1 cawan gula
1 cawan telur - lebih kurang 5 butir
1 sudu teh esen vanilla
3/4 penutup pewarna merah, kuning atau hijau (2 warna ikut citarasa...)


Cara2 :

1)  Majerin dan gula dipukul hingga kembang dan berwarna keputihan.  Sebaiknya gula tu dikisar dulu..
2)  Masukkan telur dan vanilla.  Pukul lagi hingga sebati.
3)  Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak sedikit sedikit sambil adunan diputar hingga sebati.
4)  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna
5)  Sediakan loyang pembakar.. Sudukan adunan secara berselang-seli bermula dari tengah.. 1 senduk sekali masuk hingga habis..
6)  Bakar dalam ketuhar bersuhu 170C selama 45 minit (atau ikut ketuhar masing2..)






No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...